Wednesday, December 9, 2009

Tidak mampu menulis

Salam buat semua...
Adoi-adoi... entah kenapa kebelakangan ini Lea langsung tak mampu menulis... Semalam Lea cuba untuk siapkan satu cerpen bila idea tiba-tiba datang selepas Lea solat Isyak..
tp malangnya cerita itu hanya siap separuh jalan dan kelihatan agak pelik juga cerita tu... tak pernah lagi Lea manulis dengan gaya sebegitu rupa...
Unsur penceritaan pun tidak lagi ceria dan gila-gila seperti dahulu...
Kenapa yek?
Sedih lah bila begini keadaannya.. hurm... :-(

Thursday, November 19, 2009

Tahniah Baby!!!

Hari yang sangat gembira apabila Ina dan Iya mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam UPSR.  Tahniah kepada adik-adikku.  Semoga terus berjaya!!

Berikut merupakan rentetan perjalanan hari ini sempena detik-detik bersejarah dalam keluarga kami.  Si kembar ini masing-masing mendapat 4A1B dan 5A dalm peperiksaan mereka.
 

Nur Syazwina menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-7 keseluruhan
 
 
 

Nur Syahirah menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-9 keseluruhan
 
 

Iya berwajah ceria setelah selesai menerima hadiah
 
 

Ina mengambil tempat di sebelah Iya setelah selesai menerima anugerah
 
 
 

Berdebar menantikan keputusan UPSR diumumkan
 
 
 

Wajah-wajah murid cemerlah SK Sri Kinta bersama guru besar sekolah
(mereka yang mendapat 4A dan 5A dalam UPSR)

 
 

Si kembar yang menjadi kebanggaan keluarga!
 
 
 

Inilah hasil jerit perih kami!
 
 


Bergambar kenangan di perkarangan sekolah
 
 
 

Wajah bangga seorang ayah!
 
 
 

 Lea jua turut tumpang bangga atas kejayaan si kembar ini.  Tahniah!!




pesanan buat adik-adikku:


kejayaan pada hari ini bukanlah tanda aras tertinggi dalam hidupmu
tetapi ia merupakan satu titik mula dalam meraih kejayaan yang lebih cemerlang
maka,
berusahalah adik-adikku...
berusahalah selagi dikau mampu
dalam mengejar mimpi-mimpimu
dalam merealisasikan impian hidupmu
jadikanlah kemanisan hari ini sebagai pembakar semangat
dan titik mula kejayaan masa hadapan!


kak wani serta keluarga sentiasa mendoakan kejayaan kalian berdua...
semoga terus berjaya!









Tuesday, November 17, 2009

\++ Pulang kembali ++/

Hari ini merupakan hari ketiga Lea merehatkan diri di rumah sempena cuti pertengahan semester.  Sungguh.  Otak Lea yang seringkali saja serabut ketika berada di USM kini sudah kembali terurus.  "Gunakan jari pun boleh."  Itulah ibaratnya otak Lea ketika ini.  Sungguh tenang dan bebas daripada peristiwa-peristiwa yang kurang menyenangkan yang berlaku sepanjang minggu peperiksaan yang lalu.

Biarlah apa yang sudah berlaku itu.  Biarkan saja ia pergi.  Tiada gunanya pun andai Lea mengenangkan semua itu.  Apa yang penting kini adalah masa depan.  Itu yang patut Lea utamakan.  Perkara yang berlalu itu Lea harus jadikan pengajaran untuk persediaan di masa hadapan.

Kini Lea mula memikirkan kembali hala tuju Lea dalam bidang penulisan.  Sebelum ini Lea mendapat teguran daripada AK yang Lea anggap sebagai mentor dan guru Lea dalam bidang penulisan ini.  Katanya Lea kelihatan agak kurang serius dengan penulisan Lea.  Katanya lagi, untuk berjaya dalam bidang ini, budaya kerap memberikan alasan haruslah dikikis.

Maka Lea terfikir bilakah waktu yang terbaik untuk Lea kembali menulis dengan bersungguh-sungguh?  Ternyata, dalam bidang ini Lea ada satu impian iaitu menerbitkan novel Air Mata Hati.  Mungkin ada di antara pembaca blog ini juga menantikan apakah status terkini novel itu.  Adakah ianya bakal terbengkalai begitu sahaja? 

Sejujurnya Lea sendiri juga sedikit ngeri bila memikirkan kemungkinan yang satu itu.  Insyaallah.  Lea akan cuba sedaya upaya Lea untuk meneruskan novel itu.  Lea tidak akan menghampakan para pembaca Lea yang telah lama menantikan kemunculan novel itu.  Doakan Lea supaya dapat menyiapkan novel tersebut ya.

Blog Kalam Coretan juga sudah lama tiada isi baru walaupun dari segi dekorasinya sudah mengalami perubahan.  Insyaallah.  Lea akan cuba untuk pulang kembali ke zaman aktif Lea dalam menulis cerita.  Sungguhpun kualiti cerita hasil tulisan Lea itu tidaklah seberapa.  Hanya sekadar sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai.  Untuk menulis cerita dalam versi bahasa melayu tinggi rasanya Lea belum mampu hingga ke tahap itu.  Malah terlalu jauh untuk Lea capai.

Apapun, Lea mengharapkan agar kepulangan Lea pada kali ini dapat memberikan kesan yang lebih signifikan pada bidang penulisan ini.  Semoga semangat Lea terus kuat untuk meneruskan langkah dalam bidang ini.  Insyaallah.

Tuesday, October 27, 2009

Rumahku Syurgaku

Beberapa hari lepas Lea dapat MMS dari ayah dan adik... Gambar keadaan terkini rumah Lea yang kini sedang dalam proses renovate... huhu... nak tengok rupa baru rumah kami...


Ini rupa rumah kami dari luar...

Warna biru kuning kan? Hehe.. biasalah tu.. Nama pun perumahan Kastam, mestilah menggunakan warna korporat Kastam... keh3~
Rumah Lea berada di aras 1 yang sebelah kanan...



Hehe.. ini pula gambar rumah yang baru sudah dikosongkan dan diletakkan simen baru... Wajah-wajah kepenatan mama, bapak dan Mimi kerana terpaksa memindah keluar barang-barang...
Sorry ya mama, bapak... akak tak dapat tolong... assignment bertimbun-timbun hari tu... huhu.. sadis betul...



tadaaaaa.... inilah dia rupa baru rumah kami...
berwajah baru...
cat baru dan lantai baru...
fuyyoooo!!! cat warna maroon... i like!!
katanya bilik warna biru... hurm... tak sabar nk tgk rupa bilik baru.. huhu~

p/s: suka gambar yg kedua tu.. comel kan? wahhaa~

Saturday, October 24, 2009

Sangat penat dan tidak bermaya :-(

Salam,

Ya Allah! Sungguh aku berasa sungguh penat dan tidak bermaya... Sedangkan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum pukul 5 petang esok...

