Saturday, February 28, 2009

Penderaan Mental yang Maha Dahsyat!!!

Pernah dgr tak kisah mak bapak yang mendera mental anak? Hurm hari ni lea nak citer fasal Lea pun turut di dera secara mental gak.. wa.... T_T

Esok (merangkap hari ni sebenarnya, 01 March 2009) mama nak wat nasi daging. Korang pernah makan tak nasi daging? erm.. lea pernah.. suka lak tu.. tp masalahnya mama nak wat nasi tu kat umah.. lea kat usm.. dh la diorang citer kat lea pastu xmo hantar lak kat sini.. pada hal bkn jauh pun.. dekat jek.. saja jek.. memburukkan keadaan lg.. bapak lak nk balas dendam.. (sebab lea hantar mms gambar bihun sup kaki ayam hari tu la ni..) dia pun nk wat benda yg sama.. hantar mms nasi daging.. waaaaaaaa.. betul2 penderaan mental...

Bihun Sup Kaki Ayam Sri Buana, Tmn Tun Sardon, Penang

(eceh.. dh mcm promote lak.. erm.. slh ke klu aku send MMS ni.. xsalah kan? tu pun nk bls dendam bpk ni..)

dah la nak exam hari selasa ni.. bayangkan.. mcm mana nk jawab klu asyik terkenangkan nasi daging tu.. nanti ble soalan tanya fasal price cieling.. lea terbayangkan price nasi daging.. huhu sedinya..

mama... klu mcm ni.. mama bg akak tengok 10 telinga ayam pun lom tentu akak leh dpt 4.00..

waa.. bayangkanlah sume.. betapa berat akan penderitaan mental ku ini.. tambah lak dok teringat kopok lekor RM 20 yang nana beli utk aku.. waaaaaaa.. sedih..

pastu bapak lak nk tambah penderitaan mental aku dengan cara hantar MMS tu esok.. dia ckp nk send kol 2.00.. huh.. siap wat appointment nk hantar kol bape.. mmg la..

Teledera.. tolongla leaa.. waaa.. tolong.. help.. help.. (dengan penuh gaya seolah-olah duyung dalam kelemasan...)- erk.. duyung leh lemas ke? wahaha..

Friday, February 27, 2009

Ordinan Askar Wataniah perlu dipinda

Alamak!! Suspen kejap aku bila baca tajuk berita ni. Hehe... Actually hari ni gi jenjalan kat blog2 org, saja gi melawat. Skali ternampak link ke Utusan Malaysia Online. Hmm.. baca punya baca skali try klik kat bahagian Polis & Tentera. Skali nampak tajuk ni. Huhu.. suspen...


Hehe.. nasib.. ingatkan dia nak wajibkan sume Askar Wataniah untuk melapor diri... Rupanya2 nk pinda akta fasal keengganan majikan utk bagi kerjasama utk pekerja hadir latihan... phew... selamat.... (eh.. tu mcm nama bapak la plak.. wahaha..)

Wednesday, February 25, 2009

Menghasut?! Sogok?! Hurm...

Salam buat semua...

Sebenarnya sekarang ni aku sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment accounting yang dijadualkan hantar esok malam. Sedang khusyuk aku menaip balance sheet, tiba-tiba terlintas satu benda difikiran aku (klu leh terlintas benda lain time wat keje, tu kira khusyuk ke? hehe...) iaitu apakah makna penulisan sesebuah cerita dan bagaimanakah cara untuk menjadikan sesuatu penulisan itu berkesan?

Hurm... korang tau tak pe jawapan yang muncul difikiran aku tadi? Jawapannya adalah hasutan. Erk? Hasut? Macam mana tu ek? Gini, maksud menghasut kat sini bukanlah seperti definisi hasutan itu sendiri yang lebih menjurus ke arah perkara-perkara yang bersifat negatif. Maksud aku kat sini adalah sekiranya seseorang penulis itu ingin menulis dengan berkesan maka dia perlu pandai supaya menghasut pembaca untuk menjiwai watak, suasana serta perasaan yang sedang bermain dijiwa watak tersebut. Pemilihan perkataan, penggunaan ayat yang sesuai serta mampu menggambarkan plot cerita tersebut amatlah penting. Apabila semua ini sudah lengkap maka cerita tersebut sudah bersedia untuk menyogok serta menghasut pembaca akan ideologi atau penceritaannya yang tersendiri.

Huhu... Peliklah kan? Dalam aku tengah sibuk-sibuk dengan tugasan, boleh pulak benda-benda gini terpacul kat dalam pemikiran aku nih. Erm, Lea tak tau dan tak bape pasti sama ada apa yang Lea katakan di sini adalah benar atau tepat. But, inilah perkara yang bermain-main difikiran Lea dan secara spontan terketuk di dada blog ini sebaik sahaja jari-jemari ini dilabuhkan ke atas butang-butang papan kekunci yang comel ini. Hehe...

Waniiiii!!!!! (Alamak, akal waras telah datang dan memanggil untuk Lea kembali meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai tadi... Hehe... Insyaallah, klu idea-idea pelik ini datang kembali, Lea akan merepek-merapu di sini lagi... :D)

Kongsi rahsia:

Antara dua kesalahan tanda baca yang paling kerap Lea ulangi dan kadangkala dilakukan tanpa sedar dan sengaja adalah (...) dan (,"). Apa maknanya tu? Huhu..

Kata zIngGoF, tiada titik dua dalam penulisan. Yang ada hanyalah titik tiga. Adalah lebih baik gantikan titik tiga dengan tanda koma (,).

Kata Abang Khar a.k.a SF pula, tanda koma dalam sesuatu penulisan dialog adalah dihadapan atau sebelum tanda penutup kata dan sekiranya dihujung dialog tersebut terdapat tanda baca lain seperti tanda seru (!), tanda koma (,) tidak diperlukan sebelum penutup kata.

Jeng... jeng... jeng.... (Aku hanyalah penulis amatur yang baru belajar mengenal dunia...)

Monday, February 23, 2009

Ya Allah!! Jadi kartoon aku lepas ni...

Jeng.. jeng.. jeng.. Korang nak tau tak, hari ni aku selak-selak la planner aku yang dah beberapa hari aku tak bukak. Then, atas rasa tanggung jawab yang baru menjelma, aku pun dengan senang hati update la planner tu. Yelah, mana tak nya, lecturer aku dlm dua tiga minggu nih asyik cancel class jek. So, sume planning asal dah kena shift ke minggu-minggu yang seterusnya. Anjak punya anjak.. Skali nak kau... Sume selonggok pada minggu yang berdekatan.. Terbeliak gak biji mata ni bila tengok balik 'to-do-list' n benda2 yang cantik terletak dalam planner aku.. Menggeletar la jap jantung aku nih... (hehe.. jantung pun leh menggeletar...)

Tak caya? Korang tengok nih...

26/2 - Submit assignment accounting : Case 7-1 fasal amortization (dah la panjang giller case tu.. tak termasuk jawab lg nih.. hehe.. biul la aku jap..)

03/03 - Mid-term untuk subjek Managerial Economics. Dahla start dari bab 1 sampai 9 kecuali bab 5 tapi masyaallah.. rumus dengan graf dia byk giller.. Konsep jangan cakap la.. waa.. bab 8 n 9 aku tak bape faham.. (biul.. biul..)

then,

05/03 - aku kena submit satu lagi assignment untuk subjek accounting - Case 9-2 fasal Bond dan segala bagai.. huhu.. (kalau aku tak bertukar menjadi James Bond sajalah nanti.. wahaha..)

