Showing posts with label Bengong Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Bengong Sendiri. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

Tidak mampu menulis

Salam buat semua...
Adoi-adoi... entah kenapa kebelakangan ini Lea langsung tak mampu menulis... Semalam Lea cuba untuk siapkan satu cerpen bila idea tiba-tiba datang selepas Lea solat Isyak..
tp malangnya cerita itu hanya siap separuh jalan dan kelihatan agak pelik juga cerita tu... tak pernah lagi Lea manulis dengan gaya sebegitu rupa...
Unsur penceritaan pun tidak lagi ceria dan gila-gila seperti dahulu...
Kenapa yek?
Sedih lah bila begini keadaannya.. hurm... :-(

Thursday, October 15, 2009

Mendung Berarak Pergi


Alhamdulillah... Mendung hidupku kini telahpun berarak pergi. Lea kini sudah mampu kembali tersenyum dan tertawa lagi. Aku bersyukur wahai Ya Allah kerana secepat ini Kau perkenankan doaku. Aku bersyukur!

Sempena awan cerah yang kembali menyelubungi hidup Lea kini, Lea nak berkongsi satu cerita dengan kengkawan semua. Cerita mengenai 'habit' atau tabiat Lea setiap kali berada dalam tekanan. Lea merupakan seorang insan yang sangat mudah menangis setiap kali berada dalam tekanan perasaan. Dan, selalunya tekanan ini hadir dari tugasan kuliah mahupun dari sesi pembelajaran. Jarang-jarang sangat tekanan ini berpunca daripada tugasan luar daripada seroang pelajar. Aneh juga tu.

Namun bukan itu yang Lea ingin ceritakan. Yang cuba Lea ceritakan adalah mengenai keunikan 'kunci' pemusnah stress yang Allah berikan kepada Lea. Setiap kali dalam tekanan, seperti yang Lea ceritakan tadi sudah semestinya Lea akan menangis. Lea akan menangis, menangis dan terus menangis sehingga Lea rasa air mata itu bukan lagi penawar untuk rasa tekanan yang dihadapi. Dalam masa yang sama Lea juga seperti insan-insan yang lain akan cuba berdoa dan meminta bersungguh-sungguh untuk dipulihkan kembali semangat yang hilang.

Dan, hasilnya Allah lorongkan satu jalan yang mudah untuk Lea selesaikan 'hati yang retak' itu. Caranya mudah sahaja iaitu dengan cara makan. Keh3~

Pernah dulu sewaktu Lea berada di tahun 2, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UTM Skudai. Lea berasa sangat tertekan hingga berasa tidak segan silu untuk menangis di hadapan soerang teman akrab yang bernama Dzul. Pada petang itu Lea menangis, menangis dan terus menangis. Sehinggalah azan Asar berkumandang. Masing-masing kami bergerak menuju ke surau fakulti untuk menunaikan tanggung jawab kami sebagai Muslim. Lea ingat lagi pada hari itu, Lea solat sambil menangis. Dan sebaik sahaja Lea memberikan salam, tekak Lea bagai dapat merasakan ada aroma Nasi Kandar. Secara automatik hati Lea juga berasa begitu teruja untuk mendapatkan Nasi Kandar itu. Malangnya di mana nak cari Nasi Kandar di Skudai?

Lea tidak peduli itu semua. Yang Lea tahu Lea mesti kena dapatkan Nasi Kandar itu untuk melepaskan tekanan dalam jiwa. Maka petang itu juga kami bertiga (Dzul bersama aweknya yang kini sudah bergelah ex) pergi ke JB untuk mencari kedai Nasi Kandar. Walaupun Nasi Kandar di JB tersangatlah jauh berbeza dengan Nasi Kandar di Pulau Pinang ini namun itu sudah mencukupi untuk Lea. Itulah 'kunci' Lea pada hari itu. Nasi Kandar!!

Masih Lea ingat bagaimana mama mentertawakan Lea dulu semata-mata kerana Lea katakan 'kunci' pemusnah stress Lea adalah makan makanan yang muncul secara tiba-tiba dalam benak fikiran Lea. Keh3~ (bukan sebarang-sebarang makanan) Tapi Lea tidak peduli itu semua.

Dan hari ini sejarah Nasi Kandar-JB itu berulang lagi. Seharian hari ini Lea masih lagi berada dalam tekanan sehinggalah Lea tiba-tiba mendapat ilham 'kunci' Lea pada petang tadi iaitu:



Ya... Inilah dia 'kunci' terpilih pada hari ini. Sundea Strawberry McD...