Ya Allah... bantulah hambamu ini...
Tabahkanlah hatiku...
Berikanlah kepadaku kesihatan tubuh badan untuk meneruskan kerja-kerja yang masih belum selesai ini...
Amin...




Wednesday, October 21, 2009

~+Akhirnya Tercapai Satu Lagi Impian+~

Salam semua... ~0_o~

Hari ini walaupun agak penat dan stress, Lea berasa begitu gembira kerana akhirnya satu lagi impian Lea sejak Lea pertama kali menjejaki USM ini sebagai pelajar master akhirnya tercapai...

Opss... perlu diingatkan di sini impian itu tiada kena mengena dengan sesi akademik Lea. Ini adalah impian sampingan Lea di sini... Hehe.... Apakah dia? Mari kita lihat...


~Korang boleh teka tak ini apa?~

Tak dapat nak teka ya... Tak mengapa, mari kita lihat bagaimana rupanya bila ia sudah siap untuk di makan~

~Cak!! Yeah... Inilah dia Passembor Karim, Penang~

Hehe... Mengikut senarai semak Lea, Passembor ini merupakan makanan kedua yang telah berjaya Lea penuhi sejak hampir setahun setengah Lea berada di USM ini...
Makanan pertama Lea adalah Bihun Sup Sri Buana, Taman Tun Sardon... Ngeh3~
Bihun sup tu memang sudah menjadi rutin Lea untuk bersarapan setiap pagi dan kini Passembor ini pula yang menjadi tambahan (^_^)v

Hari ni Lea berasa seolah-olah Lea benar-benar anak jati Penang... keh3~ selama ini Lea buta jalan... adoi... nak pergi ke mana pun takut dan tak tahu jalan... tapi kini tidak lagi...
walaupun tadi Lea agak kurang pasti mengenai jalan manakah yang harus di pilih untuk mencari passembor yang sangat sedap ini...
tetapi dengan berbantukan tips daripada mama (cari bank Standard Charted) dan juga gerak hati serta keinginan yang sangat berkobar-kobar... akhirnya Lea berjaya tiba juga di sini... hehe...

~Lihatlah muka yang penuh ceria ini~

Dengan keadaan trafik yang agak sesak pada waktu itu, Lea tetap meminta bantuan kawan~ su untuk mengambil gambar ini sebagai bukti serta kenang-kenangan bahawa inilah kali pertama Lea berjaya tiba di sini sendiri~ yeah!

Lepas ini Lea yakin Lea akan kembali lagi... keh3~

Checklist yang belum sempat dipenuhi:

# Roti benggali (ayyo.. dekat pun lom dapat ka?)
# Kuew Teow Sani, Tokong Ular (hehe... ni malam.. so macam susah sikit nk lepas)
# Mee Goreng Sotong Hamid (eh.. cop2... ni dh pernah pergi hari tu dengan kak Dida... so passembor ni kira kejayaan yang ketigalah.. yeay!)

apa lagi eh? ada lagi ka?

oh ya... satu lagi...

# Cendol pulut & mee goreng sotong Seagate ~ ni pun termasuk ka? wahaha... layan sajalah labu... janji makanan.. keh3~

Opss... Lupa pulak nak bagi tahu... Sebenarnya Lea hanya tahu jalan pergi... Jalan balik Lea tak reti.. wakaka~ mana tidaknya... semuanya jalan sehala... pergi jalan lain balik jalan lain... adoi2~ jadi Lea pun main redah sajalah... nasib ada pengalaman duduk di Melaka dulu...
bab redah meredah ni memang dah biasa... huhu...
namun akhirnya Lea berjaya juga cari jalan pulang... sampai je di USM Lea terus cerita kat mama... tau apa mama cakap?
"dogol punya budak... kenapa tak pergi ke Komtar... senang je dari sana"
wahaha...
"macam mana nak pergi komtar ma... takut sampai komtar lagi sesat jadinya.. ngeh3~"

inilah saja cerita Lea untuk hari ini... hehe....


p/s: entri yg sangat sodap =) weee...
bapak... don't terliur2 ya... keh3~



catatan oleh;

Sunday, October 18, 2009

++Durian oh Durian++

Kerja gila!!! Inilah yang boleh Lea katakan apabila pagi ini sarapan pagi Lea dan adik disusuli oleh sebiji buah durian... Huhu... Raja Buah yang sangat enak...
Buah durian ini berharga RM3 ringgit sebiji... Yeah!

Sebenarnya rasa pelik juga bila melihat ada uncle jual buah durian di simpang Pasar Taman Tun Sardon... Dane entah mengapa hati berasa begitu teruja untuk menikmati si raja buah itu... sampai mata asyik melirik-lirik ke arah raga yang berisi si raja buah itu sepanjang Lea sedang menikmati Bihun Sup Sri Buana...

Agaknya bimbang buah duri itu habis di'sebat' orang... keh3~
Gila betul....



~Inilah si raja buah yang menjadi santapan sarapan pagi Lea~


Hati Lea begitu gumbira setela menikmati sebiji buah duri ini bersama adik... Tetapi oleh sebab adik Lea (Mimi) tidak berapa suka makan durian... Maka hampir sebiji jugalah Lea bedal sorang durian ni... Hehe... inilah wajah ceria ketika menikmati buah duri itu tadi... huhu...



~ Tak menyempat-nyempat nak makan sampai tudung pun tak buka... Kopek kulit durian dulu~

p/s: Alhamdulillah... ada lagi nnt tak mustahil Lea beli lagi.. hehe....

Saturday, October 17, 2009

~Sudah Jatuh Ditimpa Nangka~

Hola...

Hujung minggu ni boleh diibaratkan bagai sudah jatuh ditimpa nangka! Erk, kenapa perlu nangka dan bukannya tangga? Keh3~
Sebabnya adalah... walaupun minggu ni boleh dikira sebagai malang namun ia tetap menyelitkan kebahagiaan... Indahkan bila dapat menikmati bahagia dalam ketegangan jiwa? =)

Episod malang pada hujung minggu ini bermula dengan berlakunya kemalangan kecil di tempat letak motor blok M06 - Restu...
Bontot motorsikal Lea secara tidak sengaja terlanggar sebuah motorsikal lain yang diletakkan secara rapat ke laluan keluar motorsikal dan telah menyebabkannya terbalik menimpa satu motorsikal lain yang berada bersebelahan dengannya...
Akibatnya, motorsikal terbabit telah mengalami kerosakan kecil pada bahagian sisi kiri cover motorsikal tersebut...
Oleh sebab ketika kejadian pemilik motorsikal terbabit tidak ada di situ, lalu Lea telah meninggalkan nota kepadanya supaya mencari Lea di bilik untuk menuntut ganti rugi...
Sejurus kemudian Lea terus singgah ke kedai membaiki motorsikal yang terdekat iaitu berhadapan dengan pintu pagar utama USM, Sungai Dua...
Uncle tu cakap kos membaiki kerosakan adalah sekitar RM 5o...
Kemudian Lea pergi ke Restoran Nasi Kandar Pelita untuk membungkus makanan tengah hari...

Sebaik sahaja tiba di bilik, Lea masih menantikan kehadiran pemilik motorsikal tadi namun dia tetap belum singgah...

Petang itu Lea menantikan panggilan daripada adik yang kini sedang belajar di KMPP...
Mengikut perancangannya dia akan berhujung minggu di bilik Lea di USM... Namun sehingga pukul 2 petang Lea masih belum mendapat panggilan daripadanya...
Tidak lama kemudian, Lea menerima pesanan ringkas yang mengatakan adik sudah berada di dalam bas daripada KMPP untuk menuju ke Kepala Batas... Di sana dia akan mendapatkan bas berhenti-henti untuk ke Butterworth pula...

Sebaik sahaja mendapat pesanan ringkas tersebut... Lea turut bersiap untuk pergi menjemput adik di Jeti Butterworth (adik mengada-ngada sikit... dia cakap tak berani nak naik feri sorang-sorang...huhu~)

Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama Lea pergi menjemput adik di Jeti dengan menaiki motorsikal... Sebelum ini sekiranya Lea perlu menjemput adik di Jeti, Lea akan menggunakan perkhidmatan bas... Namun, oleh sebab menggunakan kemudahan pengangkutan awam ini memakan masa yang agak lama... Lea telah membuat keputusan untuk pergi dengan menaiki motorsikal sahaja....
Setiap aktiviti kali pertama memang akan menimbulkan rasa gementar...
Begitu juga dengan Lea... Agak gementar... Lea bimbang sekiranya Lea tersalah pilih jalan, Lea mungkin akan terlajak hingga ke Jambatan Pulau Pinang... Itulah yang paling merisaukan Lea...
Akibat terlalu risau, Lea terlepas simpang masuk untuk menuju ke Jelutong Expressway...
Akibat daripada kesalahan itu, Lea terpaksa membuat satu pusingan ke USM kembali... Lea masuk ke Taman Tun Sardon, Bukit Gambier dan seterusnya masuk kembali ke USM untuk keluar di Pintu Utama Sungai Dua....
Alhamdulillah... Perjalanan Lea kali ini agak lancar... Walaupun masih lagi gementar... Apapun Lea bersyukur kerana sampai juga Lea ke jeti pada hari itu dalam tempoh 45 minit...
Kiranya malang kedua Lea pada tersebut adalah sesat... huhu~

Kemudian... Lea pergi ke seberang dengan menaiki feri sebagai pejalan kaki...
Sebaik sahaja Lea tiba di Jeti Butterworth, adik sudahpun menunggu Lea di sana... Dan sekali lagi Lea dengan bertemankan adik pada kali ini menaiki feri untuk kembali ke mainland...


~Wajah gumbira semasa berada di atas feri~

Syukur ke hadrat Ilahi apabila perjalanan pulang kami dipermudahkan dan kami tidak sesat lagi untuk petang itu... Alhamdulillah~

Setelah kepenatan, kami berdua tiba di bilik lebih kurang jam 4.30 petang...
Sedang Lea bersedia untuk membersihkan diri dan bersolat... Bilik Lea didatangi oleh seseorang yang Lea tidak kenali... Insan tersebut bertanyakan Syazwani...
Yeah! That's me...
Secara tidak langsung Lea tahu bahawa insan tersebutlah merupakan pemilik motorsikal tadi... Perbincangan kami berlaku dengan keadaan yang agak baik... Namun, Lea dapat rasakan yang insan tersebut cuba mengambil kesempatan atas kesudian Lea untuk membayar ganti rugi... Dia cuba membesar-besarkan keadaan...
Tetapi Lea bertegas untuk membayar kerosakan pada tahap yang Lea rasakan munasabah... Lagi pun motorsikal itu hanya terbalik... dan bukannya dirempuh!!
Sungguh tidak reti bersyukur...
Untuk menamatkan perbualan, Lea telah membayar sebanyak RM50 kepada insan tersebut... Lea berharap agar masalah ini tidak dipanjangkan lagi... =(
Hari yang malang ini diteruskan lagi....
Agenda Lea dan adik pada malam itu adalah untuk menonton cerita PAPADOM di GSC Queensbay... Kami membeli tiket jam 9.40 malam...

Kami bertolak ke Queensbay malam itu jam 8.00 malam setelah selesai solat maghrib... Cadangnya kami ingin makan malam di PizzaHut... Dan, sekali lagi hari kami menjadi malang apabila... semua doh pizza saiz regular dan personal habis... yang tinggal hanyalah doh large dan harganya agak mahal... melebihi peruntukan yang telah kami tetapkan =(
Sekali lagi kami kechiwa...
Oleh itu kami hanya memesan Spaghetti Meatball Belognese berserta sup cendawan dan garlic bread... sedih2.. sob3~

Kami selesai makan jam 9.30 malam... ada sepuluh minit lagi sebelum tayangan bermula... kami terus menuju ke GSC untuk menonton...
Suasana di GSC hall 2 pada malam itu agak penuh...
Ada pasangan kekasih...
Pelajar-pelajar sekolah...
Ibubapa bersama anak-anak...
Sukar untuk mencari ruang kosong pada malam itu...
Sementara menantikan tayangan bermula... masing-masing berborak sesama sendiri...
Begitu juga Lea dan adik... kami ceria bergelak tawa dan bergembira...
Sehinggalah apabila ketenangan hall 2 itu diganggun oleh bunyi suara walkie talkie yang agak kuat... semua pengunjung turut berpaling...
rupa-rupanya kami dimaklumkan bahawa projector untuk movie PAPADOM rosak... dan kami diminta untuk redeem tiket masing-masing di kaunter luar...

argh!! malang sungguh!!!
di bawah ini merupakan wajah-wajah kechiwa kami... huhu~

~wajah aku yang kechiwa :-( ~


~Mimi turut tumpang kechiwa... keh3~

Namun, sungguhpun begitu... hari kami tetap berlalu dengan penuh ceria... bak kata pepatah.. sudah jatuh ditimpa nangka... biarpun agak perit menahan kesan ditimpa... tetapi nangka tersebut tetap boleh dimakan... ngeh3~

p/s: entri kali ini agak panjang dan mungkin agak membosankan.... tp xkisahlah.. janji Lea nk update sesuatu di sini... =)

daaaa....

Thursday, October 15, 2009

Mendung Berarak Pergi


Alhamdulillah... Mendung hidupku kini telahpun berarak pergi. Lea kini sudah mampu kembali tersenyum dan tertawa lagi. Aku bersyukur wahai Ya Allah kerana secepat ini Kau perkenankan doaku. Aku bersyukur!

Sempena awan cerah yang kembali menyelubungi hidup Lea kini, Lea nak berkongsi satu cerita dengan kengkawan semua. Cerita mengenai 'habit' atau tabiat Lea setiap kali berada dalam tekanan. Lea merupakan seorang insan yang sangat mudah menangis setiap kali berada dalam tekanan perasaan. Dan, selalunya tekanan ini hadir dari tugasan kuliah mahupun dari sesi pembelajaran. Jarang-jarang sangat tekanan ini berpunca daripada tugasan luar daripada seroang pelajar. Aneh juga tu.

Namun bukan itu yang Lea ingin ceritakan. Yang cuba Lea ceritakan adalah mengenai keunikan 'kunci' pemusnah stress yang Allah berikan kepada Lea. Setiap kali dalam tekanan, seperti yang Lea ceritakan tadi sudah semestinya Lea akan menangis. Lea akan menangis, menangis dan terus menangis sehingga Lea rasa air mata itu bukan lagi penawar untuk rasa tekanan yang dihadapi. Dalam masa yang sama Lea juga seperti insan-insan yang lain akan cuba berdoa dan meminta bersungguh-sungguh untuk dipulihkan kembali semangat yang hilang.

Dan, hasilnya Allah lorongkan satu jalan yang mudah untuk Lea selesaikan 'hati yang retak' itu. Caranya mudah sahaja iaitu dengan cara makan. Keh3~

Pernah dulu sewaktu Lea berada di tahun 2, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UTM Skudai. Lea berasa sangat tertekan hingga berasa tidak segan silu untuk menangis di hadapan soerang teman akrab yang bernama Dzul. Pada petang itu Lea menangis, menangis dan terus menangis. Sehinggalah azan Asar berkumandang. Masing-masing kami bergerak menuju ke surau fakulti untuk menunaikan tanggung jawab kami sebagai Muslim. Lea ingat lagi pada hari itu, Lea solat sambil menangis. Dan sebaik sahaja Lea memberikan salam, tekak Lea bagai dapat merasakan ada aroma Nasi Kandar. Secara automatik hati Lea juga berasa begitu teruja untuk mendapatkan Nasi Kandar itu. Malangnya di mana nak cari Nasi Kandar di Skudai?

Lea tidak peduli itu semua. Yang Lea tahu Lea mesti kena dapatkan Nasi Kandar itu untuk melepaskan tekanan dalam jiwa. Maka petang itu juga kami bertiga (Dzul bersama aweknya yang kini sudah bergelah ex) pergi ke JB untuk mencari kedai Nasi Kandar. Walaupun Nasi Kandar di JB tersangatlah jauh berbeza dengan Nasi Kandar di Pulau Pinang ini namun itu sudah mencukupi untuk Lea. Itulah 'kunci' Lea pada hari itu. Nasi Kandar!!

Masih Lea ingat bagaimana mama mentertawakan Lea dulu semata-mata kerana Lea katakan 'kunci' pemusnah stress Lea adalah makan makanan yang muncul secara tiba-tiba dalam benak fikiran Lea. Keh3~ (bukan sebarang-sebarang makanan) Tapi Lea tidak peduli itu semua.

Dan hari ini sejarah Nasi Kandar-JB itu berulang lagi. Seharian hari ini Lea masih lagi berada dalam tekanan sehinggalah Lea tiba-tiba mendapat ilham 'kunci' Lea pada petang tadi iaitu:



Ya... Inilah dia 'kunci' terpilih pada hari ini. Sundea Strawberry McD...

Huhu... Akhirnya kini Lea kembali ceria dan sangat bersemangat sehinggakan kelas Dr. Jeya yang sebelum ini dirasakan bagai terlalu membebankan seperti tiada apa-apa. Sedar-sedar saja jam sudah menunjukkan 9.35 malam. Wah! Beberapa jam telah berlalu dan Lea tidak menyedarinya. Hebat!

Aku bersyukur Ya Allah atas rahmat-Mu ini... Alhamdulillah!



Wednesday, October 14, 2009

Mendung Hidupku


Salam buat semua, rasanya sudah terlalu lama Lea meninggalkan aktiviti berblog di sini. Hurm... entahlah! Semester ini dirasakan bagai begitu mencabar. Sehinggakan ada ketikanya Lea bagai merasa begitu terbeban dan mahu meninggalkan semua ini sekerat jalan. Lea sedar ini adalah kata-kata insan yang lemah semangat dan bagai putus harapan. Namun Lea juga insan biasa. Insan yang lemah. Insan yang hanya mampu berdoa dan menyangkutkan harapan supaya awan mendung ini terus berlalu. Lea berharap agar semangat yang semakin menipis ini akan kembali pulih seperti sedia kala.

Kisah pembentangan semalam benar-benar memberikan impak yang besar pada semangat Lea dan cukup untuk membuatkan Lea berasa seperti putus asa. Bukan Lea cuba meletakkan kelemahan kumpulan kami kepada orang lain namun penilaian pensyarah malam semalam benar-benar tidak adil bagi kami. Sikap pensyarah yang seperti berat sebelah (hanya suka kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang petah bercakap kosong serta mereka-mereka yang mempunyai pengalaman 'hebat' dalam industri) benar-benar membuatkan Lea dan rakan-rakan lain menjadi sangat kecewa.

Jika dibandingkan antara kumpulan-kumpulan yang membuat pembentangan, ternyata kumpulan kami agak terkebelakang kerana majoriti daripada kami tidak mempunya sebarang pengetahuan asas mengenai industri (terutamanya industri pembuatan). Kumpulan kami hanya terdiri daripada seorang tutor, dua orang 'fresh graduates', seorang yang berkerja dalam bidang jahitan dan seorang lagi berkerja dalam bidang R&D.

Malah yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah sikap seorang 'hamba Allah' ini yang seperti enggan memberikan kerjasama. Sudahlah tidak mahu memberikan kerjasama, setiap hasil kerja ahli kumpulan yang lain diperlekehkannya. Bila dalam sesi soal jawab, dia bagai mengelak diri. Langsung tidak membantu ahli kumpulan yang lain sedangkan kajian kes yang dibuat itu adalah tempat syarikat si 'hamba Allah' ini berkerja. Akibatnya, kami terpaksa memberikan jawapan 'palsu' di dalam kelas.

Subjek-subjek pada semester ini sangat-sangat mendukacitakan. Lea benci semester ini. Walaupun hanya tinggal satu sem sahaja lagi untuk menghadiri kelas, Lea bagai sudah tidak larat lagi. Lea sedar Lea harus cepat pulih dari rasa yang menjatuhkan diri sendiri ini tetapi Lea juga perlukan masa. Masa yang Lea tahu ianya semakin suntuk. Lea ingin menangis tetapi air mata ini bagai tidak mahu mengalir. Bencinya bila diri rasa begini.

Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu, berilah hamba-Mu ini kekuatan untuk terus bangkit dari kejatuhan ini,
Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu, Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini,
Ya Allah,
Aku merayu kepada-Mu, Kau kuatkanlah hatiku dan permudahkanlah ia untuk memahami setiap ilmu yang aku pelajari,
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Hanya kepada-Mu tempat aku mengadu dan tempat aku merayu,
Hanya kepada-Mu tempat aku berserah,
Aku mohon kepadamu supaya Kau perkenankanlah doaku ini,
Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Dan sesungguhnya jua Engkaulah yang Maha Pemberi Kurnia.

Amin... Amin... Amin.. Ya Rabbal 'alamin....

p/s: sila abaikan susunan ayat yang berterabut akibat kecelaruan hati yang melanda diri...



Wednesday, September 30, 2009

Garis mula~ MENANGIS SEBELUM TERTAWA

Hurm.. nmpknya musim bz telah pun benar-benar kembali... sebelum ni bz cikit2 jew tp yang ni pure punya bz... kat bwh ni bukti kenapa aku bakal biul tak lama lagi~

2 okt - Kuiz HRM [1900 - 1920]

3 okt - group discussion [finalize MM group assignment] ~ 1500

9 okt - presentation conceptual paper RM

10 okt - presentation conceptual paper RM

13 okt - submission group work CF

16 okt - submission proposal RM ~ GSB Office before 1700

18 okt - Bengkel penulisan cerpen [KL]

20 okt - submission individual assignment CF

MERDEKAAAA!!!!

tp jap jew... kos pas tu dh study week.... sampai 5 nov

6 nov - Final Exam Advanced Business Statistics [2000 - 2300]

11 nov - Final Exam Marketing Management [2000 - 2300]

13 nov - Final Exam Corporate Finance [2000 - 2300]

MERDEKAAAA!!!! MERDEKAAAA!!!!

ready to poya-poya until 28 dis 2009

START NEW SEMESTER ~ MY FINAL SEMESTER.. YUHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!




Thursday, July 30, 2009

Ya Allah... Aku bersyukur!!

Assalamualaikum semua,

sebentar tadi Lea baru sahaja mendapat email daripada seorang teman daripada ReSPeK group. Sesungguhnya perkongsiannya kali ini adalah mengenai amalan warga Asli Amazon yang menanam anak-anak mereka hidup-hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan Lea tatkala menonto video itu. Itupun hanya separuh. Tidak sanggup untuk Lea terus melihat penyeksaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak kecil itu. Puncannya Lea sendiri tidak mengerti mengapa mereka diperlakukan sebegitu.

Lea dapat melihat dengan jelas, seorang lelaki dewasa sedang mencangkul tanah dengan kedalaman hampir mencecah pinggang. Kemudiannya, setelah berpuas hati dengan kedalaman lubang itu lalu dia pergi mengambil seorang kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan jantinanya (mungkin lelaki). Umur kanak-kanak itu dalam lingkungan 7 tahun. Sedih dirasakan sebaik sahaja melihat lelaki dewasa itu menimbus tanah ke atas tubuh kanak-kanak itu sehingga menutupi paras kepala. Dapat dilihat keadaan tanah yang bergerak-gerak. Mungkin kanak-kanak itu cuba untuk melepaskan diri. Malangnya lelaki dewasa itu memijak-mijak permukaan tanah itu di mana tempat ia bergerak. Tidak dapat Lea bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Memburukkan keadaan, dalam keadaan lubang yang separuh tertimbus lelaki dewasa tersebut mengambil pula seorang lagi kanak-kanak yang lebih kecil berbanding yang pertama tadi, mungkin dalam lingkungan 4 - 5 tahun umurnya untuk ditanam bersama-sama. Sampai situ sahaja yang mampu Lea tonton. Sesungguhnya sehingga sekarang, kisah yang Lea tonton tadi masih lagi terbayang-banyang di ruang ingatan. Moga ia tidak membawa mimpi ngeri dalam tidur Lea malam ini. Nauzubillah!

Demi melihat video tadi, hati Lea melaungkan beribu-ribu kesyukuran kerana Lea dilahirkan sebagai seorang Muslim dalam sebuah negara yang berdaulat dan makmur yang bergelar Malaysia ini. Juga setinggi-tinggi rasa syukur Lea lafazkan tatkala menyedari Lea seorang anak yang bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh Lea klasifikasikan sebagai cukup bahagia. Lea punya mama bapak yang sangat mengambil berat serta sayang pada anak-anaknya, Lea punya adik-beradik yang akrab sesama sendiri dan kami sekeluarga cukup mesra. Ya Allah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan buat aku hambamu ini.

Ya Allah, dengan ini aku bermohon kepada-Mu supaya keharmonian keluarga serta negara yang sangat-sangat aku cintai ini akan terus terpelihara. Aku juga berdoa supaya tiada lagi insan-insan terutamanya kanak-kanak yang akan mengalami derita yang sebegitu.

Ya Allah, Kau hindarilah sifat jahil itu dalam diri hamba-hamba-Mu itu. Dan, rahmatilah kami semua. Terutamanya mereka-mereka yang bergelar insan teraniaya. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Kurnia.

Amin... Ya Allah, Kau perkenankanlah doaku ini.

Terdetik dalam hati Lea bagaimanakah perasaan insan yang memegang kamera dan merakamkan kejadian tadi. Tiadakah sedikit pun terselit dalam hatinya akan rasa belas pada kanak-kanak itu?

Sungguh Lea bersyukur atas segala nikmat yang Lea terima. Lea diberikan kasih sayang, diberikan pendidikan serta ajaran agama yang lengkap. Lea juga diberikan kebebasan untuk bersuara, untuk membuat keputusan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, diberikan hak untuk menentukan masa depan sendiri. Terlalu berbeza apa yang Lea nikmati ini jika hendak dibandingkan dengan nasib kanak-kanak tadi. Masya-Allah!


Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini dengan penuh belas ihsan daripada-Nya. Syukur atas segalanya...

Terima kasih Allah...
Allahu Akhbar!




Hampir Ke Situ

Sebuah lagu yang mempunyai lirik yang cukup bermakna. Sangat berguna tatkala diri terasa bagai keseorangan dan kegagalan itu ibarat sudah berada di hadapan. Lagu ini seolah-olah menyatakan harapan yang sedang menanti sebaik sahaja hati ini terus meyakinkan diri untuk berani melangkah lagi.




Mendua - Hampir Ke Situ

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh



Sunday, July 26, 2009

Serabut... Serabut...

Argh!! Musim serabut nampaknya telah kembali lagi. Aku kini baru berada di minggu ke-4 dalam semester 2009/2010-1 tetapi rasa serabut bagaikan sudah terpintal di benakku ini. Sukar sungguh untuk diuraikan. Kerja makin menimbun tapi untuk menyiapkannya amatlah sukar. Setiap minggu ada tugasan baru namun tugasan minggu-minggu yang lalu belum tentu aku dapat siapkan. Jadi, bagaimana nih?

Subjek Corporate Finance menjadi tunjang kepada rasa serabut yang sedang aku alami ini. Di dalam kelas, aku tidak dapat faham apa yang sedang dipelajari. Semuanya dirasakan bagai alien dan masalah juga turut hadir daripada Financial Calculator aku. Entah kenapa susah betul untuk mendapatkan jawapan yang betul sedangkan semua maklumat yang diperlukan telah pun aku masukkan. Argh!! Bosan gini.. Dah la mahal kalkulator tu.. tp hampeh tol! Wat sakit hati je...

Masalah kedua aku adalah dengan subjek Research Methodology. Untuk subjek ini tiada peperiksaan tetapi aku kena submit proposal untuk Management Project yang bakal aku ambil sem depan. Payah betul aku nak dapatkan topik. Sedangkan aku perlu menghantar topik dan abstrak pada 31/7 ni. Dah tak lama lagi. Aduh! Macam mana ni? Tajuk apa yang aku nak wat ni? Macam-macam tajuk muncul dalam kepala otak ni tapi satu pun rasa macam tak sesuai.

Kemudian kelas Marketing Management plak menyumbangkan masalah. Expectation lecturer yang terlalu tinggi telah memberikan tekanan. Pembentangan untuk after mid sem ni pun aku tak tau la nak gunakan company apa. Payah betul kalau semua lecturer assume yang student dia dah keje n mudah-mudah untuk mendapatkan maklumat dalaman sesebuah organisasi. His! Setiap kali kena wat tugasan yang macam ni, mesti wat aku rasa stress!!

Lastly subjek Advanced Statistics. Sebenarnya subjek ni tak adalah terlalu menyerabutkan kepala. Tetapi, subjek ni punya assignment banyak gila. Dan, aku plak selalu gagal untuk menyiapkan tugasan ni sebab aku dah cukup serabut dengan masalah-masalah tiga subjek yang lain. Isk3... Macam mana ni? Mujurlah subjek ni punya tugasan perlu dihantar pada hujung semester. Jadinya ok lagi la...

Dalam banyak-banyak sem, aku rasakan sem nilah yang paling mencabar. Memang gila rasanya. Klu ikut pada perkiraan tempoh masa aku kat sini, tolak sem ini aku ada lagi satu sem panjang dan satu sem pendek untuk selesaikan MBA ni. Tapi makin mendekati hujung tempoh perjuangan ini, rasa bagai terketar-ketar pula untuk melangkah hatta untuk satu tapak cuma. Sungguh. Berat dan benar-benar menguji tahap kesabaran.

Kadangkala timbul juga rasa putus asa. Namun, mengenangkan harapan serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mama dan bapak serta adik-adik tersayang, maka aku gagahkan jua untuk terus melangkah. Entah sampai bila aku boleh bertahan sem ni.. Hehe... Kalau tak mampu dah nanti rasanya macam biasa la kot... n****s. huhu...

Entahlah... Yang pastinya aku benar-benar serabut. PTPTN pun sama jugak wat hal. Dah hampir satu bulan semester telah bermula tetapi duit belum masuk lagi. Aku sangat-sangat perlukan duit tu sebab nak beli laptop untuk kegunaan bagi subjek stat dan rm... tapi PTPTN ni terhegeh-hegeh plak nak masukkan duit. Hish! Lagi la aku serabut. Benci tol gini...

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...
Permudahkanlah urusanku ini...
Sesungguhnya hanya Kau yang berkuasa ke atas segalanya...
Perkenankanlah doaku ini...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Semoga kakiku ini masih teguh untuk terus melangkah dan bangkit semula seandainya aku tersadung lalu tersungkur.


Friday, July 17, 2009

LeaQistina kini...

Assalamualaikum semua. Rasanya sudah sekian lama Lea menyepi. Baik di ruangan mana-mana blog pun. Entahlah, Lea sendiri kurang pasti dengan punca berlakunya keadaan ini. Mungkin kerana Lea agak sibuk kebelakangan ini dengan urusan persediaan sem baru. Maklum sajalah dengan kelas-kelas pengenalan setiap subjek yang diambil pasti akan memberikan kesan tertentu. Juga wujudnya kerisauan untuk memilih tajuk cadangan bagi tesis yang bakal dimulakan pada awal semester depan. Nampaknya jadual kehidupan peribadi Lea kini menjadi semakin padat. Lumrah bagi seorang insan yang bergelar pelajar. Semakin mendekati penghujung episod pengajian, semakin sibuk suasananya.

Sehubungan dengan itu, mood Lea untuk menulis juga agak terjejas. Kadangkala ada idea yang muncul tetapi Lea tak mampu menyiapkannya. Adakalanya Lea sudah separuh menulis cerita tersebut, tetapi akhirnya ianya tidak mampu diselsesaikan. Entah mengapa, Lea sendiri kurang pasti.

Oleh itu, Lea ingin memohon maaf kepada para pengikut blog Kalam Coretan yang sentiasa menantikan karya-karya baru daripada Lea. Jutaan terima kasih Lea ucapkan buat semua yang sentiasa menyokong Lea.

Status Novel Air Mata Hati

Oh ya! Di sini Lea ingin memaklumkan kepada semua mengenai status terbaru Novel Air Mata Hati. Dengan dukacitanya Lea ingin memaklumkan kepada semua bahawa penerbitan novel Air Mata Hati terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (masalah di pihak penerbit). Namun, Lea ingin menyatakan di sini bahawa novel itu dengan sedaya upaya Lea akan cuba terbitkannya juga memandangkan menerbitkannya merupakan impian Lea selama ini.

Sekarang ini secara perlahan-lahan Lea cuba untuk menambah baik novel tersebut. Moga tibanya saat kelahiran novel tersebut nanti di pasaran, anda semua pasti takkan merungut dan sangat berpuas hati memilikinya. Itulah azam Lea. Biarlah apapun yang menjadi halangannya, insyaallah dengan izin Allah Lea tetap akan cuba memenuhinya. Amin.

p/s: harapnya kengkawan semua tidak akan berputus asa menantikan kehadiran Air Mata Hati ye!

Rasanya cukuplah dulu buat masa ini. Semoga kita bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Semoga kengkawan semua akan terus menyokong Lea. Dan, kesudian anda semua Lea ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih. Xie Xie.