11/03 - tarikh ni lagi keramat. Aku kena present project untuk Term-paper subjek Operations Strategy... huhu... Yang malangnya, untuk term-paper nih aku baru start introduction jek.. (adoi.. aku ni mmg la sedang mengaplikasikan 'Parkinson Law')

esoknya plak

12/03 - aku ada Mid-Term Accounting.. (waaa.. bulan ni mmg byk tol la penderaan daripada Dr. Sofri nih.. huhu.. tido dengan calculator la aku jawabnya nanti...)

15/03 - (hari ni hari Ahad tau..) skali ada kelas ganti untuk Managerial Economics la plak.. Huhu.. kurang dah masa poya2 aku seketika..

18/03 - submit term-paper untuk subject Operations Strategy yang kena present hari tu.. :(

19/03 - submit term-paper untuk subject Accounting (again? Accounting mmg la suka mendera.. )

20/03 - tiba masanya untuk Prof. Zainal lak mendera aku.. wahuwahuwa.. kena present HRM in practice... Oleh sebab aku menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat, so aku ambil keputusan untuk gunakan data asgmt waktu degree dulu.. Kira ni re-use resouce yg ada.. (Aku tak ada pilihan.. T_T )

lepas daripada tarih ni aku akan berbahagia untuk dua minggu.. Ye ke? Yelah sebab aku tengok dalam planner ni kosong jek.. Tengkorak mu.. kosong tu bkn sebab apa.. time tu dh study week la ngok.. waaaa.. study week la plak..

So, korang mesti dapat bayangkan macam mana aku jadi kartoon ek nanti? erm.. kartoon ke? hmm.. xtau la.. tgk jelah nnt jadi pe..

kalau gini la punya susah... confirm aku peluk bawak tido aku nyer sijil master nanti.. wahaha.. kebiulan sudah bermula.. :D

Saturday, February 21, 2009

Tenggelam dalam kenangan...

Benar kata orang, walau sepahit mana suatu kenyataan itu namun apabila masa terus berlalu kepahitan itu secara sendirinya akan bertukar menjadi suatu kenangan yang amat manis untuk dikenang. Bagai tapai yang diperam, makin lama makin sedap untuk dimakan... Cuma awas!! Usah sampai menjadi tuak. Haram pula untuk dimakan kerna ia mampu memabukkan... hehe.. (maksud tersiratnya pk sendiri ek...)

Hari ini entah mengapa aku hanyut dalam kenangan lalu. Bibirku pula tidak mampu untuk ditahan daripada terus tersenyum. Senyum... Senyum dan terus senyum. Suasana yang mendung serta hujan renyai di luar jendela bilikku menambah rasa rindu itu terus menyaluti sanubari... Dendangan lagu Jamal Abdillah yang sayup-sayup ku pasang turut menguatkan lagi kenangan itu untuk terus kembali...

Lagu Jamal Abdillah memang sinonim dalam hidupku... Setiap kali aku keseorangan, setiap kali aku rindu kenangan lalu, setiap kali aku rindu suasana dulu, pasti lagu-lagu itu yang menjadi pilihanku. Entah mengapa hati bagai tidak mahu keluar dalam mode rindukan kenangan lalu. Andai mampu untuk aku hentikan detik masa dari terus berlalu, akan aku hentikannya pada masa ini supaya aku dapat terus tersenyum dan hanyut dalam kenangan lalu yang tak bertepi...

Rindunya saat itu.. :D

Sunday, February 15, 2009

Tired but yet it is very effective session

Pheww!! Penat nyer rasa... First time dalam sejarah aku berada di USM ni, aku wat group discussion dalam gaya tak hengat donia... Actually, discussion hari ni adalah discussion tak terancang. Kak Yati kol aku kol 11.15 pg td n ajak aku join diorang nyer group discussion. So, dengan senang hati aku pun gi..