Huhu... Akhirnya kini Lea kembali ceria dan sangat bersemangat sehinggakan kelas Dr. Jeya yang sebelum ini dirasakan bagai terlalu membebankan seperti tiada apa-apa. Sedar-sedar saja jam sudah menunjukkan 9.35 malam. Wah! Beberapa jam telah berlalu dan Lea tidak menyedarinya. Hebat!

Aku bersyukur Ya Allah atas rahmat-Mu ini... Alhamdulillah!



Sunday, July 26, 2009

Serabut... Serabut...

Argh!! Musim serabut nampaknya telah kembali lagi. Aku kini baru berada di minggu ke-4 dalam semester 2009/2010-1 tetapi rasa serabut bagaikan sudah terpintal di benakku ini. Sukar sungguh untuk diuraikan. Kerja makin menimbun tapi untuk menyiapkannya amatlah sukar. Setiap minggu ada tugasan baru namun tugasan minggu-minggu yang lalu belum tentu aku dapat siapkan. Jadi, bagaimana nih?

Subjek Corporate Finance menjadi tunjang kepada rasa serabut yang sedang aku alami ini. Di dalam kelas, aku tidak dapat faham apa yang sedang dipelajari. Semuanya dirasakan bagai alien dan masalah juga turut hadir daripada Financial Calculator aku. Entah kenapa susah betul untuk mendapatkan jawapan yang betul sedangkan semua maklumat yang diperlukan telah pun aku masukkan. Argh!! Bosan gini.. Dah la mahal kalkulator tu.. tp hampeh tol! Wat sakit hati je...

Masalah kedua aku adalah dengan subjek Research Methodology. Untuk subjek ini tiada peperiksaan tetapi aku kena submit proposal untuk Management Project yang bakal aku ambil sem depan. Payah betul aku nak dapatkan topik. Sedangkan aku perlu menghantar topik dan abstrak pada 31/7 ni. Dah tak lama lagi. Aduh! Macam mana ni? Tajuk apa yang aku nak wat ni? Macam-macam tajuk muncul dalam kepala otak ni tapi satu pun rasa macam tak sesuai.

Kemudian kelas Marketing Management plak menyumbangkan masalah. Expectation lecturer yang terlalu tinggi telah memberikan tekanan. Pembentangan untuk after mid sem ni pun aku tak tau la nak gunakan company apa. Payah betul kalau semua lecturer assume yang student dia dah keje n mudah-mudah untuk mendapatkan maklumat dalaman sesebuah organisasi. His! Setiap kali kena wat tugasan yang macam ni, mesti wat aku rasa stress!!

Lastly subjek Advanced Statistics. Sebenarnya subjek ni tak adalah terlalu menyerabutkan kepala. Tetapi, subjek ni punya assignment banyak gila. Dan, aku plak selalu gagal untuk menyiapkan tugasan ni sebab aku dah cukup serabut dengan masalah-masalah tiga subjek yang lain. Isk3... Macam mana ni? Mujurlah subjek ni punya tugasan perlu dihantar pada hujung semester. Jadinya ok lagi la...

Dalam banyak-banyak sem, aku rasakan sem nilah yang paling mencabar. Memang gila rasanya. Klu ikut pada perkiraan tempoh masa aku kat sini, tolak sem ini aku ada lagi satu sem panjang dan satu sem pendek untuk selesaikan MBA ni. Tapi makin mendekati hujung tempoh perjuangan ini, rasa bagai terketar-ketar pula untuk melangkah hatta untuk satu tapak cuma. Sungguh. Berat dan benar-benar menguji tahap kesabaran.

Kadangkala timbul juga rasa putus asa. Namun, mengenangkan harapan serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mama dan bapak serta adik-adik tersayang, maka aku gagahkan jua untuk terus melangkah. Entah sampai bila aku boleh bertahan sem ni.. Hehe... Kalau tak mampu dah nanti rasanya macam biasa la kot... n****s. huhu...

Entahlah... Yang pastinya aku benar-benar serabut. PTPTN pun sama jugak wat hal. Dah hampir satu bulan semester telah bermula tetapi duit belum masuk lagi. Aku sangat-sangat perlukan duit tu sebab nak beli laptop untuk kegunaan bagi subjek stat dan rm... tapi PTPTN ni terhegeh-hegeh plak nak masukkan duit. Hish! Lagi la aku serabut. Benci tol gini...

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...
Permudahkanlah urusanku ini...
Sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa ke atas segalanya...
Perkenankanlah doaku ini...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Semoga kakiku ini masih teguh untuk terus melangkah dan bangkit semula seandainya aku tersadung lalu tersungkur.