(^_^)V


Ikhlas;

Monday, July 6, 2009

Cinta Antara Benua

Hai semua... hehe... pagi ni Lea ada mendapat satu email daripada group ReSPeK... Ada seorang teman yang telah menghantar lirik lagu Cinta Antara Benua. Tiba-tiba je rasa teringat kembali zaman kanak-kanak dahulu. Drama-drama melayu seperti Cinta Antara Benua inilah yang menjadi kegilaan. Mungkin ada rakan-rakan yang lain juga yang turut mengikuti drama ini. Jadi, untuk entri kali ini Lea nak kongsikan lirik lagu Cinta Antara Benua yang baru Lea terima :-)


Jom kita nyanyikan bersama (^_^)v

Cinta Antara Benua - Arni Nazira

Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai

Aku jua sepertimu kasih
Merindumu sepanjang hayatku
Sabarlah menanti hadirku

Walau berjauhan... Walau kesunyian
Kutetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkinkan terlerai selamanya

Tiada kata harus kulafazkan
Asyiknya debar cintaku padamu
Riak asmara yang mengusap hati
Ternyata hebatnya cinta...




Tuesday, June 9, 2009

Pentauliahan Diraja PALAPES Kali Ke-28

Salam buat semua,

setelah sekian lama Lea menyepikan diri kerana kesibukan bertugas, hari ini Lea berkesempatan untuk berkongsi satu sesuatu dengan kengkawan semua.

Pada 20hb Jun 2009, nanti satu lagi detik yang bakal melakar sejarah dalam hidup 1188 anggota Kadet Palapes Darat, Laut dan Udara kerana mereka semua bakal ditauliahkan oleh Tunku Mahkota Johor sebagai Leftenan Muda. Inilah detik dan ketikanya di mana titik peluh serta susah payah selama tiga tahun bergelumang dengan pelbagai jenis cabaran dan halangan di samping memikul amanah sebagai mahasiswa mahasiswi harapan negara berbalas.

Di saat nama diumumkan sebagai Leftenan Muda dan tangan Tunku Mahkota Johor menghulurkan skrol ketika upacara pentauliahan Diraja, rasa bangga yang tidak terucap bakal terlakar di wajah masing-masing. Malah, bukan sahaja pada wajah-wajah 'kelam' kadet akibat berjemur di Padang Kawad selama dua minggu tetapi juga pada wajah ibu ayah yang hadir pada hari tersebut. Nikmat serta kepuasan yang tidak ternilai harganya dapat dirasai dengan penuh bangga.

Pada tahun ini, Padang Kawad UTM bakal disemarakkan dengan Upacara Istiadat Kawad Pentauliahan dan laungan nama-nama kadet yang ditauliahkan pula bakal bergema di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM.

Sempena upacara Diraja ini, sebanyak 12 buah IPTA telah mengambil bahagian. Antaranya adalah UTM (tuan rumah keseluruhan), UTHM (tuan rumah dewan watikah), USM (tuan rumah padang kawad), UPSI (tuan rumah upacara penutup larian sukan), UKM, UPM, UniMAP, UUM, UM, UiTM, UMS dan UniMAS.

Berikut pula merupakan keputusan keseluruhan pertandingan sukan sempena pentauliahan kali ini:

Juara Keseluruhan - UTM
Johan Pertandingan Merentas Halangan - UTM
Johan Pertandingan Kawad Kaki dan Senjata - UTM
Johan Keseluruhan Merentas Desa - UTM
Johan Pertandingan Bola Jaring - UPSI
Johan Pertandingan Futsal - (alamak! kurang pasti tapi kalau tak salah UKM)

Setinggi-tingggi tahniah diucapkan buat Pasukan PALAPES UTM atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Juga buat semua pegawai-pegawai kadet yang bakal ditauliahkan tidak lama lagi. Semoga terus menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan negara yang berkualiti serta mempunyai sikap serta jati diri cintakan negara yang tinggi.

Menjunjung Kasih Tunku!!

Sekian sahaja laporan daripada Pegawai Saketariat UTM. Skudai, Johor.
Untuk Berita Gemersik Hati Berbisik.

Wednesday, May 27, 2009

Sangkar Emas

Selangit salam selaut mesra rinduku
Terpendam di persada hati
Walaupun jasad kita sering berjauhan
Kasih ku harum mewangi
Aku di sini dan engkau masih di sana
Sukarnya untuk bertemu


Chorus:

Aku seumpama...
Terseksa dalam sangkar emas
Hati lemas pandangan terlepas
Tetapi jiwaku tak begitu
Terkurung di dalam sangkar
Penuh kepura-puraan
Yang kini saksikan perpisahan
Di antara engkau dan aku.



Aku di sini dan engkau masih di sana
Sukarnya untuk bertemu...



Aku seumpama...
Terseksa dalam sangkar
Hati lemas pandangan terlemas
Tetapi jiwaku tak begitu
Terkurung di dalam sangkar
Penuh kepura-puraan
Ada insan sayang iri hati
Manyaksikan kita berdua

Nyanyian : Endang S. Taurina
Sumber : http://www.akademifantasia.net/af4/modules/AMS/index.php?storytopic=12

Tuesday, May 26, 2009

Bicara Cinta

Terharu jiwa mengenangkan
Manisnya saat pertemuan
Di situlah kau mulai
Bicaramu kepadaku

Malam yang indah menyaksikan
Dikau dan aku
Mencurahkan rahsia hati
Cinta suci
Betapakah oh mesranya

Kemesraan berbunga di hati
Terjalin rasa cinta suci
Renunganmu dan manja senyumanmu
Bagai menyatakan

Hasratmu yang suci
Dari hati kasih
Tiada kata indah dariku
Kepadamu hanya pandangan
Dari mata membisik rasa

Penyanyi : Jamal Abdillah
Album : Layang-layang


Saturday, May 23, 2009

Otak penipu?

Hola dan salam buat semua, rasanya sudah lama Lea tak update blog ni kan? Pada hari ini Lea nak kongsikan sesuatu dengan kengkawan semua. Perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan komen penyokong kuat Lea iaitu bapak Lea sendiri, Encik Selamat bin Wan.

Wahaha... Bapak merupakan penyokong dan pengkritik tetap Lea selama ini. Selalu memberikan tips dan komen bagi setiap karya yang Lea hasilkan. Dan, bapak jugalah merupakan satu-satunya insan yang akan 'jadikan bahan' setiap kali Lea melakukan kesalahan dalam penulisan.

"Ikat mata dia!"

Itulah ayat yang selalu dia ulang. Hehe... Tu bagi kisah kebelakangan ini. Tak kira lagi kisah sewaktu Lea membuat karangan semasa sekolah menengah dan rendah. Semuanya menjadi 'bahan' bapak untuk mengejek. Wahaha... tapi Lea tak kisah pun. Dah biasa. Malah sangat-sangat menghargainya.

