Saturday, April 25, 2009

Award dr Ain [hakikat terserlah]

Wah!! Akhirnya, Ain akui juga hakikat nan satu ini. Setelah sekian lama dia cuba untuk menidakkannya. Hehe.. Benarlah kata orang, kenyataan itu walaupun pahit untuk diakui namun lama-kelamaan akhirnya akan tetap diakui oleh Ain. Wahaha.. Thanx Ain kerana mengakuinya...




Hehe.. inilah award dari Ain itu (^_^)v >>>>>>>>>>>>>>>>

Katanya bg award, tp suh jwb tagged gak rupanya... huhu... xpe2 oleh sebab u dah akui akan hakikat i yg satu ini, i jwblah dengan seikhlas hati khas buat u k ain.. wahhaa.. :p




Pastikan jantina anda adalah wanita
@ adoi.. nama i pun Lea Qistina yang membawa maksud gadis yang menawan.. wahaha.. kompom la i seorang wanita.... keh.. keh.. keh...

Copy badge sebagai award anda
@ dah.. dengan besarnya kat atas tu :D

Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi wanita
@ 1st.. sebabnya.. klu i x jadi perempuan.. org xkan ckp i comel dan cantik.. org akan ckp i hensem.. wahaha.. teettt.. next..
@ 2nd.. nama i Lea Qistina.. kalau i tak jd perempuan.. mesti org igt i sotong klu guna nama tu.. keh.. keh.. keh..
@ 3rd.. aku bangga menjadi wanita kerana mulianya martabat seorang wanita yang bergelar ibu itu adalah 3 kali berbanding lelaki yang bergelar ayah.. yes!! tinggi sket pangkat.. wahhaa..
@ 4th.. sebabnya.. waktu kecik-kecik dulu asyik belajar lagu ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.. hehe.. xde plak nyanyi lagu ayah.. so klu nk jd ibu kena jd perempuan la.. hehe.. peace...
@ 5th.. adoi.. byk nye nk kena pk sebab.. i tukar la soalan tu.. suh jwb 5 jek.. hehe.. penat la nk pk.. :p

p/s: segala jawapan yang diberi adalah berdasarkan martabat seorang ibu, namun ianya tidak bermakna martabat dan rasa hormat kepada seorang insan yang bergelar bapa diabaikan... tanpa ibu dan bapa mana mungkin aku berada di dunia ini.. huhu...

Pass kan award ini kepada girl-friends anda

ah.. kan aku dh ckp.. part ni yg plg aku pening skali.. sume2 dh kena tagged.. aku nk bg pd sapa yek.. erm.. terpaksa la i bg pada si

Nadia Fitri - Gadis si Merah Jambu..

I kasi ni pun sbb dh xde org i nk kasi.. so terpaksa la ek.. hehe.. :p (sungguh x ikhlas.. wahaha..)

nota lutut :-

setiap jawapan yang dinyatakan di sini adalah khas buat ain... wahaha.. sungguh pun begitu ia terbuka untuk tatapan umum.. but org len jgn amik serius ye dengan jwpn ni.. ain sorang jek yg wajib amik serius.. wahaha..

ain.. Just 4 u bebeh...
luv u ... daaa... (^_^)v

Perogol Blog??!

Hai, salam buat semua.

Hari ini Lea terkejut melihat entri daripada seorang sahabat blog kita Iman Hazana yang tiba-tiba mengambil keputusan untuk tidak terus menghantar karyanya ke blog. Semua ini adalah gara-gara perogol blog .. Siapakah dia si perogol blog ini? Hehe.. Lea sendiri tidak tahu. Namun apa yang pasti, si perogol blog ini sering cuba untuk 'membantu' kawan-kawan kita ini untuk menghantarkan karyanya ke blog Penulisan2u. Erm.. kenapa ini semua berlaku?

Seingat Lea, kejadian ini merupakan kali ke tiga Lea mendengar ianya berlaku. Kejadian yang pertama sewaktu Kak Aini (kalau tak salah Lea) meninggalkan komen pada karyanya di Blog Penulisan2u yang berbunyi begini: "Aik... macam mana citer ni boleh bersambung? Rasanya dah lama aku tak hantar sambungan citer ni kat sini..." Lebih kurang la mcm tu ayat dia..

Tidak lama kemudian, muncul sorang lagi sahabat kita yang merungut benda yang sama. Lea minta maaf coz tak ingat sapa. Kisahnya juga hampir serupa. Ada insan yang dengan sangat 'baik hatinya' cuba 'membantu' untuk menghantarkan sambungan karya tersebut ke blog yang sama tanpa kebenaran penulis asalnya. Akibatnya, penulis tersebut juga telah mengambil keputusan untuk berhenti mengepos sambungan karyanya ke blognya.

Dan hari ini, Iman Hazana pula telah mengeluarkan kenyataan yang sama. Dia juga telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar sambungan karyanya ke blog peribadi. Semuanya gara-gara si perogol blog ini.

Kenapa semua ini berlaku? Adakah kerana insan tersebut terlalu menggilai hasil-hasil karya tersebut sehingga sanggup melakukan apa sahaja? Persoalannya, sekiranya benar insan tersebut terlalu menggilai hasil karya tersebut, tidak bolehkah dia hanya terus membaca di blog-blog peribadi penulis? Apa perlunya dia menghantar karya-karya tersebut ke blog lain tanpa kebenaran daripada penulis?

Sungguh Lea tidak faham dengan situasi ini. Atau terdapat satu sendiket yang cuba meraih keuntungan daripada karya-karya ini?

Hurm... Walauapa pun alasannya, pada pendapat Lea insan ini terlalu mementingkan diri sendiri. Kesan daripada tindakannya itu telah terpalit kepada semua. Adalah menjadi suatu kerugian buat sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut karya-karya tersebut apabila para penulis yang terlibat berasa kecewa dan berkeinginan untuk terus berhenti dari berkarya di blog.

Sebelum ini kita telah dilanda dengan satu kejadian di mana dua blog yang menempatkan karya-karya hebat telah dimusnahkan gara-gara 'tabiat' manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri ini. Mengapa semua ini harus berlaku?

Sungguh mendukacitakan. Sepatutnya, kita boleh mewujudkan satu jaringan pengkarya-pengkarya blog yang harmoni. Saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Hasilnya, setiap daripada kita akan mendapat faedahnya. Baik kepada pengkarya/penulis mahu pun peminat atau pengikut karya-karya blog. Matlamat untuk melunaskan segala yang terselit di hati bukanlah satu tiket untuk kita melakukan segala-galanya dengan sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan rasa hati orang lain.

Diharapkan agar kejadian seperti ini tidak lagi akan berulang. Marilah kita sama-sama tolong-menolong serta menyokong antara satu sama lain demi kebaikan serta kesejahteraan sejagat.

Nampaknya sekarang ini kita bukan sahaja perlu berhati-hati dengan kewujudan perogol-perogol bersiri tetapi juga dengan perogol-perogol blog. Marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian blog-blog kita... huhu T_T

Thursday, April 23, 2009

Zaman Pra-Kemerdekaan v(^_^)v

Holla dan assalamualaikum buat semua.

Pada malam ini, usaha 'rundingan damai' yang terakhir akan dijalankan tepat jam 2000 bertempat di Dewan Peperiksaan A, Dewan Utama Pelajar, USM. 'Rundingan Damai' ini dijangkakan akan berlangsung selama 3 jam. Tajuk rundingan pada malam ini adalah Finance and Accounting for Management dan ketua hakim bagi rundingan pada malam ini adalah Dr. Sofri Yahya.

Walaubagaimana pun, menurut sumber-sumber maklumat yang boleh dipercayai, genjatan senjata berkemungkinan besar akan berlaku sebaik sahaja tempoh rundingan damai berakhir. Sejurus kemudian, jeritan dan laungan kemerdekaan akan kedengaran dengan meriahnya di perkarangan Dewan Peperiksaan A. Dijangkakan hampir 30 orang individu akan menyertai laungan kemerdekaan ini...