Thursday, April 23, 2009

Zaman Pra-Kemerdekaan v(^_^)v

Holla dan assalamualaikum buat semua.

Pada malam ini, usaha 'rundingan damai' yang terakhir akan dijalankan tepat jam 2000 bertempat di Dewan Peperiksaan A, Dewan Utama Pelajar, USM. 'Rundingan Damai' ini dijangkakan akan berlangsung selama 3 jam. Tajuk rundingan pada malam ini adalah Finance and Accounting for Management dan ketua hakim bagi rundingan pada malam ini adalah Dr. Sofri Yahya.

Walaubagaimana pun, menurut sumber-sumber maklumat yang boleh dipercayai, genjatan senjata berkemungkinan besar akan berlaku sebaik sahaja tempoh rundingan damai berakhir. Sejurus kemudian, jeritan dan laungan kemerdekaan akan kedengaran dengan meriahnya di perkarangan Dewan Peperiksaan A. Dijangkakan hampir 30 orang individu akan menyertai laungan kemerdekaan ini...

Hehe...Ternyata sudah ramai yang tidak sabar untuk menantikan detik-detik kemerdekaan ini. Semoga ia akan menjadi detik termanis dalam kehidupan.

Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Yuuuhuuuuuuuuuuuuuu!!! Tak sabarnya nak merdeka...
Yeye.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

Opss.. ni testing suara untuk sambutan kemerdekaan pada malam ini... hehe.. daaa...

Wednesday, April 15, 2009

Yeehaaa!! Aku gumbira.. Lega... :)

Holla semua..

akhirnya, berlalu sudah azab bagi subjek Operations Strategy..

wat masa ni aku rasa macam nak jerit Yeeehaaaaa!!! Yuuuuhuuuuuuuuuuuuu!!! Wahahahahaaaaa... itulah yang aku rasa..

gumbira aku ini bukan disebabkan oleh boleh jawab atau tak exam tadi.. tapi aku gumbira kerana selesai sudah satu azab exam bg sem dua ini.. keh.. keh. keh.. gumbira.. gumbira...

leh jwb atau tak.. itu bukan urusan aku.. itu urusan mr soh utk semak betul ke x jawapan aku.. hehe.. psst.. dlm kertas exam tadi ada aku selitkan hikayat hang tuah dan hikayat seribu satu malam.. hehe.. moga mr soh terhibur membacanya.. keh.. keh.. keh...

aik.. dh hbs exam pun biul ka? adoi.. huhu.. wahahaha..
hurm.. sah biul.. :p

Tuesday, April 14, 2009

Help! Help!

Ahh.. aku sudah mau gila.. tolong.. tolong..

Otak aku dah tak mampu kenal huruf.. sume-sume pun aku tak faham.. aduh.. ni nak start rekod nangis la ni.. wahaha.. aduh.. aku sudah mau gila.. huhu..

OS.. susah siot!!!!!

argh!! his.. bengong.. bengong.. help! help!

pada sesapa yang terbaca n3 ni, plz ye doakan supaya lea leh jawab exam esok malam. Aduh.. tlong.. tolong.. aku sudah mau gila.. huhu..

Saturday, March 7, 2009

Teman Hariku

Sejak semalam, hidup ini ditemani oleh nyanyian lagu Palapes, jeritan skuad komander memberikan arahan dan hari ini jeritan skuad komander kedengaran lagi dan terus menemani hariku. Kadangkala aku rasa sangat bersyukur kerana ditempatkan di bilik ini. Melalui bilik ini aku dapat melihat secara terus apa yang berlaku di padang kawad yang terletak bertentangan dengan bilik ini.

Cuma kadangkala ianya menjadi suatu disadvantages. Buat sesiapa yang pernah membaca n3 kontroversi daripada Lea dulu pasti dapat memahami apa maksud yang tersirat.

Suara skuad komander untuk latihan kawad terus bergema. Sedikit sebanyak suara itu menggamit kenangan silam untuk kembali bertandang. Kadangkala ada juga rindu yang terbit di hati tatkala melihat dari jauh gadis serta jejaka berkemeja T gelap dan berseluar loreng. Di bahu mereka pula tergalas sebuah beg loreng lusuh yang tidak dapat aku pastikan beratnya. 8 kilo kah? Entah aku tidak pasti. Melihat mereka beramai-ramai mengerumuni monkey-rack setiap kali aku dalam perjalanan untuk pergi ke kelas, sering mengundang senyum aku untuk singgah diwajah. Tambahan pula ada di antara mereka yang sudah kelihatan basah. Senyum aku tersiat lagi.

Terngiang-ngiang jeritan Staf Zaili dan juga Staf Burn semasa di monkey-rack dulu. "Kau tunggu apa lagi hah Wani, terus sajalah! Kau buat cepat sebelum aku tolak kau nanti. Cepat!!" Itulah antara ayat-ayat sering diperkatakan kepada kami semua. Kata Staf Burn pula, "Kau jangan berhenti lama-lama kat sini. Makin lama kau berdiri dan fikir kat sini memang tak akan lepas. kau kena datang dan terus buat tanpa fikir apa-apa. Mesti akan lepas." Itu pula nasihat daripada Staf Burn. Malangnya kini, semenjak kejadian kemalangan yang telah menyebabkan salah satu tulang dipergelangan tangan aku patah, aku dah tidak mampu lagi untuk melakukan aktiviti ini. Pernah sekali di rumah, aku cuba melakukan aktiviti ini. Baru melepasi satu palang, tanganku berasa sangat sakit. Akibatnya aku terpaksa ber'bandage' selama dua hari. Sungguh menyedihkan. Kadang-kadang aku rindu untuk semua aktiviti itu namun aku tiada lagi mampu. Untuk melakukan front support pun aku dah tak mampu. Tangan kanan aku tidak lagi sekuat dulu. :(

Sungguh, setiap kali aku berborak dengan budak skuad aku sering menyebut yang aku tidak pernah lagi mengenang apatah lagi mengingati kenangan lalu. Yang kekal dalam ingatanku bahawa mereka semua kurang senang akan kehadiranku. Puncanya? Hanya Allah yang tahu kerana aku sendiri tidak pernah tahu apa kesalahan diriku. Rasanya sudah banyak aku berkorban untuk kesejahteraan skuad. Sudah banyak aku korbankan 'hak' aku. Sudah banyak aku pinggirkan rasa hati aku semata-mata untuk menjalankan amanah yang diberikan kepadaku dengan baik. Aku tahu dalam diam ada yang 'berterima kasih' akan setiap pengorbananku namun hati ini benar-benar terguris apabila ada yang menyatakan kesyukuran sebaik sahaja mendengar berita bahawa aku kemalangan. Sungguh aku terguris.

Oleh sebab itulah aku sering cuba untuk melupakan segala kenangan yang lalu. Sedaya upaya aku cuba menjauhi gambar-gambar ahli skuad yang beratus-ratus di dalam PC. Aku sering menafikan bahawa aku adalah sebahagian daripada korang semua. Namun, hakikat dalam hati ini hanya Dia juga yang mengerti. Aku sayangkan korang semua tapi biarlah kan. Tak guna pun. Cuma kadang-kadang bila kenangan menjengah, dia akan turut bersama membawa rindu untuk singgah.

Erm... Kenapa ya aku ceritakan semua ini? Oh, sebab jeritan skuad komander tadi. Nampaknya jeritan skuad komander telah pun berhenti. Mungkin mereka sudah bergerak untuk makan di cook house or dewan makan. Apa pun, semoga berjaya buat semua yang bakal menjalani Upacara Pentauliahan Diraja yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Katanya, pada tahun ini U yang bakal menjadi tuan rumah adalah UTM. Ah! Sekali lagi semua ini bakal melayangkan fikiranku jauh ke selatan tanah air.

Tiba-tiba aku terbayangkan latihan pengkalan sementara yang dilakukan di dalam Hutan Rekreasi UTM. Nyamuk, kala jengking, uggas, semuanya ada. Itulah detik pertama aku merasai pengalaman sebegitu. Pertama kali belajar mengenai Khuf. Pertama kali merasai detik-detik minum air sungai yang mengalir tidak jauh dari pengkalan sementara kami. Pengalaman pertama mengorek kubu. Sebenarnya ianya tidaklah boleh digelar kubu kerana dalamnya cuma kurang sejengkal. Ah, waktu itu kami masih junior. Masih lagi mantah dengan selok-belok kehidupan di dalam hutan. Pertama kali tidur berbumbungkan langit berlantaikan tanah ladang getah yang lembap. Pertama kali tidur kami digerakkan oleh titisan embun jantan di wajah. Sungguh dingin dan menyegarkan. Sungguh indah kenangan itu.

Banyak lagi kenangan yang ada sepanjang 3 tahun aku bersama-sama skuad batch 16. Sesungguhnya korang semua sentiasa dalam kenangan...


Hmm... Merindui sesuatu yang pahit untuk diingati? fikir-fikirkanlah sendiri... :(

Dalam sejarah?!