Bincang punya bincang... Fasal crashing la.. fasal quality control la.. Upper limit, lower limit.. P chart, X bar bar chart.. itu chart ini chart.. sampai otak aku pun nyaris2 nak cacat.. wahaha.. skali tengok-tengok jam pukul 6.30 petang.. OMG.. tak pernah dalam sejarah aku wat discussion sampai gitu sekali.. khusyuk giller..

Tapi mmg sgt berbaloi.. atleast dah kurang beban aku nak study sendiri.. malam ni leh sambung sket-sket jek lagi.. pastu nak print jawapan daripada CD.. pastu study lg sket.. hehe.. klu mcm ni.. confident la sket aku nak jwb mid-term hr Rabu nih.. hurm.. korang doakan Lea ek?

Oklah.. cukuplah bebelan wat masa ni.. mlm nnt klu rasa nak bebel lagi.. lea tulis lg... nak rehatkan otak jap.. takut sewel.. wahaha.. oklah.. daaaaaaaa..

Erm.. apa pun.. thanx to Amir, Kak Oya, Kak Yati, Kak Yani n Cikgu Prema for d very effective discussion session.. :D

Hari nie aku budak rajin.. jeng.. jeng.. jeng..

Friday, February 13, 2009

Siapakah Aku?

Siapakah diriku? Sebahagian kisah hidupku ada tergarap di dada novel dan begitulah juga dilemma serta konflik yang kadang-kadang sering muncul di dalam jiwa. Tentang Dhiya (Syud - Jemari Seni) hampir tepat menggambarkan senario persahabatan aku semasa di Universiti manakala 5 Tahun 5 Bulan (Hlovate - Jamari Seni) pula menggambarkan konflik yang sering meruntun jiwa ini. Adakah penyelesaian serta arahan arus hidup ini akan terjadi sama seperti yang tergarap di dada novel-novel tadi? Atau mampukah aku menjadikannya sebagai suatu panduan dalam menyusun atur kehidupan ini?

Atau haruskah aku meletakkan garapan tinta penulis itu sebagai suatu cermin ajaib yang mampu menggambarkan siapakah diriku ini? Apakah hala tuju hidupku? Apakah cabaran-cabaran yang bakal aku tempuhi memandangkan aku sendiri tiada klu bagi semua soalan-soalan ini.

Malam tadi dengan panjang lebar aku meluahkan kepada rummet mengenai dilemma diri ini. Aku tidak mampu untuk mengklasifikasikan sifat diri ini dengan sebetulnya. Di mata orang aku seorang yang tegas, berani dan begitu berkeyakinan tinggi namun hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa tidak yakinnya aku, betapa gerun dan takut untuk aku membuat setiap satu langkah dalam hidup ini. Aku bimbang jatuh, aku bimbang terluka dan aku juga bimbang seandainya aku tidak mampu mengembirakan hati insan-insan tersayang yang ternyata menyandarkan harapan yang tinggi pada diri ini. Bagaimana kalau suatu hari nanti aku gagal untuk menjadi yang terbaik buat mereka? Adakah akan muncul satu hari di mana aku akan mengecewakan hati-hati mereka? Ini semua sering bermain-main di benak dan di jiwa.

Namun, dalam ketidaksedaran aku menghayunkan langkah, aku kini berada di suatu tempat yang tidak pernah aku jangka. Dalam diri galak menyatakan aku takut ini, aku tidak mampu melakukan itu, semua ini adalah nothing dan sia-sia, satu-satu pencapaian yang aku miliki. Satu-satu sejarah indah aku ukir di kanvas perjalanan hidupku? Bagaimana ini semua berlaku? Entah... Aku tiada jawapan bagi soalan itu.

Aku juga sedar, aku sering keseorangan. Langkah yang aku ambil kadang-kadang terlalu panjang dan laju jika hendak dibandingkan dengan mereka yang berada dalam kelompok sekitar hidupku. Semua ini kadang-kadang telah menyebabkan aku tersisih sendiri. Adakah selama ini aku cuba untuk melompat terlalu tinggi dan mendedahkan diri ini pada suatu risiko untuk jatuh dan cedera lebih daripada individu lain? Mengapa aku sering melangkah lebih laju berbanding orang lain? Apa yang sering aku kejar sedangkan 'apa' itu tidak pula aku ketahui...

Aku seolah-olah insan buta yang sangat bernasib baik apabila aku melangkah, aku jarang terjatuh ke dalam gaung, setiap kali aku cuba melompat untuk merentasinya alhamdulillah aku berjaya. Namun ke manakah hala tuju hidup ini? Aku hendak ke mana sebenarnya?

Kadangkala tatkala aku duduk termenung sendirian, satu-satu kesilapan lalu akan muncul kembali dan menyebabkan diri ini berasa malu pada diri sendiri. Di mana boleh aku sorokkan wajah ini andai malu itu datang dari dalam diri? Bagaimana hendak aku pendamkan rasa malu yang wujud di dalam hati? Apakah yang harus aku lakukan tatkala rasa bodoh menjalar kekar di dalam diri? Hendak disesali kesilapan lalu sudah tidak berguna lagi namun rasa itu terus-terusan mengejar rasa hati yang kadang-kadang bisa buat aku menjadi nanar. Adakah itu semua hanyalah bisikan syaitan yang mahu menghasut aku ke lembah kehancuran?

Sedari kecil aku sangat takutkan sesuatu yang dinamakan 'keputusan'. Oleh itu, aku tidak mampu untuk menghadapinya sendiri hatta untuk membuka slip peperiksaan aku sendiri. Semuanya dilakukan oleh bapak. Namun kini, rasa itu semakin kuat. Aku semakin takut untuk menghadapi segalanya. Aku bimbang untuk membuka bicara kerna takut ada hati yang akan terluka. Aku bimbang untuk menyelit bersama-sama mereka yang lain bimbang aku akan mengganggu perjalanan hidup mereka atau mengganggu keselesaan hidup mereka. Akibatnya aku lebih senang menyendiri.. Dengan harapan insan sekeliling tidak akan rasa terganggu atau terbeban akan kehadiran diri? Di mana silapnya diri ini hingga sering melebihkan rasa hati orang lain sedangkan rasa hati diri ini sentiasa dianaktirikan sendiri? Adakah diri dan hati ini tiada hak begini?

Aku sendiri tiada jawapan yang pasti...

Aku keliru-keliru lagi.. Sendiri..

Thursday, February 12, 2009

Dari Mata Penaku


Salam semua.. Hari ini terdetik pula hati Lea untuk berkongsi lirik lagu ini bersama-sama semua... Mungkin terselit seribu makna disebalik bait-bait lirik ini namun biarlah semua menjadi rahsia.. wahaha.. macam ayat selebriti lak.. tp memang benarlah kan.. setiap bait lirik serta bait-bait bahasa yang sering kita tuturkan pasti terselit makna.. tidak kiralah sama ada ianya makna yang tersirat mahu pun tersurat.. terserah pada tafsiran masing-masing.. So jom kita hayati lirik dari dendangan Jamal Abdillah ini..

Dari Mata Penaku

Dari mata penaku
Kuluahkan rindu
Dalam warkah biru
Impian menggunung

Dari mata penaku
Dapatkah kau baca
Sejuta maknanya

Maafkanlah daku
Andai kaku dalam menyusun bahasa
Unggakapan kata
Kiranya ku bersimpang dari makna

Inginku nyatakan segalanya
Setiap detik rasa
Agar kau mengerti semua isi
Yang dalam tersembunyi

Semoga warkahku
bagaikan cahaya
Menerangi hatimu
yang pudar

Dari mata penaku
Dengarkanlah suara hati yang menyinta

Maafkanlah daku
Andai kaku dalam menyusun bahasa
Ungkap kata kita
kubersimpang dari makna

Maafkanlah daku
Andai kaku dalam menyusun bahasa
Ungkapan kata
Kiranya ku bersimpang dari makna

Inginku nyatakan segalanya
Setiap detik rasa
Agar kau mengerti semua isi
Yang dalam tersembunyi

Semoga warkahku
bagaikan cahaya
Menerangi hatimu
yang pudar

Dari mata penaku
Ku luahkan rasa
Dalam warkah biru
Kasih untukmu
Kasih untukmu..
Kasih untukmu..

hmm.. adakah lagu ini turut membisik sesuatu di dalam diri anda? fikir-fikirkan.. wahaha..

