Thursday, July 30, 2009

Ya Allah... Aku bersyukur!!

Assalamualaikum semua,

sebentar tadi Lea baru sahaja mendapat email daripada seorang teman daripada ReSPeK group. Sesungguhnya perkongsiannya kali ini adalah mengenai amalan warga Asli Amazon yang menanam anak-anak mereka hidup-hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan Lea tatkala menonto video itu. Itupun hanya separuh. Tidak sanggup untuk Lea terus melihat penyeksaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak kecil itu. Puncannya Lea sendiri tidak mengerti mengapa mereka diperlakukan sebegitu.

Lea dapat melihat dengan jelas, seorang lelaki dewasa sedang mencangkul tanah dengan kedalaman hampir mencecah pinggang. Kemudiannya, setelah berpuas hati dengan kedalaman lubang itu lalu dia pergi mengambil seorang kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan jantinanya (mungkin lelaki). Umur kanak-kanak itu dalam lingkungan 7 tahun. Sedih dirasakan sebaik sahaja melihat lelaki dewasa itu menimbus tanah ke atas tubuh kanak-kanak itu sehingga menutupi paras kepala. Dapat dilihat keadaan tanah yang bergerak-gerak. Mungkin kanak-kanak itu cuba untuk melepaskan diri. Malangnya lelaki dewasa itu memijak-mijak permukaan tanah itu di mana tempat ia bergerak. Tidak dapat Lea bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Memburukkan keadaan, dalam keadaan lubang yang separuh tertimbus lelaki dewasa tersebut mengambil pula seorang lagi kanak-kanak yang lebih kecil berbanding yang pertama tadi, mungkin dalam lingkungan 4 - 5 tahun umurnya untuk ditanam bersama-sama. Sampai situ sahaja yang mampu Lea tonton. Sesungguhnya sehingga sekarang, kisah yang Lea tonton tadi masih lagi terbayang-banyang di ruang ingatan. Moga ia tidak membawa mimpi ngeri dalam tidur Lea malam ini. Nauzubillah!

Demi melihat video tadi, hati Lea melaungkan beribu-ribu kesyukuran kerana Lea dilahirkan sebagai seorang Muslim dalam sebuah negara yang berdaulat dan makmur yang bergelar Malaysia ini. Juga setinggi-tinggi rasa syukur Lea lafazkan tatkala menyedari Lea seorang anak yang bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh Lea klasifikasikan sebagai cukup bahagia. Lea punya mama bapak yang sangat mengambil berat serta sayang pada anak-anaknya, Lea punya adik-beradik yang akrab sesama sendiri dan kami sekeluarga cukup mesra. Ya Allah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan buat aku hambamu ini.

Ya Allah, dengan ini aku bermohon kepada-Mu supaya keharmonian keluarga serta negara yang sangat-sangat aku cintai ini akan terus terpelihara. Aku juga berdoa supaya tiada lagi insan-insan terutamanya kanak-kanak yang akan mengalami derita yang sebegitu.

Ya Allah, Kau hindarilah sifat jahil itu dalam diri hamba-hamba-Mu itu. Dan, rahmatilah kami semua. Terutamanya mereka-mereka yang bergelar insan teraniaya. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Kurnia.

Amin... Ya Allah, Kau perkenankanlah doaku ini.

Terdetik dalam hati Lea bagaimanakah perasaan insan yang memegang kamera dan merakamkan kejadian tadi. Tiadakah sedikit pun terselit dalam hatinya akan rasa belas pada kanak-kanak itu?

Sungguh Lea bersyukur atas segala nikmat yang Lea terima. Lea diberikan kasih sayang, diberikan pendidikan serta ajaran agama yang lengkap. Lea juga diberikan kebebasan untuk bersuara, untuk membuat keputusan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, diberikan hak untuk menentukan masa depan sendiri. Terlalu berbeza apa yang Lea nikmati ini jika hendak dibandingkan dengan nasib kanak-kanak tadi. Masya-Allah!


Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini dengan penuh belas ihsan daripada-Nya. Syukur atas segalanya...

Terima kasih Allah...
Allahu Akhbar!