Erm.. now 22.51.. tepat detik 12 tengah malam nanti masuklah 8 hb.. tarikh ini cukup bermakna sebab pada tarikh ini lah blog pertama aku dibina... Hehe.. happy besday Kalam Coretan..

But, now aku rasa mcm tak bape nak sihat la.. hurm..


Hanya aku dan mereka-mereka yang mengerti sahaja yang memahami... Wahaha.. Biarlah rahsia B-)

Saturday, February 28, 2009

Penderaan Mental yang Maha Dahsyat!!!

Pernah dgr tak kisah mak bapak yang mendera mental anak? Hurm hari ni lea nak citer fasal Lea pun turut di dera secara mental gak.. wa.... T_T

Esok (merangkap hari ni sebenarnya, 01 March 2009) mama nak wat nasi daging. Korang pernah makan tak nasi daging? erm.. lea pernah.. suka lak tu.. tp masalahnya mama nak wat nasi tu kat umah.. lea kat usm.. dh la diorang citer kat lea pastu xmo hantar lak kat sini.. pada hal bkn jauh pun.. dekat jek.. saja jek.. memburukkan keadaan lg.. bapak lak nk balas dendam.. (sebab lea hantar mms gambar bihun sup kaki ayam hari tu la ni..) dia pun nk wat benda yg sama.. hantar mms nasi daging.. waaaaaaaa.. betul2 penderaan mental...

Bihun Sup Kaki Ayam Sri Buana, Tmn Tun Sardon, Penang

(eceh.. dh mcm promote lak.. erm.. slh ke klu aku send MMS ni.. xsalah kan? tu pun nk bls dendam bpk ni..)

dah la nak exam hari selasa ni.. bayangkan.. mcm mana nk jawab klu asyik terkenangkan nasi daging tu.. nanti ble soalan tanya fasal price cieling.. lea terbayangkan price nasi daging.. huhu sedinya..

mama... klu mcm ni.. mama bg akak tengok 10 telinga ayam pun lom tentu akak leh dpt 4.00..

waa.. bayangkanlah sume.. betapa berat akan penderitaan mental ku ini.. tambah lak dok teringat kopok lekor RM 20 yang nana beli utk aku.. waaaaaaa.. sedih..

pastu bapak lak nk tambah penderitaan mental aku dengan cara hantar MMS tu esok.. dia ckp nk send kol 2.00.. huh.. siap wat appointment nk hantar kol bape.. mmg la..

Teledera.. tolongla leaa.. waaa.. tolong.. help.. help.. (dengan penuh gaya seolah-olah duyung dalam kelemasan...)- erk.. duyung leh lemas ke? wahaha..

Monday, February 23, 2009

Ya Allah!! Jadi kartoon aku lepas ni...

Jeng.. jeng.. jeng.. Korang nak tau tak, hari ni aku selak-selak la planner aku yang dah beberapa hari aku tak bukak. Then, atas rasa tanggung jawab yang baru menjelma, aku pun dengan senang hati update la planner tu. Yelah, mana tak nya, lecturer aku dlm dua tiga minggu nih asyik cancel class jek. So, sume planning asal dah kena shift ke minggu-minggu yang seterusnya. Anjak punya anjak.. Skali nak kau... Sume selonggok pada minggu yang berdekatan.. Terbeliak gak biji mata ni bila tengok balik 'to-do-list' n benda2 yang cantik terletak dalam planner aku.. Menggeletar la jap jantung aku nih... (hehe.. jantung pun leh menggeletar...)

Tak caya? Korang tengok nih...

26/2 - Submit assignment accounting : Case 7-1 fasal amortization (dah la panjang giller case tu.. tak termasuk jawab lg nih.. hehe.. biul la aku jap..)

03/03 - Mid-term untuk subjek Managerial Economics. Dahla start dari bab 1 sampai 9 kecuali bab 5 tapi masyaallah.. rumus dengan graf dia byk giller.. Konsep jangan cakap la.. waa.. bab 8 n 9 aku tak bape faham.. (biul.. biul..)

then,

05/03 - aku kena submit satu lagi assignment untuk subjek accounting - Case 9-2 fasal Bond dan segala bagai.. huhu.. (kalau aku tak bertukar menjadi James Bond sajalah nanti.. wahaha..)

11/03 - tarikh ni lagi keramat. Aku kena present project untuk Term-paper subjek Operations Strategy... huhu... Yang malangnya, untuk term-paper nih aku baru start introduction jek.. (adoi.. aku ni mmg la sedang mengaplikasikan 'Parkinson Law')

esoknya plak

12/03 - aku ada Mid-Term Accounting.. (waaa.. bulan ni mmg byk tol la penderaan daripada Dr. Sofri nih.. huhu.. tido dengan calculator la aku jawabnya nanti...)

