Thursday, July 30, 2009

Ya Allah... Aku bersyukur!!

Assalamualaikum semua,

sebentar tadi Lea baru sahaja mendapat email daripada seorang teman daripada ReSPeK group. Sesungguhnya perkongsiannya kali ini adalah mengenai amalan warga Asli Amazon yang menanam anak-anak mereka hidup-hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan Lea tatkala menonto video itu. Itupun hanya separuh. Tidak sanggup untuk Lea terus melihat penyeksaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak kecil itu. Puncannya Lea sendiri tidak mengerti mengapa mereka diperlakukan sebegitu.

Lea dapat melihat dengan jelas, seorang lelaki dewasa sedang mencangkul tanah dengan kedalaman hampir mencecah pinggang. Kemudiannya, setelah berpuas hati dengan kedalaman lubang itu lalu dia pergi mengambil seorang kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan jantinanya (mungkin lelaki). Umur kanak-kanak itu dalam lingkungan 7 tahun. Sedih dirasakan sebaik sahaja melihat lelaki dewasa itu menimbus tanah ke atas tubuh kanak-kanak itu sehingga menutupi paras kepala. Dapat dilihat keadaan tanah yang bergerak-gerak. Mungkin kanak-kanak itu cuba untuk melepaskan diri. Malangnya lelaki dewasa itu memijak-mijak permukaan tanah itu di mana tempat ia bergerak. Tidak dapat Lea bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Memburukkan keadaan, dalam keadaan lubang yang separuh tertimbus lelaki dewasa tersebut mengambil pula seorang lagi kanak-kanak yang lebih kecil berbanding yang pertama tadi, mungkin dalam lingkungan 4 - 5 tahun umurnya untuk ditanam bersama-sama. Sampai situ sahaja yang mampu Lea tonton. Sesungguhnya sehingga sekarang, kisah yang Lea tonton tadi masih lagi terbayang-banyang di ruang ingatan. Moga ia tidak membawa mimpi ngeri dalam tidur Lea malam ini. Nauzubillah!

Demi melihat video tadi, hati Lea melaungkan beribu-ribu kesyukuran kerana Lea dilahirkan sebagai seorang Muslim dalam sebuah negara yang berdaulat dan makmur yang bergelar Malaysia ini. Juga setinggi-tinggi rasa syukur Lea lafazkan tatkala menyedari Lea seorang anak yang bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh Lea klasifikasikan sebagai cukup bahagia. Lea punya mama bapak yang sangat mengambil berat serta sayang pada anak-anaknya, Lea punya adik-beradik yang akrab sesama sendiri dan kami sekeluarga cukup mesra. Ya Allah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan buat aku hambamu ini.

Ya Allah, dengan ini aku bermohon kepada-Mu supaya keharmonian keluarga serta negara yang sangat-sangat aku cintai ini akan terus terpelihara. Aku juga berdoa supaya tiada lagi insan-insan terutamanya kanak-kanak yang akan mengalami derita yang sebegitu.

Ya Allah, Kau hindarilah sifat jahil itu dalam diri hamba-hamba-Mu itu. Dan, rahmatilah kami semua. Terutamanya mereka-mereka yang bergelar insan teraniaya. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Kurnia.

Amin... Ya Allah, Kau perkenankanlah doaku ini.

Terdetik dalam hati Lea bagaimanakah perasaan insan yang memegang kamera dan merakamkan kejadian tadi. Tiadakah sedikit pun terselit dalam hatinya akan rasa belas pada kanak-kanak itu?

Sungguh Lea bersyukur atas segala nikmat yang Lea terima. Lea diberikan kasih sayang, diberikan pendidikan serta ajaran agama yang lengkap. Lea juga diberikan kebebasan untuk bersuara, untuk membuat keputusan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, diberikan hak untuk menentukan masa depan sendiri. Terlalu berbeza apa yang Lea nikmati ini jika hendak dibandingkan dengan nasib kanak-kanak tadi. Masya-Allah!


Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini dengan penuh belas ihsan daripada-Nya. Syukur atas segalanya...

Terima kasih Allah...
Allahu Akhbar!




2 comments:

  1. hmm....
    lau ain.mmg ain xmo tgok video tu..
    ngeriii..
    kejam...
    binatang betul org tu...

    rasa nak sepak kepala dia lelaju...
    bodoh punya manusia camtu...

    ape2 pon,.ain pon rasa bersyukur lahir as a muslim and kat msia ni...

    kalau ain lahir kat amazon tu..silap2, ain x kenal lea ni...and maybe ain xde kat dunia ni..
    huhuhu...

    ReplyDelete
  2. yup, betul tu ain... bersyukurlah kita kerana ditakdirkan supaya kita lahir dalam masyarakat yang bertamadun ini. cuma satu tanggung jawab kita iaitu memelihara setiap nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya. bimbang nanti jika Dia menarik balik nikmat-Nya, barulah kita semua akan menyesal akibat merana.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete