Wednesday, February 11, 2009

Selamat tinggal Blog Ku Petik Bintang dan MMSD

Sedihnya.. akhirnya tepat kol 1630 tadi Kak Mas benar-benar mengotakan kata-katanya untuk padam semua blog miliknya. So, kini tiada lagi kisah Anissa dan Haikal. Tak ada lagi citer Siti Hanim dan Sato-san.. Tiada lagi sambungan kisah Resipi Cinta..

Kini, sudah berkurangan satu blog yg hebat untuk menjadi tatapan semasa kebosanan. Moga kisah yang berlaku pada Kak Mas tidak akan berulang lagi pada blog-blog yang lain kerana kejadian ini benar-benar mendukacitakan. Andai kita tidak mampu memberikan buah fikiran, cukuplah kiranya kita hanya bertindak sebagai penyokong.. Itu sudah di kira bagus... Kejadian ini benar-benar mendukacitakan..

Buat Kak Mas, moga tenang dan berbahagia di samping keluarga. Andai satu masa nanti tergerak semula hati Kak Mas untuk kembali ber'blog' kami dengan besar hati akan terus menyokong kepulangan Kak Mas kembali..

Semoga terus berjaya.. amin.. insyaallah..

4 comments:

  1. saya sokong lea... buat k.mass sya doakan agar k.mass tidak putus asa n terus bkarya. Jadi smua ni satu cabaran buat k.mass terus bjaya.

    saya amat mhargai stiap karya k.mass dan semua penulis.

    kita spatutnya menyokong dan mhargai stiap karya yg dihasilkan oleh penulis. tindakan yg tidak wajar ini bukan saja merugikan semua pihak malah membunuh penulis untuk bkarya.

    bukan semua orang boleh menulis hanya mereka yang dianugerahkan bakat penulisan sahaja yang mampu menulis dan mhasilkan sebuah karya yang bagus..

    buat semua penulis teruskan perjuangan anda, sy tetap akan menyokong stiap karya anda..

    ReplyDelete
  2. hurm.. xtau ar nak ckp apa..

    sy ni follow snyap2 cita2 yg kak mass tulis..

    tapi sy suka gle cita yg kak mass tulis..

    sedih gak rasa hati bila da xder blog tuh..

    xtau ar nak explain..

    tapi mmg sedih..

    first time sy beri comment tau kat blog lea..

    sy ni baru berjinak2 ngan dunia blog..

    first time baca cita kak mass mmg tabik spring!!!

    cita dia cam real..huhu...

    xper lor.. asalkan kak mass happy.. n xsdh2 da..

    erm.. to kak lea, teruskan menulis. cita F4 tu memang gempak!!! 'bersegamat' sy bila baca cita2 dlm blog2 yg ada nih.. huhu..

    sy pun kaki novel.. dulu baca alaf 21 tapi skrg da x follow sgt.. sbb da terminat kat novel english... (sy ni amek jurusan english - sbb tu kena selalu baca novel2 bi)

    apa pun karya malaysia pun besh...!!!

    bye2...!!!

    :-( (sedih dgn nasib menimpa blog kak mass - hilang da beberapa karya gempak!)

    ReplyDelete
  3. apa yg dah berlaku? patut sy cari dh xde...

    ReplyDelete
  4. Ku petik bintang karya kak mas mmg sngat hidup dlm jiwa saya.. dah 5tahun berlalu. Kadang2 saje search kat google cr ku petik bintang.. arrhhh rindunya nak baca cerita tu.. wlupon dah bertahun tinggalkan dunia blogging. Tapi cerita kak mas sememangnya hidup dan best sangat..really miss that story..

    ReplyDelete