Thursday, January 29, 2009

Answer tagged? Hurm.. demimu Ain...

1. who are important in your life?
-my family

2. what is the last thing you bought with your own money?
- roti dengan tuna spread (ok ke.. wahaha..)

3. where ur wedding will be held?
- erm xplan lg.. tp maybe kat dewan or kat rumah or kat hotel or kat taman or.. erm.. org slalu wat kat mana lg ek? (huhu.. jwpn ringkasnya.. lom tau lg.. :p)

4. how long you think your relationship will get along?
- selagi hayat dikandung badan.. hehe.. tp klu lepas hayat dikandung tanah.. tu kira informal la ek.. wahaha..

5. are you in love..???
-erm.. apa punya soalan la ni.. adoi.. next!!

6. where did you go for meal?
- Kedai Nasi Kandar Khaleel or Pelita (tp mostly aku mmg xmakan.. wahaha..)

7. last book you bought?
- Novel dr Alaf 21 tp tak ingat tajuk sebab lom baca..

8. what is your full name?
- Nur Syazwani Selamat

9. either mother or father did you confortable most?
- loh.. kalau sama cam mana?

10. name one person do you want meet most.
- erm.. wat masa ni lom terpk lg la.. huhu..

11. name peoples who close with you.
- nama tipu leh? loli, nin, adra, sue, ndia, bhah erm.. ada lg ke ek? kalau ada tu kira termasuk bawah dsb.. la ek.. huhu..

12. do u wash your own clothes?
- not wash my clothes by myself.. tp mesin basuh berbayar Desa Tekun.. keh. keh. keh.

13. the place you want to go most?
- mana-mana saja asalkan bersama family tersayang.. huhu..

14. hugs or kisses..??
- dua-dua.. opss.. nk tmbh satu lg.. letak tgn atas pale.. hehe..

15. 5 things about person who was tagging you.
- suka perasan comel, isteri pada Padayappa, akan demam ble gi mandi sungai time keje, suka makan mcd n last skali.. erm.. baik... (hehe.. yg last utk jaga hati.. huhu..)

16. 8 things you love most.
- baca novel
- tulis cerpen ble time serabut
- makan
- tidur.. kroh.. kroh.. kroh..
- melayan perasaan.. hehe.. (cari ilham la konon)
- erm.. apa lg ek.. entah aku pun xtau dh.. len2 next time aku smbg.. huhu..

17. 8 songs you like most.
- cinta tak bersyarat
- ketawa dan air mata
- Tak boleh lupa (ct nurhaliza)
- Kau sahabat teman dan kawan
- Kehidupan
- Setanggi syurga
- Lagu2 jamal abdillah (semua..hehe..)
- Kepulangan (Razis) erm.. ada lg.. tp lupa tajuk.. :(


18. 9 person to tag
- ain, loli, Nurul Ain, lolipop.. erm.. diroang ni cukup kot.. len2.. hehe.. sesapa yg berminat..

p/s: ain.. ni just for u.. slama ini mmg xpernah la lea nk layan benda2 gini.. hehe.. daaa.. :D

Wednesday, January 28, 2009

Penat... Berbaloi atau sia-sia?

Pheww!! Penatnyer rasa.. Aku baru je selesaikan sebahagian daripada part aku untuk assignment HRM.. Erm.. act esok pg kol 9.30 aku ada discussion kat MBA Lounge dengan Kak Liz. Itu yang wat aku bertungukus lumus untuk slesaikan part aku nih!! huhu..

Benarlah kata orang, bekerja di bawah tekanan itu adalah lebih efektif berbanding kerja dalam keadaan lengang (wahaha.. ni ayat cover diri sebab wat keje last minute ke? hurm..) tapi itulah hakikatnya.. dah bape hari aku dok kat USM ni sorang-sorang tapi aku xleh nak buat walau sepatah ayat.. tp malam ni tiba-tiba jek.. idea dtg mencurah-curah dan hasilnya.. wahaha.. HRM siap!! Yuhuuuuuuuuuuuu...

Tp yang hampehnya adalah subjek Mangerial Economics.. adoi la.. xde clue langusng aku nak jawab soalan tu.. padahal aku rasa wkt dlm kelas kau faham je apa yg diajar.. aku rasa ni mesti bahana tak wat nota nih.. huhu.. nyesal lak rasa.. lepas ni confirm aku mintak talian hayat drpd kak liz.. :(

Accounting? Hurm.. tu pun lom jalan.. just baru cari bahan.. Case dengan problem untuk next class pun aku lom wat lagi.. huhu.. tak efektif tol la aku nih.. bateri kurang charge kot.. sbb tu jadik gini.. hurm..