I love Jamal Abdillah songs.. huhu.. my feberet.. :D

Wednesday, February 11, 2009

Selamat tinggal Blog Ku Petik Bintang dan MMSD

Sedihnya.. akhirnya tepat kol 1630 tadi Kak Mas benar-benar mengotakan kata-katanya untuk padam semua blog miliknya. So, kini tiada lagi kisah Anissa dan Haikal. Tak ada lagi citer Siti Hanim dan Sato-san.. Tiada lagi sambungan kisah Resipi Cinta..

Kini, sudah berkurangan satu blog yg hebat untuk menjadi tatapan semasa kebosanan. Moga kisah yang berlaku pada Kak Mas tidak akan berulang lagi pada blog-blog yang lain kerana kejadian ini benar-benar mendukacitakan. Andai kita tidak mampu memberikan buah fikiran, cukuplah kiranya kita hanya bertindak sebagai penyokong.. Itu sudah di kira bagus... Kejadian ini benar-benar mendukacitakan..

Buat Kak Mas, moga tenang dan berbahagia di samping keluarga. Andai satu masa nanti tergerak semula hati Kak Mas untuk kembali ber'blog' kami dengan besar hati akan terus menyokong kepulangan Kak Mas kembali..

Semoga terus berjaya.. amin.. insyaallah..

Friday, February 6, 2009

Tak boleh lupa

Hola kawan-kawan.. Hari ni tiba-tiba jek aku rasa mcm dalam mood untuk berkongsi lirik lagu kegemaran aku waktu aku form 5 dulu.. Tajuk lagu tersebut adalah Tak boleh lupa hasil nyanyian Dato' Siti Nurhaliza..

Jom kita hayati liriknya bersama..

Tak boleh lupa

Sewaktu mula bertemu dulu
Kuanggap kau hanya kawan
Tetapi bila sudah mesra
Berputiknya rasa sayang

Pabila kita tidak bertemu
Terasa rindu di kalbu
Akhirnya kita menyedari
Yang kita sudah jatuh cinta

Di awal percintaan
Sungguh indah
Kau bersumpah depanku
Bahawa kau kan tetap setia dengan ku

Kini mengapa kau lukai hatiku
Dimanakah sayang oh janjimu
Ku berdoa semoga hatimu masih sayang
Dan tak lagi mengguris hatiku

Demi kerana aku cinta padu
Relanya hatiku memaafkan
Sudah adat bercinta ada pahit dan manis
Tetapi jangan sampai berpisah

Selagi dihati masih cinta dan rindu
Selama itulah ku setia
Tak gunanya berpisah
Jika sudah suratan diantara kita tidakkan lupa...

huhu.. inilah lirik lagu yang sering menjadi siulan aku suatu masa dahulu.. hehe.. Lepas ni aku bagi lirik lain plak ek.. :D

Thursday, February 5, 2009

Azam besday? Keh.. keh.. keh..

Hepi besday Wannie!!

Hari ini pada pukul 0826 pg nnt genaplah umur aku 22 tahun.. Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.. Juga moga hidup ini dirahmati Allah selalu.. Dipermudahkan segala urusan dan moga setiap kejayaan serta impianku bakal terlaksana dan tercapai.. amin..