Hampir Ke Situ

Sebuah lagu yang mempunyai lirik yang cukup bermakna. Sangat berguna tatkala diri terasa bagai keseorangan dan kegagalan itu ibarat sudah berada di hadapan. Lagu ini seolah-olah menyatakan harapan yang sedang menanti sebaik sahaja hati ini terus meyakinkan diri untuk berani melangkah lagi.

video


Mendua - Hampir Ke Situ

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh



Sunday, July 26, 2009

Serabut... Serabut...

Argh!! Musim serabut nampaknya telah kembali lagi. Aku kini baru berada di minggu ke-4 dalam semester 2009/2010-1 tetapi rasa serabut bagaikan sudah terpintal di benakku ini. Sukar sungguh untuk diuraikan. Kerja makin menimbun tapi untuk menyiapkannya amatlah sukar. Setiap minggu ada tugasan baru namun tugasan minggu-minggu yang lalu belum tentu aku dapat siapkan. Jadi, bagaimana nih?

Subjek Corporate Finance menjadi tunjang kepada rasa serabut yang sedang aku alami ini. Di dalam kelas, aku tidak dapat faham apa yang sedang dipelajari. Semuanya dirasakan bagai alien dan masalah juga turut hadir daripada Financial Calculator aku. Entah kenapa susah betul untuk mendapatkan jawapan yang betul sedangkan semua maklumat yang diperlukan telah pun aku masukkan. Argh!! Bosan gini.. Dah la mahal kalkulator tu.. tp hampeh tol! Wat sakit hati je...

Masalah kedua aku adalah dengan subjek Research Methodology. Untuk subjek ini tiada peperiksaan tetapi aku kena submit proposal untuk Management Project yang bakal aku ambil sem depan. Payah betul aku nak dapatkan topik. Sedangkan aku perlu menghantar topik dan abstrak pada 31/7 ni. Dah tak lama lagi. Aduh! Macam mana ni? Tajuk apa yang aku nak wat ni? Macam-macam tajuk muncul dalam kepala otak ni tapi satu pun rasa macam tak sesuai.

Kemudian kelas Marketing Management plak menyumbangkan masalah. Expectation lecturer yang terlalu tinggi telah memberikan tekanan. Pembentangan untuk after mid sem ni pun aku tak tau la nak gunakan company apa. Payah betul kalau semua lecturer assume yang student dia dah keje n mudah-mudah untuk mendapatkan maklumat dalaman sesebuah organisasi. His! Setiap kali kena wat tugasan yang macam ni, mesti wat aku rasa stress!!

Lastly subjek Advanced Statistics. Sebenarnya subjek ni tak adalah terlalu menyerabutkan kepala. Tetapi, subjek ni punya assignment banyak gila. Dan, aku plak selalu gagal untuk menyiapkan tugasan ni sebab aku dah cukup serabut dengan masalah-masalah tiga subjek yang lain. Isk3... Macam mana ni? Mujurlah subjek ni punya tugasan perlu dihantar pada hujung semester. Jadinya ok lagi la...

Dalam banyak-banyak sem, aku rasakan sem nilah yang paling mencabar. Memang gila rasanya. Klu ikut pada perkiraan tempoh masa aku kat sini, tolak sem ini aku ada lagi satu sem panjang dan satu sem pendek untuk selesaikan MBA ni. Tapi makin mendekati hujung tempoh perjuangan ini, rasa bagai terketar-ketar pula untuk melangkah hatta untuk satu tapak cuma. Sungguh. Berat dan benar-benar menguji tahap kesabaran.

Kadangkala timbul juga rasa putus asa. Namun, mengenangkan harapan serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mama dan bapak serta adik-adik tersayang, maka aku gagahkan jua untuk terus melangkah. Entah sampai bila aku boleh bertahan sem ni.. Hehe... Kalau tak mampu dah nanti rasanya macam biasa la kot... n****s. huhu...

Entahlah... Yang pastinya aku benar-benar serabut. PTPTN pun sama jugak wat hal. Dah hampir satu bulan semester telah bermula tetapi duit belum masuk lagi. Aku sangat-sangat perlukan duit tu sebab nak beli laptop untuk kegunaan bagi subjek stat dan rm... tapi PTPTN ni terhegeh-hegeh plak nak masukkan duit. Hish! Lagi la aku serabut. Benci tol gini...