Project paper untuk subjek Operations strategy? hehe.. ni pun sama... hampeh semacam.. dari tengah hari tadi aku mengadap project outline.. pastu dari tgh hari td jugaklah buku aku sebeban aku letak dpn monitor aku ni.. tenung punya tenung.. aku xtau nak tulis apa da.. adoi.. akhir kata dan wassalam.. aku pun lena dengan nyenyaknya.. wahaha.. (it always happen nowadays)

So, setelah meneliti fakta-fakta kes pada hari ini.. Agak-agaknya apa jawapan pada soalan tadi.. Penat... Berbaloi atau sia-sia? Sila bincangkan tidak melebihi 80 patah perkataan.. (huhu.. rindu lak dengan syarat tu kan? Ingat lagi.. dulu wkt sek men rend.. karangan xleh lebih 80 patah perkataan.. time tu 80 patah perkataan tu dh kira melampau panjangnya.. hehe.. sekarang?!! lu pk la sendiri.. wahaha..)

Adoi.. adoi.. adoi.. aku dh mula mengarut nmpknya.. hurm.. ni mesti sbb kopi sejuk yg aku minum td.. (erm.. cane nak end n3 kali ni ek? xreti lak nk tulis..)

Oklah daa.. (ok kot gini ek?) huhu..

Tuesday, January 27, 2009

Feeling better.. Good sign of recovery?

You know what..? Erm.. aku rasa now i'm getting better.. mungkin dh slowly recover dari 'virus-virus' hampeh yang asyik mengganggu hidup aku.. Buktinya.. Malam tadi aku berjaya menghasilkan satu cerpen baru.. Sambungan Suite 6019: Alahai.. Pengsan aku..!!

Yay!! Walaupun aku rasa citer tu mcm xseberapa but kengkawan sume cakap yang citer tu mcm ok jek.. Hoho.. Good sign nih..

Lepas tu plak tadi, aku dh memulakan semula kolaborasi antara Lea & Adra untuk citer sengal bersama : 4 plus One jadi KITA.. Hurm.. hopefully condition aku akan bertambah baik selepas ini..

Ok.. Tamat citer LeaNulis.. wahaha.. perkataan baru yang merujuk pada Lea + Menulis.. hm.. no citer bab assignment lak..

aku masih lagi tengah struggle untuk menyiapkan tutorial managerial economics bab 3 yang ternyata masih gagal untuk melakukannya..

update untuk assignment Finance and Accounting lak.. jurnal n artikel untuk CSR aku dpt byk but untuk Financial Statement la plak hampeh..!! Payah tol nk dpt..

For project Operations Strategy lak.. huhu.. lom start writing.. hopefully aku akan start petang or mlm ni.. [ni la masalahnya klu dok kat asrama sorang2 n xde kawan.. membuta je keje aku.. nyenyak plak tu.. isk3x..]

Last but not least.. HRM.. hhehe.. yg ni ada progress yg positif sket.. asgmt Resume aku dh send pd Dr Zainal.. tinggal untuk term-paper jek aku lom start lg.. tu pun byk gak nak kena menulis ni.. hehe.. harap2 mood aku ok.. so aku leh menulis semuanya dengan senang hati.. huhu.. doa-doakanlah ek..

Oklah.. cukuplah melalut aku pada petang ini.. Sehingga ketemu lagi di lain masa.. Daaa..

Sunday, January 25, 2009

Tikus baiki labu..

Adoi la.. dua tiga hari ni aku dah macam boleh diibaratkan sebagai batu dan kayu yang bergerak. Mana tidaknya, hati aku ni rasa macam tak berperasaan je.. Semuanya tak begitu menjadi.

Dah beberapa hari jugaklah aku cuba untuk menyambung cerita Air Mata Hati. Tapi gagal sebab tak ada idea. Atas dasar tidak mahu membuang masa, lalu aku menggunakan masa yang ada untuk mengedit bab-bab yang telah tersedia. Malangnya aku rasa seperti bab-bab itu menjadi semakin 'rosak' tiap kali aku 'mencantikkannya' lagi. Aduh!! Kenapa begini sekali jadinya.

Aku kini dah seperti "Tikus membaiki labu." Bimbang juga aku, cerita tu nanti akhirnya entah apa-apa yang jadi.

Masalah mental betul la aku ni.. Bilalah aku nak pulih menjadi seperti sedia kala. Masa semakin lama semakin suntuk. Namun segalanya masih lagi belum menampakkan progress yang positif.

Tolongg!! Tolongg!!

Can somebody help me?!

Semalam dengan sedaya upaya aku cuba untuk menyambung cerita bab 16. Dah puas aku copy n paste ayat-ayat dari file manuskrip ke file 'store' dan dari file 'store' ke file manuskrip semula. Akhirnya terhasillah dua setengah muka surat n3 baru. Tapi setelah dibaca semula, Ya Allah citer tu lebih teruk dari kaku. Tak ada jiwa langsung. Pemilihan perkataan dan struktur ayat hancur. Adoi.. Adoi.. apa dah jadi ni..