Hehe.. sejak pukul 0001 malam tadi, aku menjadi orang femes jap.. hehe.. adik-adik berebut-rebut nak wish dulu.. wahaha.. tp yg paling hampeh sekali adalah pernyataan jujur daripada nana.. "Kak, hepi besday.. tp sblm tu aku nak mengaku jujur pd hang.. sebenarnya aku lupa mlm ni besday hang.. nsb bek bapak kol aku td.." huhu.. hampeh punya adik.. pastu mimi lak kol aku.. "Kak, hepi besday.. so sempena besday hang pe kata hang bg hadiah kat kita orang.." hehe.. tu lg hampeh.. adoi la.. mmg hampeh adik-adik aku ni.. ada ke patut ckp mcm tu dengan kakak kesayangan diorang nih.. huhu. [hah.. buat muka.. x mo ngakulah tu aku kakak kesayangan .. wahaha.. :p] Nat plak kata hadiah besday aku adalah dia bg pinjam baju baru dia untuk tempoh sehari.. erk? Apa kelas aku nak men baju pinjam ni.. sorry r.. pinjam2 xmen.. klu nak.. aku amik terus jek.. wahaha.. jgn nyesal la ko nat.. Baju barumu akan menjadi baju baruku.. wahaha..

Thanx juga wat kengkawan yang tidak lupa untuk mengucapkan selamat sempena besday aku semalam.. hehehe.. ingatan korang sangat2lah aku hargai.. to ain, fahmi n tn ilias.. thanx.. tak sangka korang ingat besday aku.. :) To Kak Emy lak.. thanx atas hadiah yg sgt sedap.. hehe.. Cheese Cake Blueberry.. hehe.. sgt sodap lo.. hingga menjilat plastik aku dibuatnya.. hehe..

Erm.. mlm td.. antara org terawal yg wish besday kat aku adalah bapak.. hehe.. seperti biasa.. soalan lazim apabila tibanya besday adalah.. "Apakah azam baru anda?" keh.. keh.. keh.. act aku pun not very sure pe azam aku.. xde yg betul2 muncul dr dalam hati.. but s'thing yang aku akan fokus wat masa ini adalah nak tamatkan master ni dlm tempoh yang ditetapkan n aku nak siapkan AMH dengan sempurna secepat mungkin pada kualiti yang paling optimum..

Korang nk tau satu cerita tak.. hehe.. ni kisah azam waktu besday la.. hehe.. mmg menjadi tradisi dalam hidup aku untuk menetapkan azam tahun baru bukan pada new year but pada besday aku.. hehe..

alkisahnya.. pada besday aku lima tahun yg lalu.. kiranya waktu tu aku baru masuk age 17 thn la.. time tu aku form 5.. seingat aku.. itulah azam yang paling genting skali dalam hidup aku dimana aku menetapkan hala tuju bagi setiap kemungkinan yang bakal berlaku.. contohnya.. kalau aku dpt masuk matrix.. apa next move aku.. then.. kalau aku just leh amik dip je.. apa yg bakal aku lakukan.. xpun.. aku mungkin akan smbg ke tingkatan 6 or aku pernah gak terfikir.. d worst thing yg bakal berlaku adalah aku gi keje kilang.. hehe.. pd aku klu pilihan terakhir tu.. erm.. aku terpaksa pk panjang lg la kot untuk susun atur semula life aku..]

