Friday, July 17, 2009

LeaQistina kini...

Assalamualaikum semua. Rasanya sudah sekian lama Lea menyepi. Baik di ruangan mana-mana blog pun. Entahlah, Lea sendiri kurang pasti dengan punca berlakunya keadaan ini. Mungkin kerana Lea agak sibuk kebelakangan ini dengan urusan persediaan sem baru. Maklum sajalah dengan kelas-kelas pengenalan setiap subjek yang diambil pasti akan memberikan kesan tertentu. Juga wujudnya kerisauan untuk memilih tajuk cadangan bagi tesis yang bakal dimulakan pada awal semester depan. Nampaknya jadual kehidupan peribadi Lea kini menjadi semakin padat. Lumrah bagi seorang insan yang bergelar pelajar. Semakin mendekati penghujung episod pengajian, semakin sibuk suasananya.

Sehubungan dengan itu, mood Lea untuk menulis juga agak terjejas. Kadangkala ada idea yang muncul tetapi Lea tak mampu menyiapkannya. Adakalanya Lea sudah separuh menulis cerita tersebut, tetapi akhirnya ianya tidak mampu diselsesaikan. Entah mengapa, Lea sendiri kurang pasti.

Oleh itu, Lea ingin memohon maaf kepada para pengikut blog Kalam Coretan yang sentiasa menantikan karya-karya baru daripada Lea. Jutaan terima kasih Lea ucapkan buat semua yang sentiasa menyokong Lea.

Status Novel Air Mata Hati

Oh ya! Di sini Lea ingin memaklumkan kepada semua mengenai status terbaru Novel Air Mata Hati. Dengan dukacitanya Lea ingin memaklumkan kepada semua bahawa penerbitan novel Air Mata Hati terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (masalah di pihak penerbit). Namun, Lea ingin menyatakan di sini bahawa novel itu dengan sedaya upaya Lea akan cuba terbitkannya juga memandangkan menerbitkannya merupakan impian Lea selama ini.

Sekarang ini secara perlahan-lahan Lea cuba untuk menambah baik novel tersebut. Moga tibanya saat kelahiran novel tersebut nanti di pasaran, anda semua pasti takkan merungut dan sangat berpuas hati memilikinya. Itulah azam Lea. Biarlah apapun yang menjadi halangannya, insyaallah dengan izin Allah Lea tetap akan cuba memenuhinya. Amin.

p/s: harapnya kengkawan semua tidak akan berputus asa menantikan kehadiran Air Mata Hati ye!

Rasanya cukuplah dulu buat masa ini. Semoga kita bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Semoga kengkawan semua akan terus menyokong Lea. Dan, kesudian anda semua Lea ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih. Xie Xie.

(^_^)V


Ikhlas;

7 comments:

  1. caiyuk, caiyuk, teruskan usaha - jangan patah harap dan semangat, abg khar bantu mana yang patut.

    ReplyDelete
  2. halo sis..... terus kan berusaha ok..
    jgn patah semangat..
    kejar impian...
    nmda ada depan mata.....grab dat chance...
    you go girl...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Takpelah sediakan air mata untuk "Air Mata Hati"

    ReplyDelete
  4. lea, kuatkan semangat, tni x thu apa masalahya dgn penerbitan, tp tni harap lea jgn putus asa, dan tni akan setia menanti air mata hati, walaupun x sbar dah sebenarnya ni. hehehehe

    ReplyDelete
  5. salam...
    tak sabar tggu air mata hati
    best citer tu..
    awk mmg ade bakatlah seorg penulis..
    chaiyok2!!!!!

    ReplyDelete
  6. lea,good luck.msti lea leh jd pnulis yg on the top list 1 ari nnt.truskan usaha
    !best sgt cite air mata ht.tp klu x slp,de pnymbung dia kn kt blog kalam coretanku.best sgt..

    ReplyDelete
  7. aja aja fighting wani!
    kawanku ini bukan seorang yang mudah putus asa kan?

    ganbarimas!

    ReplyDelete