Hmm.. petang tadi lagi best.. Aku mimpi Abg Khar bg aku baca komen pihak pengurusan pada citer Air Mata Hati..

Komen:

Cerita Air Mata Hati mempunyai jalan cerita yang bagus. Tetapi struktur ayat dan pemilihan perkataan yang digunakan agak teruk dan bermasalah.


Huhu.. dahsyat giller mimpi aku ni.. Jangan jadi dalam realiti sudah.. Hampeh aku jadinya nanti..

Hurm.. macam mana ek aku nak bagi diri aku cheer up semula.. hepi2 n gila2 macam sedia kala.. Penatla jadi xberperasaan macam ni.. Hmm.. entahlah..

p/s: tadi aku cuba siapkan tutorial 3 managerial economics.. malangnya satu soalan pun aku xdpt nak jawab.. hampeh tol la.. semua benda pun hampeh.. arghh!! menyampah lak rasa..

Tuesday, January 20, 2009

Opss.. sorry..

huhu.. huhu.. dua perkara yang telah menjadikan Lea salah langkah..

Kesalahan pertama:

- Lea terus menyiarkan n3 Air Mata Hati di Kapa.. wahaha.. slumber je lea dpt email dr abg Khr n dia mintak lea untuk tak terus post n3 selanjutnya di kapa.. wahaha.. comel je.. dia nyer ayat.. [kantoi..chak~]

adoi.. adoi.. wahaha.. sabojelah.. [smile..]

Kesalahan kedua:

-Korang ingat lagi tak n3 Lea sebelum ni yang bertajuk Bengong punya Program.. ?
Lea nak mintak maaf kepada x-usm student yang memberikan komen pada lea serta pihak-pihak lain yang tersinggung dengan isi kandungan n3 tersebut.. n3 tersebut lea tulis dlm keadaan yg kurang rasional.. niat di hati hanya ingin melepaskan apa yang tersirat di hati.. tanpa memikirkan sebarang kesan pada orang lain..

so.. sekali lagi lea memohon maaf.. dan untuk mengelakkan perkara ini menjadi suatu isu yang lebih sensitif.. so lea tarik balik n3 tersebut bersama pohonan maaf..


so inilah dua kesalahan yang telah lea lakukan selama hampir lebih empat bulan lea berblog.. semoga menjadi pengajaran buat lea.. thanx semua atas teguran yang diberikan.. :D lea sangat2 menghargainya..

Thursday, January 15, 2009

Alamak!! Idea tersangkut kat mana??

Malam tadi, seperti beberapa malam yang lepas aku berborak dengan Saudara Khairul Hafiz a.k.a SF (dia bahasakan diri dia kat aku dengan panggilan Abang Khar..). Hmm.. dialah insan yang bertanggung jawab membawa novel Air Mata Hati ke pihak pengurusan Pekan Ilmu untuk diterbitkan. Seperti biasa, perbualan akan dimulakan dengan salam dan bertanya khabar but tak lama kemudian dia mesti tanya fasal progress Air Mata Hati. Alamak!! Macam mana ni.. Lately AMH mmg xde progress langsung. Itulah yang aku bagi tau kat Abang Khar td.. huhu.. progress? sadis.. xde improvement..

Aku nak wat kenyataan rasmi la kat sini (hehehe.. dh mcm nk wat PC lak..) sebenarnya bab 18 ni mmg la bab maut bagi aku. Aku ada idea tp aku xtau npe.. aku xdpt nk cari the correct word to use. Ayat aku jadi janggal je.. tu yg leh terkuar ayat "ikat mata dia" wahaha.. ayat tu dh jadi modal kat bapak aku untuk gelakkan aku tak habis2.. adoi la.. modal tu dia nk guna bape lama aku pun xtau.. hehe.. biarlah.. asal dia suka..

Kiranya bab 18 ni mmg kritikal habis.. adoi.. adoi.. agak2 idea tu tersangkut kat mana ek? erm yg tersangkut tu idea ke feel nk menulis? hurm.. agak.. kalau korang jenjalan kat mana2.. then terserempak dengan idea or feel menulis aku.. aku mohon sangat.. plz.. bawak dia balik.. hehe.. payah la nk tulis klu diorang xde..

ish.. len kali aku rasa aku kena ikat diorang tu kejap2 la.. baru senang diorang tak lari lagi dah.. so dpt la aku siapkan akunyer AMH ni dengan sepenuh hati dan secepat mungkin.. (aku pun rasa mcm tak sabar je nak publish citer tu..)

korang nak tau x.. kalau ikutkan requirement yang telah Abang Khar n PIPSB tetapkan hari tu.. aku ada 28 chapters to go.. n about 280 pages left.. huhu.. kalau ikut perkiraan matematik aku..

untuk menulis satu bab sebanyak 10 -12 muka surat, aku mengambil masa lebih kurang 1 jam.. then kalau aku kena siapkan lagi 28 bab.. that means 28 bab x 1 jam.. masa yang diperlukan untuk menulis AMH hingga lengkap hanyalah 28 jam.. tu kira waktu optimum la.. kiranya lebih kurang satu hari lebih sket je.. tp malangnya.. huhu.. nk smbg wat 15 min pun lom tentu leh.. adoi.. adoi..

Idea.. ko tersangkut kat mana ni?!! balik la..

Wednesday, January 14, 2009

Mengantok vs. Kopi

Apabila kita menyebut mengenai kopi, secara tidak langsung kita akan bercerita mengenai kafein dan kesannya pada manusia. Kata orang:

1. Kafein akan menyebabkan kita susah tidur.
2. Kopilah yang menjadi penjana kuasa bagi mata untuk terus terbuka tatkala minggu peperiksaan sudah menjelma.

Kafein itu.. Kopi ini.. macam-macamlah yang kita akan dengar kisah mengenainya. Itu tidak termasuk lagi dengan pendapat yang mengatakan kopi dan kafein adalah tidak baik untuk badan manusia. Hm.. macam-macam..

Secara jujurnya, aku mengakui bahawa aku seorang peminat minuman kopi. Tapi aku hanya minat untuk minum kopi kampung je.. Kalau macam makanan-makanan lain yang diletakkan perasa kopi memang la aku sangat tak suka. Aku hanya minum Kopi O pekat. Lebih pekat, pahit n kurang gula, lebih sedap rasanya. Stakat ni, kopi yang paling best yang pernah aku minum adalah kopi yang disediakan oleh tok aku. Huhu.. Diikuti oleh kopi yang dibuat oleh mama n aku rasa mcm kopi yg aku wat sendiri jek..!! [tok pun setuju dengan aku.. tok aku kata kopi yang aku buat dh hampir sama rasanya dengan kopi tok..huhu..hebat tu..]

Hmm.. tapi masalahnya kat sini.. yang buat aku rasa mcm nak komplen je fasal kopi ni adalah kesannya.. Wahai cik kopi sayang, dimanakah dia janji-janjimu.. katamu andai aku meminum kamu, mataku pasti takkan layu.. maka mudahlah untuk aku menyelesaikan kerja-kerjaku.. Namun tidakku sangka, janji-janjimu itu hanyalah palsu. Sebaik sahaja aku minum dirimu [kopi] pasti mataku layu.. malah semakin kelat pula rasa mataku.. 30 min kemudian.. dum..!! aku akhirnya terbenam di dasar katil kesayanganku.. Alahai.. kalau mcm ni bila nk siap assignment aku??!!

Kopi mana janji-janjimu.. mana kuasa mu? waa.. nape dh xde kesan ni.. start dr UTM dulu.. mmg macam ni.. lagi aku minum.. lagi cepat pula aku tidur.. alahai.. last aku rasa kesan kopi adalah pada detik2 pembelajaran aku di matrix dulu.. tu pun bukan kopi O.. nescaffe 3 in 1 color hijau 2 paket satu cawan.. hmm.. kena mcm tu.. barulah mata aku tahan smpi subuh.. tp xbaik untuk kesihatan la.. sbb lepas minum mcm tu je.. siangnya mesti tangan aku jadi sejuk n menggigil-gigil.. [huhu.. ada side effect la plak.. aduss..]

So kopi.. apa penyelesaiannya ni?!! Kopi dengan mengantok bukan musuh lg ek? Sejak bila korang berdamai.. Adoi la.. nk berdamai tak nak kasi tau aku.. kalau bg tau awal2 blh gak la aku jadi batu api.. waa.. ni xleh jadi.. mata aku berat sekali.. sabar wani sabar.. chaiyok2 sendiri..!!

Tuesday, January 13, 2009

Double berita gembira :-D

Berita gembira Nana berjaya masuk ke Kolej Kejururawatan pun masih belum surut, aku terima satu lagi berita gembira. Sahabat seperjuanganku di UTM dulu, Nadia Fitri Mohamad Havez telah berjaya memenangi pilihanraya universiti sebagai calon fakulti FKSG. Tahniah diucapkan. Semoga terus cemerlang dan terus berbakti demi kesejahteraan pelajar UTM khususnya. Teruskanlah perjuangan kita yang masih belum selesai dulu. Jangan mudah lupa pada asal usul tujuan Nadia bertanding.. Owg akan terus mendoakan agar Nadia terus cemerlang..

p/s: bz tu bz gak.. tp kesihatan jangan dilupakan.. begitu juga dengan kelas dan pembelajaran.. ;)

Homesick?!