15/03 - (hari ni hari Ahad tau..) skali ada kelas ganti untuk Managerial Economics la plak.. Huhu.. kurang dah masa poya2 aku seketika..

18/03 - submit term-paper untuk subject Operations Strategy yang kena present hari tu.. :(

19/03 - submit term-paper untuk subject Accounting (again? Accounting mmg la suka mendera.. )

20/03 - tiba masanya untuk Prof. Zainal lak mendera aku.. wahuwahuwa.. kena present HRM in practice... Oleh sebab aku menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat, so aku ambil keputusan untuk gunakan data asgmt waktu degree dulu.. Kira ni re-use resouce yg ada.. (Aku tak ada pilihan.. T_T )

lepas daripada tarih ni aku akan berbahagia untuk dua minggu.. Ye ke? Yelah sebab aku tengok dalam planner ni kosong jek.. Tengkorak mu.. kosong tu bkn sebab apa.. time tu dh study week la ngok.. waaaa.. study week la plak..

So, korang mesti dapat bayangkan macam mana aku jadi kartoon ek nanti? erm.. kartoon ke? hmm.. xtau la.. tgk jelah nnt jadi pe..

kalau gini la punya susah... confirm aku peluk bawak tido aku nyer sijil master nanti.. wahaha.. kebiulan sudah bermula.. :D

Sunday, January 25, 2009

Tikus baiki labu..

Adoi la.. dua tiga hari ni aku dah macam boleh diibaratkan sebagai batu dan kayu yang bergerak. Mana tidaknya, hati aku ni rasa macam tak berperasaan je.. Semuanya tak begitu menjadi.

Dah beberapa hari jugaklah aku cuba untuk menyambung cerita Air Mata Hati. Tapi gagal sebab tak ada idea. Atas dasar tidak mahu membuang masa, lalu aku menggunakan masa yang ada untuk mengedit bab-bab yang telah tersedia. Malangnya aku rasa seperti bab-bab itu menjadi semakin 'rosak' tiap kali aku 'mencantikkannya' lagi. Aduh!! Kenapa begini sekali jadinya.

Aku kini dah seperti "Tikus membaiki labu." Bimbang juga aku, cerita tu nanti akhirnya entah apa-apa yang jadi.

Masalah mental betul la aku ni.. Bilalah aku nak pulih menjadi seperti sedia kala. Masa semakin lama semakin suntuk. Namun segalanya masih lagi belum menampakkan progress yang positif.

Tolongg!! Tolongg!!

Can somebody help me?!

Semalam dengan sedaya upaya aku cuba untuk menyambung cerita bab 16. Dah puas aku copy n paste ayat-ayat dari file manuskrip ke file 'store' dan dari file 'store' ke file manuskrip semula. Akhirnya terhasillah dua setengah muka surat n3 baru. Tapi setelah dibaca semula, Ya Allah citer tu lebih teruk dari kaku. Tak ada jiwa langsung. Pemilihan perkataan dan struktur ayat hancur. Adoi.. Adoi.. apa dah jadi ni..

Hmm.. petang tadi lagi best.. Aku mimpi Abg Khar bg aku baca komen pihak pengurusan pada citer Air Mata Hati..

Komen:

Cerita Air Mata Hati mempunyai jalan cerita yang bagus. Tetapi struktur ayat dan pemilihan perkataan yang digunakan agak teruk dan bermasalah.


Huhu.. dahsyat giller mimpi aku ni.. Jangan jadi dalam realiti sudah.. Hampeh aku jadinya nanti..

Hurm.. macam mana ek aku nak bagi diri aku cheer up semula.. hepi2 n gila2 macam sedia kala.. Penatla jadi xberperasaan macam ni.. Hmm.. entahlah..

p/s: tadi aku cuba siapkan tutorial 3 managerial economics.. malangnya satu soalan pun aku xdpt nak jawab.. hampeh tol la.. semua benda pun hampeh.. arghh!! menyampah lak rasa..

Tuesday, January 20, 2009

Opss.. sorry..

huhu.. huhu.. dua perkara yang telah menjadikan Lea salah langkah..

Kesalahan pertama:

- Lea terus menyiarkan n3 Air Mata Hati di Kapa.. wahaha.. slumber je lea dpt email dr abg Khr n dia mintak lea untuk tak terus post n3 selanjutnya di kapa.. wahaha.. comel je.. dia nyer ayat.. [kantoi..chak~]

adoi.. adoi.. wahaha.. sabojelah.. [smile..]