tu babak pertama dalam penetapan azam time tu.. hehe... babak kedua pulak adalah aku renew date-line untuk jangkamasa coupleable.. wahaha.. korang pernah dengar ke ayat tu? hurm.. tu aku cipta sendiri.. waktu aku darjah enam dulu.. aku pernah menetapkan bahawa aku takkan couple sehinggalah aku tamat form 5.. alasannya adalah.. huhu.. menyemak je nanti sume tu.. kacau aku nk study.. hasilnya.. yes!! aku berjaya capai sasaran yang aku lakukan.. but bila aku fikirkan semula untuk penetapan hala tuju tadi.. aku mcm ubah fikiran.. oleh sebab tu.. aku renew due date coupleable aku.. hehe.. aku tunda ke umur 20 tahun.. hmm.. kiranya dua tahun yg lepas la kan.. keh.. keh.. tp sume tu dusta belaka.. act aku up lg tarikh tu ble aku dh capai age 20.. tp aku up kan tanpa pengumuman rasmi pd diri aku la.. hehe.. act aku xsempat pun nk pandang sekeliling wkt time degree.. aku sibuk gila dengan aktiviti harian.. sibuk dengan JKM.. dengan Palapes.. dengan kuliah.. dengan sibuk jadi Fasi bg program-program kerjasama dengan MPP.. pendek katanya mmg bz lah.. hehe.. i'm a very bz gurl.. (saja jek pakai gurl.. xbest r klu pakai woman)

now age aku dh 22 tahun.. so.. ape kisah selanjutnya..? keh. keh.. keh.. no comment.. kita tunggu dan lihat.. apa pun.. novel dengan master kena ada dlm genggaman dlu.. sama ada bf n PhD bakal menyusul? hurm.. tu kita serah dulu pada takdir..

hurm.. so pe azam tahun baru aku? tetttt.. lom ada jawapannya.. hehe.. ok.. cukuplah dulu smpi sini..

erm... to mama.. thanx atas mms besday yg sgt cute.. hehe.. akak tau.. mama bg mms tu sbb akak pun comel mcm tu kan..?!! wahaha.. alah.. mama xckp pun akak dh tau.. :p thanx again ma.. luv u alwayz too..

hoho.. now i'm 22..

Anda anak sulung, tengah, bongsu @ tunggal?

Hai semua.. hehe.. hr ni lea nak share something dengan kengkawan semua.. bahan ni Lea dapat dari seorang teman.. ni dia url yg teman lea berikan.. jom kita kongsi bersama..

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.


Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalam an orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.


Anak Sulung


Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.


Anak Tengah


Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah


Anak Bongsu


Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.


Anak Tunggal


Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


So, anda semua berada dalam kategori mana??

Dengan bangganya aku nak menyatakan bahawa aku anak sulung.. keh.. keh.. keh..


Pernyataan di atas serta gambar ini membuktikan betapa aku sebagai anak sulung adalah anak 'kesayangan'.. wahaha.. to nana, mimi, nat, ira n ina.. korang jangan jeles.. wekk!!

Monday, February 2, 2009

Hatiku not feeling well

Entah nape hari ni aku rasa tak sedap hati sangat.. smpi buat aku rasa mcm nak nangis pun ada.. nak mengamuk pun ada.. entah la aku pun xtau nak describe perasaan aku ni mcm mana.. adoi la.. ble nak berubah ni.. umur tinggal bape hari lagi dh nak meningkat satu lagi angka baru.. tp perangai still mcm ni..

kawan aku ckp, aku ni suka sgt ikut perasaan.. hmm.. aku pun rasa mcm tu.. tp nk wat mcm mana.. bkn aku saja2 nak ikut.. tp dh nak terikut setiap kali aku ada rasa s'thing.. so nk wat mcm mana..

hmm.. citer fasal ni aku teringat ada satu novel ni.. publisher dia creative klu xslh.. hurm.. tajuk buku ni.. Bila sena berguguran kalau tak salah.. hehe.. ada satu quote yang hero citer ni slalu ckpkan pada heroinnya.. "Letakkan akal sebelum hati" huhu.. kata-kata ni.. it's easier said than done!!

dulu pernah gak aku letakkan kata-kata ni kat frontpage note book aku.. tp hasilnya? erm.. maybe masih boleh dipertikaikan lagi kot.. huhu..

hurm.. k lah.. next n3 aku akan try share apa azam baru aku sempena umur baru k.. skrang ni aku just rasa xde mood, sedih n entah ape lg ntah..

ok lah.. daaaaaa..