Thursday, February 5, 2009

Anda anak sulung, tengah, bongsu @ tunggal?

Hai semua.. hehe.. hr ni lea nak share something dengan kengkawan semua.. bahan ni Lea dapat dari seorang teman.. ni dia url yg teman lea berikan.. jom kita kongsi bersama..

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.


Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalam an orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.


Anak Sulung


Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.


Anak Tengah


Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah


Anak Bongsu


Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.


Anak Tunggal


Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


So, anda semua berada dalam kategori mana??

Dengan bangganya aku nak menyatakan bahawa aku anak sulung.. keh.. keh.. keh..


Pernyataan di atas serta gambar ini membuktikan betapa aku sebagai anak sulung adalah anak 'kesayangan'.. wahaha.. to nana, mimi, nat, ira n ina.. korang jangan jeles.. wekk!!

6 comments:

  1. huhu..
    cam sama jek dgn adik beradik sy..

    sy sulung... (girl..hampir semua ciri2 yg lea tulis ada pd sy) hehe... bangga sey!!!

    adik lelaki tgh (mmg suka wat hal sendiri n xsuka kena paksa aka keras kepala (keras lagi batu..huhu)

    bongsu lak.. adik pempuan.. dia tu mnja yg amat.. da umur 16 tp still panggil baby.. cam ner x mnja.. hehe...

    ReplyDelete
  2. Ehem, samalah. Saya pun anak sulung juga. Tapi adik-beradik 2 je... =)

    ReplyDelete
  3. Ehem, adik yg sorang tu lelaki ke perempuan? Kalau perempuan xleh nak dikira awk sulung la.. kita kira awk nih anak lelaki tunggal.. so sila rujuk kategori tunggal ek.. hehe..

    saja jek acah Ridh.. :D

    ReplyDelete
  4. kalau anak bongsu lelaki yang ada kakak jer ramai.. rasanya mcm lain terus juga dari description anak bongsu yg ko cakapkan tu. walaupun dia anak bongsu, tapi berpandangan jauh & realize tanggungjawab besar yg mesti dipikulnya nanti. cmne nk wat?

    ReplyDelete
  5. @ Anonymous:

    Tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu bersyukur kerana dia tahu memainkan peranannya sebgai ketua dalam keluarga memandangkan dia adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Maka syabas diucapkan buat dirinya.

    Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca dan meninggalkan komen di sini.

    ~LeaQistina

    ReplyDelete