Kesalahan kedua:

-Korang ingat lagi tak n3 Lea sebelum ni yang bertajuk Bengong punya Program.. ?
Lea nak mintak maaf kepada x-usm student yang memberikan komen pada lea serta pihak-pihak lain yang tersinggung dengan isi kandungan n3 tersebut.. n3 tersebut lea tulis dlm keadaan yg kurang rasional.. niat di hati hanya ingin melepaskan apa yang tersirat di hati.. tanpa memikirkan sebarang kesan pada orang lain..

so.. sekali lagi lea memohon maaf.. dan untuk mengelakkan perkara ini menjadi suatu isu yang lebih sensitif.. so lea tarik balik n3 tersebut bersama pohonan maaf..


so inilah dua kesalahan yang telah lea lakukan selama hampir lebih empat bulan lea berblog.. semoga menjadi pengajaran buat lea.. thanx semua atas teguran yang diberikan.. :D lea sangat2 menghargainya..

Thursday, January 15, 2009

Alamak!! Idea tersangkut kat mana??

Malam tadi, seperti beberapa malam yang lepas aku berborak dengan Saudara Khairul Hafiz a.k.a SF (dia bahasakan diri dia kat aku dengan panggilan Abang Khar..). Hmm.. dialah insan yang bertanggung jawab membawa novel Air Mata Hati ke pihak pengurusan Pekan Ilmu untuk diterbitkan. Seperti biasa, perbualan akan dimulakan dengan salam dan bertanya khabar but tak lama kemudian dia mesti tanya fasal progress Air Mata Hati. Alamak!! Macam mana ni.. Lately AMH mmg xde progress langsung. Itulah yang aku bagi tau kat Abang Khar td.. huhu.. progress? sadis.. xde improvement..

Aku nak wat kenyataan rasmi la kat sini (hehehe.. dh mcm nk wat PC lak..) sebenarnya bab 18 ni mmg la bab maut bagi aku. Aku ada idea tp aku xtau npe.. aku xdpt nk cari the correct word to use. Ayat aku jadi janggal je.. tu yg leh terkuar ayat "ikat mata dia" wahaha.. ayat tu dh jadi modal kat bapak aku untuk gelakkan aku tak habis2.. adoi la.. modal tu dia nk guna bape lama aku pun xtau.. hehe.. biarlah.. asal dia suka..

Kiranya bab 18 ni mmg kritikal habis.. adoi.. adoi.. agak2 idea tu tersangkut kat mana ek? erm yg tersangkut tu idea ke feel nk menulis? hurm.. agak.. kalau korang jenjalan kat mana2.. then terserempak dengan idea or feel menulis aku.. aku mohon sangat.. plz.. bawak dia balik.. hehe.. payah la nk tulis klu diorang xde..

ish.. len kali aku rasa aku kena ikat diorang tu kejap2 la.. baru senang diorang tak lari lagi dah.. so dpt la aku siapkan akunyer AMH ni dengan sepenuh hati dan secepat mungkin.. (aku pun rasa mcm tak sabar je nak publish citer tu..)

korang nak tau x.. kalau ikutkan requirement yang telah Abang Khar n PIPSB tetapkan hari tu.. aku ada 28 chapters to go.. n about 280 pages left.. huhu.. kalau ikut perkiraan matematik aku..

untuk menulis satu bab sebanyak 10 -12 muka surat, aku mengambil masa lebih kurang 1 jam.. then kalau aku kena siapkan lagi 28 bab.. that means 28 bab x 1 jam.. masa yang diperlukan untuk menulis AMH hingga lengkap hanyalah 28 jam.. tu kira waktu optimum la.. kiranya lebih kurang satu hari lebih sket je.. tp malangnya.. huhu.. nk smbg wat 15 min pun lom tentu leh.. adoi.. adoi..

Idea.. ko tersangkut kat mana ni?!! balik la..

Wednesday, January 14, 2009

Mengantok vs. Kopi

Apabila kita menyebut mengenai kopi, secara tidak langsung kita akan bercerita mengenai kafein dan kesannya pada manusia. Kata orang:

1. Kafein akan menyebabkan kita susah tidur.
2. Kopilah yang menjadi penjana kuasa bagi mata untuk terus terbuka tatkala minggu peperiksaan sudah menjelma.

Kafein itu.. Kopi ini.. macam-macamlah yang kita akan dengar kisah mengenainya. Itu tidak termasuk lagi dengan pendapat yang mengatakan kopi dan kafein adalah tidak baik untuk badan manusia. Hm.. macam-macam..