Erm.. bila bercerita fasal tengok video aktiviti kita ramai-ramai buat aku teringat satu kisah. Kisah yang dah lama aku simpan sorang-sorang. Hehe.. aku pasti lepas ni mesti kena gelak punyalah.. (sbb aku tau bapak rajin follow blog aku ni.. huhu)





Kisahnya waktu aku mula-mula daftar kat UTM. Dulu, aku rasa jarak antara Johor-Ipoh tu sangatlah jauh dan aku membayangkan yang aku hanya boleh balik ke rumah satu sem sekali (yelah kan.. time tu mana aku tau yg aku akan balik sebulan sekali.. hehe..) Aku ingat lagi, bapak pos kat aku cd yang ada gambar baby setelah dibotakkan.. hehe.. dh macam rupa tok sami je aku tengok sbb diorang siap pakai selimut oreng belang-belang tu wat mcm sari.. hmm.. pastu dlm cd yang sama.. bapak letakkan clip video kita gi berkelah kat cameron highland.. video clip besday baby.. argh.. bila aku tengok je video clip tu.. (erm.. time tu kita guna cam cam je.. so masih cokia lg la..) tak fasal2 je mata aku basah.. uik.. sumpah aku tak nangis..tp mata aku basah.. wahaha.. (hakikatnya memang aku nangis.. huhu) nasib baikla rummet aku waktu tu Pah xde kat bilik.. so boleh la aku nangis dengan sesuka hatinya..

hmm.. so lepas ni aku rasa tu semua turn bapak n mama la plak kot. Diorang dok dua2 orang dalam bilik n bukak cd kita yang banyak2 tu.. pastu nangis dua2 orang.. hehe.. sabo jelah.. apa pun.. betul ckp mama.. susah la lepas ni kita nak gi jenjalan sama2.. huhu.. sedih.. sedih..

Tahniah adikku sayang..!!

Hari ini 13-Jan-2009, tepat jam 13:50 aku telah menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi 'Akak. Aku dpt nursing kat Kuale trngganu. Lusa kena g daftar'. Sebaik saja baca sms tu.. aku terus tersenyum.. Alhamdulillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat Nana nak amik nursing tu.. Semoga terus berjaya ye dik..

Bila difikir-fikirkan kembali, betulkan cakap mama dulu waktu kita gi bercuti kat Langkawi hari tu.. "Agaknya bilalah korang boleh kumpul ramai-ramai adik beradik lepas ni.." Betul cakap mama. Sekarang aku pun mcm dh terasa nk kumpul ramai-ramai macam tu macam dh susah je.. Skrang aku kat Penang, hang dh nak gi Ganu, Mimi lak tak tau nak tercampak kat mana. Paling lama dia kat rumah pun maybe sampai bulan empat ni je.. Nat dengan baby pulak maybe tahun depan akan cari haluan masing-masing.. Jawabnya nanti.. payah la nak organize program bercuti ramai-ramai.. Lepas ni mesti bapak n mama nangis bila tengok video kita semua ek.. Bapak n mama jangan nangis tau.. Kalau rindu, kol je ek.. Itulah fungsinya teknologi atau lebih tepat lagi telefon.. huhu.. (alamak!! tiba-tiba aku lak yg rasa sedih.. adoi la.. adoi.. )

Ana, ni aku nak pesan sikit kat hang.. (sengaja aku gunakan ayat yg poyo sket..)

Jadikanlah tawaran yang diterima ini sebagai langkah pertama dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Jadikanlah langkah yang nana ambil ini sebagai batu loncatan dalam hidup. Berusahalah! Yakinlah pada diri untuk terus melangkah. Kak wani yakin yang nana pasti dapat melakukannya dengan sangat baik dan cemerlang. Kak wani sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adik sekalian. Kak Wani yakin, itulah juga doa yang dipanjatkan oleh mama dan bapak setiap kali solat didirikan.

Ingatlah nana, langkah pertama yang diambil ini bukannya mudah. Oleh itu, kuatkan semangat (kalau nangis2 tu standard la kan.. aku pun nangis gak.. hehe.. tp mujur lepas lg la stakat ni..) dan jangan mudah berputus asa. Tingkatkan usaha, jangan lupa berdoa dan akhir sekali bertawakallah.. Kerna sesungguhnya hanyalah Dia yang menentukan segalanya.

Sayang selalu daripada;
Kak wani (yang comel sentiasa.. wahaha..)

p/s:
to mondok berdua - hangpa ready la .. lepas ni xdak orang dh yg nak layan teka-teki penipu hangpa tu.. huhu.. jangan nangis r sbb tak dak kawan nnti.. n sbb xdak orang nk layan n masak untuk hangpa.. wahaha..

to mimi - huhu.. ready la untuk amik alih aktiviti melayan karenah dua ekor yang busuk itu.. huhu.. belajar2 la masak.. takut kang.. kurus lak dua ekor mondok yg comot itu.. wahaha..

to nat - ko dh jadi 2nd jeneral lepas kak mimi hang.. so jangan garang2 sangat.. kalau tak nanti bila aku balik.. aku tarik balik kuasa hangpa semua.. baru tau.. tp apa yg pasti.. aku tetap yg paling berkuasa antara kita semua tak kira aku ada kat rumah atau kat mana2.. :D huhu.. jangan jeles ha..

to mama n bpk - tak mau menantu pantai timur? wahaha.. tungu2 jelah.. nana dh mulakan langkah menghala ke sana.. bpk ingat lagi tak ayat ni?! hehe.. :D

Sunday, January 11, 2009

Stress or Burnout?

Termasuk malam tadi, dah hampir tiga empat kali aku nangis. Sumenye gara-gara stress dengan assignment n benda-benda 'bodoh' yg seakan nak menguji diri aku. Malam tadi aku frust sgt bila percubaan aku sejak tiga hari yang lalu untuk send email 'assignment' pd Kak Liz gagal buat sekian kalinya. Dah habis daya percubaan yang dah aku lakukan, tapi kenapa semuanya akhirnya menemui kebuntuan? Sampaikan semalam aku dh terasa seperti nape semua ni dengki dengan aku? Memang sengaja nak kenakan aku ke? Memang sengaja nak timbulkan masalah dalam hidup aku? Ya Allah, tak baik aku berfikiran macam tu.. Tapi sungguh, aku dah terlalu kecewa.. Aku dah cuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik. Aku dh cuba yang sebaik mungkin untuk terus tabah menghadapi liku-liku dan cabaran [yang memang dh diketahui akan hadir once aku dh buat keputusan untuk terima tawaran untuk sambung ke peringkat master].

Aku dan air mata (nangis sebab tensen!!) memang dh tak dapat nak dipisahkan. Memang dh jadi tradisi untuk aku menangis2 macam ni. Rasanya bapak dengan mama pun mmg dh faham sangat dah perangai aku ni. Waktu matrix dulu aku nangis, waktu degree kat UTM aku nangis, waktu dalam Palapes (penat layan karenah dak skuad + karenah jurulatih + gaduh dengan shah) pun aku nangis. Dan sekarang, buat sekian kalinya aku nangis lagi dengan dengan harapan tekanan perasaan yang sedang melanda diri aku ni akan berkurangan? Ye ke bila nangis akan kurang rasa bebanan di hati?

Actually malam tadi aku dh cakap kat bapak yang aku nak balik umah tapi pagi ni, bila aku fikir-fikirkan semula macam xjadi je aku nak balik rumah. Keje aku berlambak-lambak. Aku risau, kalau aku balik rumah nanti banyak keje yang still tergendala. Aku jadi serba- salah. Untuk terus tinggal di USM aku risau tensen aku ni terus berpanjangan, tapi untuk meninggalkan beban tugas yang menjerut perasaan ni aku tak sampai hati, takut rasa seolah-olah akan membuang masa. Serabut aku memikirkan semua ini..!!

Sejarah telah membuktikan, walaupun setiap tahun pengajian aku diiringi dengan air mata yang bukan sedikit namun aku masih berjaya untuk melalui setiap halangan dan cabaran yang mendatang. Dan buat sekian kalinya, aku berharap pada kali ini sejarah itu akan terus berulang. Biarlah aku nangis sampai bengkak mata sekali pun but hopefully pd pertengahan 2010 nanti aku tetap akan menyarung jubah konvokesyen bersama rakan-rakan yang lain.

Doaku;

Ya Allah kau bantulah aku, hamba-Mu yang lemah ini..
Ya Allah ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusanku..
Ya Allah yang maha pemurah, Kau berkatilah akan pembelajaranku..
Kau redhailah akan segala usahaku.. Kau perkenankanlah segala doa-doaku..
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam..
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sesungguhnya tiada lagi tempat untuk aku sandarkan harapan..
Semoga aku dipermudahkan jalan.. untuk terus melalui liku-liku kehidupan yang telah Engkau hadiahkan buat diriku..
Semoga ia membawa manfaat pada diriku..
Amin.. Amin.. Amin.. Insyaallah...

Friday, January 9, 2009

Nak dapat baby??!!

Wah!! Terujanya rasa hati bila dapat mesej dari Huda tadi.

'Wani, aku dh pregnan! Dh dua minggu..'

Macam nak menjerit je aku rasa. Wah seronoknya Huda dh nak dapat baby... Sungguh tak aku sangka, rummet yang sesama belajar n main pun sesama waktu kat matrix dulu sekarang ni dh bergelar bakal ibu...

Ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku..

Hurm.. baru beberapa bulan yang lepas Huda menjadi ratu sanubari bagi suaminya yang tercinta, now dia bakal menjadi ratu di hati anak-anaknya.. Tahniah.. Tahniah.. Tahniah..

