Wednesday, January 7, 2009

Happy Birthday Sweetheart!!

Isnin, 8 September 2008 - Itulah merupakan hari pertama aku mula melangkah masuk ke alam blog. Idea ini tercetus tatkala aku melihat class project kawan aku ketika aku pergi melawat ke biliknya. Katanya, dengan menggunakan bloggers (B) aktiviti berblog menjadi lebih mudah. So, sebaik sahaja aku kembali ke bilik, tanganku mula menggerakkan tetikus, melayari google dan mencari bagaimanakah langkah untuk aku mula berblog. Alhamdulillah, selepas beberapa kali percubaan akhirnya aku berjaya menyiapkan blog aku yang pertama yang telah aku beri nama Kalam Coretan. Fungsinya adalah untuk aku meletakkan cerita-cerita bersiri yang pernah aku hasilkan. Pada saat dan ketika itu, aku tidak menyangka bahawa blog aku ini akan dilewati oleh mana-mana pengunjung atau pembaca. Sehinggalah pada 11 Oktober yang lalu, aku mendapat notis daripada [Kalam Coretan] yang mengatakan ada komen yang telah ditinggalkan.

Insan pertama yang meninggalkan jejaknya diblog Kalam Coretan adalah nani naqie. Jutaan terima kasih Lea nak ucapkan buat nani naqie atas jejak pertama yang telah nani tinggalkan. Tanpa komen tersebut, Lea rasa belum tentu lagi Lea akan berasa bersemangat untuk meneruskan aktiviti berblog.

Tidak lama kemudian, blog Lea mula menjadi ikutan. Insan pertama yang menjadi pengikut blog Kalam Coretan adalah Nur_rieN. Tatkala Lea mengetahui bahawa ada insan yang berminat dengan hasil karya Lea, sungguh terharu Lea rasakan di saat itu. Rasa seperti disokong dan dihargai. Sesungguhnya Lea sangat-sangat menghargainya. Hari demi hari semakin berlalu, pengikut blog Lea juga semakin hari semakin bertambah. Selepas Nur_rieN, pengikut yang kedua adalah Cutiesgurl dan diikuti oleh arisya, misz nana, nanie naqi, ~~Lolipop~~ dan ramai lagi.

Hari ini, 8 Januari 2009 genaplah empat bulan usia aku berblog dan hari ini jugalah pengikut blog Kalam Coretan telah mencecah angka genap 50 orang. Sungguh terharu aku rasakan. Dalam usia yang sebegini mentah, aku mendapat sokongan yang sangat padu daripada kawan-kawan sekalian. Biar walau jutaan bintang dilangit yang dihamparkan buat kawan-kawan sekalian bagi menghargai sokongan buat Lea, namun itu semua masih belum lagi mampu menggambarkan betapa besarnya hati Lea terhadap kawan-kawan semua.

Selain daripada kawan-kawan yang memberikan sokongan kepada Lea melalui cara menjadi pengikut secara terang-terangan, terdapat juga kawan-kawan yang hanya memberikan sokongan kepada Lea melalui ucapan-ucapan ringkas yang ditinggalkan di Cbox Kalam Coretan. Antaranya adalah nin, yaty, che na, anyssa izz, zatie, ieja, kak dina dan ramai lagi. Tak mampu untuk Lea menyenaraikan semuanya disini. Hanya kata terima kasih dan sebesar-besar penghargaan yang mampu Lea titipkan di sini buat kawan-kawan semua.

Terima kasih temanku, terima kasih selamanya..

Fakta nombor dan nama daripada laman Kalam Coretan:

1) Mula dibangunkan pada 08/09/08
2) Follower pertama adalah Nur_rieN
4) Empat follower terawal selepas Nur_rieN adalah - Cutiesgurl, arisya, misz nana, nanie naqi dan ~~Lolipop~~.
5) Angka followers mencecah angka 50 pada 08/01/09.
6) Follower yang ke-50 adalah flizoll.
7) Bab pertama yang dikomen oleh pembaca adalah Air Mata Hati Bab 4.
8) Komen pertama telah ditinggalkan oleh nanie naqi pada 11 Oktober 2008.

4 comments:

  1. ni la anugerah namanya.. apapun teruskan berkarya lea.. selagi ada komen maknyanya karya lea diterima oleh pembaca..

    chaiyo!

    ReplyDelete
  2. tahniah....
    x sgke diri ini pon tersenarai sbg peminat...
    ahakzzzz..

    lea kene bg award ar gini..
    pat ar bg..
    nak jugak..
    nak jugak...

    ReplyDelete
  3. sibuk cr kt google name sdri..-xde keje-
    last2 nmpk lak name sy kt blog akk..
    tatau lak de sesi penghargaan kt sini..
    waaaa sgt terharu namaku disebut..
    entry akk dh lame tp rini br perasan name sy ade..hehe..thnx...^_^

    ReplyDelete