Secara jujurnya, aku mengakui bahawa aku seorang peminat minuman kopi. Tapi aku hanya minat untuk minum kopi kampung je.. Kalau macam makanan-makanan lain yang diletakkan perasa kopi memang la aku sangat tak suka. Aku hanya minum Kopi O pekat. Lebih pekat, pahit n kurang gula, lebih sedap rasanya. Stakat ni, kopi yang paling best yang pernah aku minum adalah kopi yang disediakan oleh tok aku. Huhu.. Diikuti oleh kopi yang dibuat oleh mama n aku rasa mcm kopi yg aku wat sendiri jek..!! [tok pun setuju dengan aku.. tok aku kata kopi yang aku buat dh hampir sama rasanya dengan kopi tok..huhu..hebat tu..]

Hmm.. tapi masalahnya kat sini.. yang buat aku rasa mcm nak komplen je fasal kopi ni adalah kesannya.. Wahai cik kopi sayang, dimanakah dia janji-janjimu.. katamu andai aku meminum kamu, mataku pasti takkan layu.. maka mudahlah untuk aku menyelesaikan kerja-kerjaku.. Namun tidakku sangka, janji-janjimu itu hanyalah palsu. Sebaik sahaja aku minum dirimu [kopi] pasti mataku layu.. malah semakin kelat pula rasa mataku.. 30 min kemudian.. dum..!! aku akhirnya terbenam di dasar katil kesayanganku.. Alahai.. kalau mcm ni bila nk siap assignment aku??!!

Kopi mana janji-janjimu.. mana kuasa mu? waa.. nape dh xde kesan ni.. start dr UTM dulu.. mmg macam ni.. lagi aku minum.. lagi cepat pula aku tidur.. alahai.. last aku rasa kesan kopi adalah pada detik2 pembelajaran aku di matrix dulu.. tu pun bukan kopi O.. nescaffe 3 in 1 color hijau 2 paket satu cawan.. hmm.. kena mcm tu.. barulah mata aku tahan smpi subuh.. tp xbaik untuk kesihatan la.. sbb lepas minum mcm tu je.. siangnya mesti tangan aku jadi sejuk n menggigil-gigil.. [huhu.. ada side effect la plak.. aduss..]

So kopi.. apa penyelesaiannya ni?!! Kopi dengan mengantok bukan musuh lg ek? Sejak bila korang berdamai.. Adoi la.. nk berdamai tak nak kasi tau aku.. kalau bg tau awal2 blh gak la aku jadi batu api.. waa.. ni xleh jadi.. mata aku berat sekali.. sabar wani sabar.. chaiyok2 sendiri..!!

Tuesday, January 13, 2009

Homesick?!

Erm.. bila bercerita fasal tengok video aktiviti kita ramai-ramai buat aku teringat satu kisah. Kisah yang dah lama aku simpan sorang-sorang. Hehe.. aku pasti lepas ni mesti kena gelak punyalah.. (sbb aku tau bapak rajin follow blog aku ni.. huhu)





Kisahnya waktu aku mula-mula daftar kat UTM. Dulu, aku rasa jarak antara Johor-Ipoh tu sangatlah jauh dan aku membayangkan yang aku hanya boleh balik ke rumah satu sem sekali (yelah kan.. time tu mana aku tau yg aku akan balik sebulan sekali.. hehe..) Aku ingat lagi, bapak pos kat aku cd yang ada gambar baby setelah dibotakkan.. hehe.. dh macam rupa tok sami je aku tengok sbb diorang siap pakai selimut oreng belang-belang tu wat mcm sari.. hmm.. pastu dlm cd yang sama.. bapak letakkan clip video kita gi berkelah kat cameron highland.. video clip besday baby.. argh.. bila aku tengok je video clip tu.. (erm.. time tu kita guna cam cam je.. so masih cokia lg la..) tak fasal2 je mata aku basah.. uik.. sumpah aku tak nangis..tp mata aku basah.. wahaha.. (hakikatnya memang aku nangis.. huhu) nasib baikla rummet aku waktu tu Pah xde kat bilik.. so boleh la aku nangis dengan sesuka hatinya..

hmm.. so lepas ni aku rasa tu semua turn bapak n mama la plak kot. Diorang dok dua2 orang dalam bilik n bukak cd kita yang banyak2 tu.. pastu nangis dua2 orang.. hehe.. sabo jelah.. apa pun.. betul ckp mama.. susah la lepas ni kita nak gi jenjalan sama2.. huhu.. sedih.. sedih..