Alamak, tiba-tiba aku lak yang rasa jeles.. huhu.. Huda dah nak dapat baby.. tak aci.. aku kawen pun tak lagi.. wahaha.. tu saja nak wat drama gatal sebabak.. hehe.. walauapapun, aku doakan agar Huda sentiasa sihat dan bakal melahirkan anaknya nanti tanpa sebarang masalah..

Huda, walau apa pun alasannya, yang pasti aku takkan benarkan anak kau panggil aku mak cik.. I'll make sure yg dia akan panggil aku KAKAK..!! hehe.. bukan beza mana pun umur kita org.. ok ape.. kan? kan? kan? hehe..

p/s: macam kena je kan, aku baru je wat citer orang pregnant [Smbgn Suite 6019 : Abang!!] and suddenly aku dpt berita ni.. muahahaha.. semoga berbahagia Huda hendaknya.. mmuahh!! sayang Huda..

Wednesday, January 7, 2009

Happy Birthday Sweetheart!!

Isnin, 8 September 2008 - Itulah merupakan hari pertama aku mula melangkah masuk ke alam blog. Idea ini tercetus tatkala aku melihat class project kawan aku ketika aku pergi melawat ke biliknya. Katanya, dengan menggunakan bloggers (B) aktiviti berblog menjadi lebih mudah. So, sebaik sahaja aku kembali ke bilik, tanganku mula menggerakkan tetikus, melayari google dan mencari bagaimanakah langkah untuk aku mula berblog. Alhamdulillah, selepas beberapa kali percubaan akhirnya aku berjaya menyiapkan blog aku yang pertama yang telah aku beri nama Kalam Coretan. Fungsinya adalah untuk aku meletakkan cerita-cerita bersiri yang pernah aku hasilkan. Pada saat dan ketika itu, aku tidak menyangka bahawa blog aku ini akan dilewati oleh mana-mana pengunjung atau pembaca. Sehinggalah pada 11 Oktober yang lalu, aku mendapat notis daripada [Kalam Coretan] yang mengatakan ada komen yang telah ditinggalkan.

Insan pertama yang meninggalkan jejaknya diblog Kalam Coretan adalah nani naqie. Jutaan terima kasih Lea nak ucapkan buat nani naqie atas jejak pertama yang telah nani tinggalkan. Tanpa komen tersebut, Lea rasa belum tentu lagi Lea akan berasa bersemangat untuk meneruskan aktiviti berblog.

Tidak lama kemudian, blog Lea mula menjadi ikutan. Insan pertama yang menjadi pengikut blog Kalam Coretan adalah Nur_rieN. Tatkala Lea mengetahui bahawa ada insan yang berminat dengan hasil karya Lea, sungguh terharu Lea rasakan di saat itu. Rasa seperti disokong dan dihargai. Sesungguhnya Lea sangat-sangat menghargainya. Hari demi hari semakin berlalu, pengikut blog Lea juga semakin hari semakin bertambah. Selepas Nur_rieN, pengikut yang kedua adalah Cutiesgurl dan diikuti oleh arisya, misz nana, nanie naqi, ~~Lolipop~~ dan ramai lagi.

Hari ini, 8 Januari 2009 genaplah empat bulan usia aku berblog dan hari ini jugalah pengikut blog Kalam Coretan telah mencecah angka genap 50 orang. Sungguh terharu aku rasakan. Dalam usia yang sebegini mentah, aku mendapat sokongan yang sangat padu daripada kawan-kawan sekalian. Biar walau jutaan bintang dilangit yang dihamparkan buat kawan-kawan sekalian bagi menghargai sokongan buat Lea, namun itu semua masih belum lagi mampu menggambarkan betapa besarnya hati Lea terhadap kawan-kawan semua.

Selain daripada kawan-kawan yang memberikan sokongan kepada Lea melalui cara menjadi pengikut secara terang-terangan, terdapat juga kawan-kawan yang hanya memberikan sokongan kepada Lea melalui ucapan-ucapan ringkas yang ditinggalkan di Cbox Kalam Coretan. Antaranya adalah nin, yaty, che na, anyssa izz, zatie, ieja, kak dina dan ramai lagi. Tak mampu untuk Lea menyenaraikan semuanya disini. Hanya kata terima kasih dan sebesar-besar penghargaan yang mampu Lea titipkan di sini buat kawan-kawan semua.

Terima kasih temanku, terima kasih selamanya..

Fakta nombor dan nama daripada laman Kalam Coretan:

1) Mula dibangunkan pada 08/09/08
2) Follower pertama adalah Nur_rieN
4) Empat follower terawal selepas Nur_rieN adalah - Cutiesgurl, arisya, misz nana, nanie naqi dan ~~Lolipop~~.
5) Angka followers mencecah angka 50 pada 08/01/09.
6) Follower yang ke-50 adalah flizoll.
7) Bab pertama yang dikomen oleh pembaca adalah Air Mata Hati Bab 4.
8) Komen pertama telah ditinggalkan oleh nanie naqi pada 11 Oktober 2008.