Hehe...Ternyata sudah ramai yang tidak sabar untuk menantikan detik-detik kemerdekaan ini. Semoga ia akan menjadi detik termanis dalam kehidupan.

Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Yuuuhuuuuuuuuuuuuuu!!! Tak sabarnya nak merdeka...
Yeye.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

Opss.. ni testing suara untuk sambutan kemerdekaan pada malam ini... hehe.. daaa...

Wednesday, April 15, 2009

Yeehaaa!! Aku gumbira.. Lega... :)

Holla semua..

akhirnya, berlalu sudah azab bagi subjek Operations Strategy..

wat masa ni aku rasa macam nak jerit Yeeehaaaaa!!! Yuuuuhuuuuuuuuuuuuu!!! Wahahahahaaaaa... itulah yang aku rasa..

gumbira aku ini bukan disebabkan oleh boleh jawab atau tak exam tadi.. tapi aku gumbira kerana selesai sudah satu azab exam bg sem dua ini.. keh.. keh. keh.. gumbira.. gumbira...

leh jwb atau tak.. itu bukan urusan aku.. itu urusan mr soh utk semak betul ke x jawapan aku.. hehe.. psst.. dlm kertas exam tadi ada aku selitkan hikayat hang tuah dan hikayat seribu satu malam.. hehe.. moga mr soh terhibur membacanya.. keh.. keh.. keh...

aik.. dh hbs exam pun biul ka? adoi.. huhu.. wahahaha..
hurm.. sah biul.. :p

Tuesday, April 14, 2009

Help! Help!

Ahh.. aku sudah mau gila.. tolong.. tolong..

Otak aku dah tak mampu kenal huruf.. sume-sume pun aku tak faham.. aduh.. ni nak start rekod nangis la ni.. wahaha.. aduh.. aku sudah mau gila.. huhu..

OS.. susah siot!!!!!

argh!! his.. bengong.. bengong.. help! help!

pada sesapa yang terbaca n3 ni, plz ye doakan supaya lea leh jawab exam esok malam. Aduh.. tlong.. tolong.. aku sudah mau gila.. huhu..

Sunday, April 12, 2009

Combo Tag from Ain (^_^)v

Hola..huhu... aku nak mintak mahap sangat-sangat dengan Ain coz lambat jawab Tag dari dia... Oleh itu aku jawab Tag dari ain secara kombo... wahaha.. skali dua aku jawab.. apa pun thanx ye ain.. but mahap for late answer... :D

ni tag yg pertama:

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama tersebut?


nama blog kesayangan aku ini adalah Gemersik Hati Berbisik. Aku pilih nama ni sebab ada orang komplen nama blog aku mesti ada perkataan 'coretan'. Hehe.. yelah.. buah hati aku yang pertama namanya 'Kalam Coretan' dan adik dia plak namanya 'Coretan Pena Hati'. So, bagi menggantikan perkataan 'coret' dan masih ingin menggambarkan tujuan blog ini dibangunkan maka aku letakkan la nama yang penuh makna tu... Gemersik Hati Berbisik


Apakah nama link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

link blog kesayangan aku ini adalah : http://gemersikhatiberbisik.blogspot.com
idea untuk menamakannya seperti ini? dah nama blog Gemersik Hati Berbisik, mestila link pun aku letak sama. Senang aku nak ingat and senang gak kalau ada orang nak cari blog aku ni.. Hehe.. kalau ada orang nak cari la... huhuhu...

Apakah "method" penulisan dalam blog anda?


Method penulisan? Hm.. Hentam keromo. Oleh kerana blog ini digunakan sebagai tempat untuk aku melempiaskan segala rasa hati maka tiada format tertentu yang digunakan. Apa sahaja yang terlintas di sudut hati, itulah yang akan aku tulis. Tapi kalau nak cakap format rojak pun ok gak... Sodap pun sodap.. keh.. keh.. keh...

Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?


Hapuskan blog? Erm.. hapuskan blog ini tak pernah tapi kalau rasa nak hapuskan Kalam Coretan tu pernah la.. Hehe.. ada masanya aku rasa macam "eh, bosan gila aku tengok blog ni. Delete pun bagus. nyampah!!!" wahaha... itulah yang kadang-kadang aku rasakan... but untuk blog gemersik hati berbisik ni, lom pernah nak rasa mcm tu... mungkin ni jek tempat aku nak meluahkan rasa hati yang terbuku.. :D

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik

blog yang tag anda ini?


Pemilik blog tu? Hurm.. nama nya Ain.. Blog dia? Awal-awal dulu sempoi jek dia nyer blog. Almaklumlah, aku la cikgu dia dulu.. wahaha.. tp now... huhu.. anak murid dh lawan cikgu.. blog dia mantap gila.. comel dan cute.. but baca betul2 ek.. blog dia.. bukan tuan blog nya.. wahaha.. jgn mare...

Senaraikan 5 orang yang anda akan TAG:

Adeh.. ni yang prob nih.. mana ada ramai org yang aku leh tagged..

erm.. yang jadi mangsa..

1) nadia fitri


bakinya.. sesapa jelah ek.. yang rasa nak jawab.. nk tagged adra and ain xleh.. diorang pun dh kena jwb.. hehe...



Ok.. next.. aku jawab yang second tagged...

(Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah)



Kenapa anda suke gambar ini?

Sebab ini adalah gambar family kesayangan aku. Hurm.. moga kebahagiaan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat... Amin...

Bila kali terakhir mkn pizza?

Hari Jumaat minggu lepas. Rummet aku, Kak Amy belanja. Bukan kita orang x mo join boikot tapi time tu hujan lebat and kita orang xleh kuar. Kalau Pelita and Khaleel ada wat delivery.. sungguh kita orang x order Pizza Delivery.. hehehe..

Lagu terakhir yg anda dengar?

Lagu tajuk Akhirnya.. Oleh Haziq.. Ah.. now aku tgh gila dengar lagu Haziq.. huhuhu...

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

Layan lagu Haziq dan tolong adra semak cerpen... hehe.. jap lagi study pulaks.. aduh.. malas... malas..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

Lea dan Wani yang Comel.. wahaha.. walaupun orang len banyak yang xmo terima hakikat tu but aku sentiasa terima hakikat nan satu itu.. Wani yang comel.. wahahaha.. :D

Tag lagi 5 org

*soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!


Adeh.. kan aku dah cakap.. susah.. ah.. aku tak peduli.. ulang pun ulang la..

1) Ain
2) Adra
3) Nadia Fitri Busuk..

ah.. aku dapat pk tiga org jek..

Siapa no 1 pada anda?

Antara kawan terawal aku di dunia blog. Kawan yang sangat mencintai Padayappa dan suka perasan comel... wahhaa.. dia jugak slalu xmo ngaku aku comel.. wahaha.... apa pun.. aku syg ain.. :D

Org no 3 ada hubungan dgn sape?

Kontroversi-kontroversi.. aku pun tak tau.. ah.. yang korang sibuk nak tau dia ada hubungan dengan sape tu nape? oh.. key poh chi ek.. his.. joyah!!

Kata sesuatu berkenaan no 5:

Ah.. nak kata apa kalau orang nya pun tak ada.. his.. next...

Bagaimana dgn org no 4?

Hanya boleh dijawab kalau orangnya ada.. lalala.. :D

Siapa org no 2?

Adra? Hurm.. dia ni orang pertama blind date aku.. hehe.. rekod dalam sejarah.. n now kita orang kawan dalam usahasama cerita dsb.. hehe...

akhirnya.. selesai sudah tanggungjawab aku buat Ain yang tersayang.. hehe... thanx ya ain.. :D moga terhibur dengan jawapan yang khas buat kamu... huhu..