Wednesday, January 14, 2009

Mengantok vs. Kopi

Apabila kita menyebut mengenai kopi, secara tidak langsung kita akan bercerita mengenai kafein dan kesannya pada manusia. Kata orang:

1. Kafein akan menyebabkan kita susah tidur.
2. Kopilah yang menjadi penjana kuasa bagi mata untuk terus terbuka tatkala minggu peperiksaan sudah menjelma.

Kafein itu.. Kopi ini.. macam-macamlah yang kita akan dengar kisah mengenainya. Itu tidak termasuk lagi dengan pendapat yang mengatakan kopi dan kafein adalah tidak baik untuk badan manusia. Hm.. macam-macam..

Secara jujurnya, aku mengakui bahawa aku seorang peminat minuman kopi. Tapi aku hanya minat untuk minum kopi kampung je.. Kalau macam makanan-makanan lain yang diletakkan perasa kopi memang la aku sangat tak suka. Aku hanya minum Kopi O pekat. Lebih pekat, pahit n kurang gula, lebih sedap rasanya. Stakat ni, kopi yang paling best yang pernah aku minum adalah kopi yang disediakan oleh tok aku. Huhu.. Diikuti oleh kopi yang dibuat oleh mama n aku rasa mcm kopi yg aku wat sendiri jek..!! [tok pun setuju dengan aku.. tok aku kata kopi yang aku buat dh hampir sama rasanya dengan kopi tok..huhu..hebat tu..]

Hmm.. tapi masalahnya kat sini.. yang buat aku rasa mcm nak komplen je fasal kopi ni adalah kesannya.. Wahai cik kopi sayang, dimanakah dia janji-janjimu.. katamu andai aku meminum kamu, mataku pasti takkan layu.. maka mudahlah untuk aku menyelesaikan kerja-kerjaku.. Namun tidakku sangka, janji-janjimu itu hanyalah palsu. Sebaik sahaja aku minum dirimu [kopi] pasti mataku layu.. malah semakin kelat pula rasa mataku.. 30 min kemudian.. dum..!! aku akhirnya terbenam di dasar katil kesayanganku.. Alahai.. kalau mcm ni bila nk siap assignment aku??!!

Kopi mana janji-janjimu.. mana kuasa mu? waa.. nape dh xde kesan ni.. start dr UTM dulu.. mmg macam ni.. lagi aku minum.. lagi cepat pula aku tidur.. alahai.. last aku rasa kesan kopi adalah pada detik2 pembelajaran aku di matrix dulu.. tu pun bukan kopi O.. nescaffe 3 in 1 color hijau 2 paket satu cawan.. hmm.. kena mcm tu.. barulah mata aku tahan smpi subuh.. tp xbaik untuk kesihatan la.. sbb lepas minum mcm tu je.. siangnya mesti tangan aku jadi sejuk n menggigil-gigil.. [huhu.. ada side effect la plak.. aduss..]

So kopi.. apa penyelesaiannya ni?!! Kopi dengan mengantok bukan musuh lg ek? Sejak bila korang berdamai.. Adoi la.. nk berdamai tak nak kasi tau aku.. kalau bg tau awal2 blh gak la aku jadi batu api.. waa.. ni xleh jadi.. mata aku berat sekali.. sabar wani sabar.. chaiyok2 sendiri..!!

3 comments:

  1. hai k.lea...

    sy pn mmg xbleh minum kopi..bkn sbb elergik ke ape...tp kalo minum je mseti tumbang kat katil tuh..huhu..byk kwn yg xpecaya sy minum kopi leh tidor trus..so byk kali gak dorg try test kt sy..semuanya berjaya dibuktikan..muahahaha...

    dah immune ngan kopi kot sy ni..mase mak ngandungkan sy dulu, spjg tula die hentam serbuk kopi...1 hari abes 1kg kopi kpg..smpai hitam gigi die..hehehehehe..=D

    ReplyDelete
  2. wah kalau suka makan serbuk kopi tu ek effectnya? hurm.. sbb k. lea pun suka kunyah serbuk kopi gak.. kalau tuang kopi kat cawan sendiri tu.. saja xmo guna penapis.. pastu kalau beli kopi kampung.. mesti nak serbuk yang kasar.. best je leh kunyah2.. wahaha.. patut la ngantok k. lea n kopi dh jd kwn baik skrang.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lea..saya sampai skrng addict mkn serbuk kopi..x tau camne nk stop..lama tu dr drjh 5..skrng dh dekt 40

      Delete