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...
Permudahkanlah urusanku ini...
Sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa ke atas segalanya...
Perkenankanlah doaku ini...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Semoga kakiku ini masih teguh untuk terus melangkah dan bangkit semula seandainya aku tersadung lalu tersungkur.


Friday, July 17, 2009

LeaQistina kini...

Assalamualaikum semua. Rasanya sudah sekian lama Lea menyepi. Baik di ruangan mana-mana blog pun. Entahlah, Lea sendiri kurang pasti dengan punca berlakunya keadaan ini. Mungkin kerana Lea agak sibuk kebelakangan ini dengan urusan persediaan sem baru. Maklum sajalah dengan kelas-kelas pengenalan setiap subjek yang diambil pasti akan memberikan kesan tertentu. Juga wujudnya kerisauan untuk memilih tajuk cadangan bagi tesis yang bakal dimulakan pada awal semester depan. Nampaknya jadual kehidupan peribadi Lea kini menjadi semakin padat. Lumrah bagi seorang insan yang bergelar pelajar. Semakin mendekati penghujung episod pengajian, semakin sibuk suasananya.

Sehubungan dengan itu, mood Lea untuk menulis juga agak terjejas. Kadangkala ada idea yang muncul tetapi Lea tak mampu menyiapkannya. Adakalanya Lea sudah separuh menulis cerita tersebut, tetapi akhirnya ianya tidak mampu diselsesaikan. Entah mengapa, Lea sendiri kurang pasti.

Oleh itu, Lea ingin memohon maaf kepada para pengikut blog Kalam Coretan yang sentiasa menantikan karya-karya baru daripada Lea. Jutaan terima kasih Lea ucapkan buat semua yang sentiasa menyokong Lea.

Status Novel Air Mata Hati

Oh ya! Di sini Lea ingin memaklumkan kepada semua mengenai status terbaru Novel Air Mata Hati. Dengan dukacitanya Lea ingin memaklumkan kepada semua bahawa penerbitan novel Air Mata Hati terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (masalah di pihak penerbit). Namun, Lea ingin menyatakan di sini bahawa novel itu dengan sedaya upaya Lea akan cuba terbitkannya juga memandangkan menerbitkannya merupakan impian Lea selama ini.

Sekarang ini secara perlahan-lahan Lea cuba untuk menambah baik novel tersebut. Moga tibanya saat kelahiran novel tersebut nanti di pasaran, anda semua pasti takkan merungut dan sangat berpuas hati memilikinya. Itulah azam Lea. Biarlah apapun yang menjadi halangannya, insyaallah dengan izin Allah Lea tetap akan cuba memenuhinya. Amin.

p/s: harapnya kengkawan semua tidak akan berputus asa menantikan kehadiran Air Mata Hati ye!

Rasanya cukuplah dulu buat masa ini. Semoga kita bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Semoga kengkawan semua akan terus menyokong Lea. Dan, kesudian anda semua Lea ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih. Xie Xie.

(^_^)V


Ikhlas;

Monday, July 6, 2009

Cinta Antara Benua

Hai semua... hehe... pagi ni Lea ada mendapat satu email daripada group ReSPeK... Ada seorang teman yang telah menghantar lirik lagu Cinta Antara Benua. Tiba-tiba je rasa teringat kembali zaman kanak-kanak dahulu. Drama-drama melayu seperti Cinta Antara Benua inilah yang menjadi kegilaan. Mungkin ada rakan-rakan yang lain juga yang turut mengikuti drama ini. Jadi, untuk entri kali ini Lea nak kongsikan lirik lagu Cinta Antara Benua yang baru Lea terima :-)


Jom kita nyanyikan bersama (^_^)v

Cinta Antara Benua - Arni Nazira

Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai

Aku jua sepertimu kasih
Merindumu sepanjang hayatku
Sabarlah menanti hadirku

Walau berjauhan... Walau kesunyian
Kutetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkinkan terlerai selamanya

Tiada kata harus kulafazkan
Asyiknya debar cintaku padamu
Riak asmara yang mengusap hati
Ternyata hebatnya cinta...