Tuesday, January 6, 2009

Salam - Manuskrip Anda Diterima! Tahniah!

Hmm.. pada suatu malam yang bertarikh 05 0014 Januari 2009 tiba-tiba inbox aku mendapat satu email dari Khar, pengelola blog Karya Online [Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd]. Surprise gak aku bila baca tajuk email tu. Hm.. tangan aku teragak-agak nak klik untuk open email tu.. Nerbes pun ada.. Otak aku macam dh boleh agak apa isi kandungan email tu but akal aku lak macam xleh nak caya dengan tafsiran otak.. [akal dengan otak asyik kata - Biar betul??!!]

hmm.. kat bawah ni email yang lea terima tu..

Email

hmm.. kat surat tu ada nama orang lain skali kan? Putri Lily.. hehe.. tahniah lea ucapkan buat Putri Lily.. akhirnya.. usaha dan penat jerih Putri Lily terbalas jua.. berbaloikan usaha keras tu?

hmm.. tp lea lak.. rasa mcm xyakin je sebenarnya.. boleh ke? sbb selama ni lea rasa mcm gaya penulisan lea ni bkn la baik sgt pun.. biasa2 je.. nmpk sgt amaturnya tu.. [hmm.. walaupun kat rumah lea mmg slalu wat ayat kerek kat mak dengan ayah.. sbb geram.. diorang suka gelakkan lea.. hehe..] hmm.. kalau ikutkan email tu.. PIPSB ada meminta lea supaya tidak lagi menyiarkan sebarang sambungan bagi citer AMH tu.. n sepatutnya.. seperti yang dikatakan oleh nin pd lea.. lea kena letakkan notis pada blog lea n kat mana2 blog yg lea dh publish citer AMH tu - ckp yang lea terpaksa menghentikan upload sebarang new n3 bg citer tu.. nin ckp.. sian wat org tertunggu2.. but entah nape.. lea mcm xde kekuatan untuk letakkan notis tu.. [tiba2 rasa rendah diri.. huhu] sebabnya.. kalau ye pun citer tu akan dipublish.. lmbt lg.. sbb tu r.. segan giller rasa..

korang tau x.. sejak lea dpt email tu kan.. lea byk kali jugak la baca semula citer AMH tu.. makin lama lea baca wat lea makin tertanya2.. napa ek PIPBS leh tertarik utk publishkan citer tu untuk lea? sbb lea rasa gaya penulisan lea tu memang 'biasa-biasa' je.. [macam kanak2 pun ada gak kadang2.. hehe.. esp kalau cerpen.. adoi.. mmg bengong giller.. hehe..]

hmm.. ada lg 1 sebab nape lea jadi mcm xde keyakinan untuk publish citer tu.. komen2 yg lea dpt dari Kapasitor.. hmm.. walaupun positif but komen tu wat lea buka mata besar2 mengenai tahap [quality mungkin] penulisan lea.. hmm.. time tu lagi la lea tertanya2.. memang betul2 layak ke?!! [sambil berkerut dari yg entah bape lapis.. hehe..]

adoi.. adoi.. adoi.. sabo jelah.. huhu.. :)

Semuanya tak menjadi

Hai, ni first n3 aku untuk blog ni.. hmm.. entah la kan.. aku pun xtau apa masalah aku lately. Kebanyakkan n3 yg aku wat mcm xbape nak menjadi je.. [dh mcm tapai tak jadi.. mantah je..].. nape ek? Ain ckp aku kena stop menulis wat seketika.. aku pun stuju dengan pendapat tu.. mood aku mcm ada xde je untuk menulis.. but tgn aku ni hah.. gatal nak mampus.. gian sgt nak menulis panjang2.. pastu rasa mcm ralat je bila aku tak smbung menulis..

erm.. tp aku rasa aku mmg kena ikut nasihat ain la.. mana tak nya.. bila aku menulis.. mesti la malamkan? After class.. so mesti aku tidur lambat pastu.. maybe kol 2 atau 3 pg.. n then.. esoknya mesti aku ngantok n layan tidur smpi tengah hari.. [opss.. buruknya perangai anak dara ni.. hihi...] so wkt yang sepatutnya aku gunakan utk review last class nyer notes dh aku gunakan untuk khado tido.. huhu.. xpatut.. mmg xpatut.. [azam untuk sem ni adalah untuk reach 3 pointer.. hehe.. last sem aku dpt 2.84 je.. adoi.. dh dekat sgt tu..]

hmm.. apa mau buat? semua benda pun tak menjadi.. huhu.. :(