Sebenarnya n3 kali ni bukanlah bertujuan untuk bercerita fasal sikap bapak yang suka sangatla nk ngejek2 Lea tapi fasal komen dia baru-baru ni. Hehe.. Bapak cakap Lea ni kepala otak penipu and Lea should tukar style penulisan sebabnya takut nanti orang baca ending dulu baru baca cerita. Hehe...

Actually ada benarnya kata-kata bapak tu but selalunya cerita-cerita mengarut tu akan datang secara spontan. Tanpa dirancang. So, apa boleh buat pak? Keh... Keh... Keh...

Cumanya, ada satu je yang Lea macam tak puas hati. Lea ni kepala otak penipu ke? Wahhaah... Rasanya macam tak, kan? Rasa macam jujur, tulus dan ikhlas je bila menulis... Hehe..

Apapun, thanx buat mama, bapak, adik-adik tersayang, nin, ain, dan adra yang tak pernah putus menyokong Lea tak kira sama ada apabila berada dalam keadaan suka ataupun duka. Tak lupa juga buat rakan-rakan yang sudi membaca hasil karya Lea. Jutaan terima kasih Lea ucapkan. Lea sangat-sangat menghargainya...

(^_^)v
(now aku suka sungguh muka ni... hehe.. thanx ndia bsuk!)

kalianlah tiang seri dalam perjuanganku ini. Semoga impian menjadi kenyataan. Amin.

Thursday, May 14, 2009

Rindunyer nak menulis

Ah! Rindu nyer rasa nak menulis. Sekarang ni aku tengah cuti sem. Seharusnya aku ada banyak masa untuk menulis. Masalahnya, untuk menulis bukan sahaja perlu masa tetapi juga idea. Kini aku punya banyak masa tetapi aku kurang idea. Lalu bagaimanakah aku hendak menulis?

Adakalanya dalam aku duduk-duduk saja akan terlintas beberapa idea. Namun itu hanyalah idea dipermukaan. Apabila aku cuba untuk terus mendalaminya dan menggarapnya agar menjadi sebuah cerita, ia akan hilang.

Ah! Rindu nyer detik-detik idea datang mencurah pada waktu pagi dan petang. Lalu tangan aku ini tak henti-henti menaip hingga lenguh satu per satu. Jari jemari pula bagai terasa seperti bergerak sendiri apabila aku tidur dan lepak-lepak seorang diri. Hurm.. Rindunya detik rasa itu.

Nape jadi macam ni ek? Bosan tol!!

Award dr Ain lagi.. huhu

Award dari Ain.

Huhu... Thanx ain 4 d'cute award.. as cute as me... whahaa..
Cayang ain...

Nak pass org len leh?
-Adra, Putri Lily, Miss Waniey, Ndia busuk...

Thursday, May 7, 2009

Ulas Novel : Mantera Hitam

Salam buat semua,

Sebenarnya Lea tak la pandai sangat nak mengulas mengenai novel ni. Tapi di sebabkan ianya atas permintaan maka Lea pun dengan rela hati membuat komen terbuka mengenai novel yang bertajuk Mantera Hitam ini. Hasil karya Serunai Faqir.

[Gambar di sebelah Lea culik dr blog SF]

Sebelum tu Lea nak cakap thanx pd Abg Khar yang sudi pos novel ni... hehe... siap dengan tanda tangan but yang tak sedapnya ada notes color kuning dalam tu... keh.. keh.. keh... apa pun, thanx again...

Ni ulasan Lea mengenai novel ni;

Mantera Hitam ibarat rojak buah. Hehe... Rasanya lengkap. Ada manis, masam, pahit, payau. Kiranya macam-macam ada...

Hehe.. citer ni memang menarik dan kadang-kadang agak mengarut seperti tuannya... wahaha... Tambahan pula apabila SF cuba menggambarkan 'realiti' alam jin yang dah seakan-akan manusia. Mereka ada budaya hidup sosial serta hati dan perasaan seperti kita.. hehe..

Apa pun citer ni best but di akhir cerita banyak persoalan yang belum terungkai dan keklihatan terlalu ringkas. Mungkin SF mempunyai sebab yang tersendiri mengapa endingya begitu... Hehe... [Nak wat part 2 ek? Hehe.. blh la bg lg nnt... keh.. keh.. keh..]

Keseluruhan citer ni Lea leh cakap best. Tak sangka lak Lea leh layan citer fantasi gini. Hehe.. Apa pun tahniah buat SF yang berjaya wat Lea terpaku untuk baca citer ni dari awal sampai habis =)

p/s: Lea xstuju gambaran wajah Marcel kat blog Abg Khar. Sbb Lea rasa Abg Khar sendiri yang layak jadi Marcel... Wahahahaha.. jangan marah ye... apa pun.. best!!! Tahniah (^_^)v

Aku di Tagged oleh Ain lagi =)

1. Nama timangan family

@ Mama dengan bapak panggil Wannie tp adik-adik ofkoz la panggil kak wannie...


2. Anda seorang yang...

@ hurm... saya seorang yang... yang.. yang.. argh.. xtau.. tanya la orang yang kenal saya... =D


3. Insan teristimewa dan kenapa dia adalah insan istimewa

@ Mama n bapak yang tersayang [walaupun cikgu bm ada cakap dulu, kalau ada perkataan 'ter' mestilah satu je... hehe.. tp masalahnya... tanpa dua insan di atas takkan ada satu yang sedang menaip ini... huhu... so kena tulis gak dua2] << inilah jawapan kenapa mereka adalah istimewa.

4. Lagu kesukaan

@ entah banyak sgt.. yang pasti lagu-lagu daripda Album Jamal Abdillah... tu mmg feberet dr dulu hingga selamanya... :D


5. Warna kegemaran

@ Merah
@ Hitam
@ Putih


6. Kali terakhir nangis...

@ entah... nnt check kat blog ni.. hehe.. slalunya aku rekod ble laku nangis kat sini.. keh... keh.. keh.. :p

7. Tagged rakan anda:

@ Adra Adlina
@ Nadia Fitri
@ Putri Lily
@ Cik Waniey

Wednesday, May 6, 2009

2009 Cute’s 3logger Award

Huhu...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna atas limpah dan kurnia-Nya rezeki datang melayang dan bergolek... hehe.. terima kasih buat para pengundi dan seterusnya penyokong-penyokong saya selama ini... wahaha...

teeetttttttttt!!!

Tu ayat artis-artis kita bila dapat award... boleh plak Lea pun guna ayat yang sama... keh.. keh.. keh.. bak kata adik Lea.. You are so Po... Yo... wahaha...

erm.. seperti biasa.. award ni akan datang dengan rules nyer yang tersendiri.. so mari kita hayatinya bersama... (^_^)v


Rules for this award:


1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” di atas untuk di letakkan di blog anda

~ Udah pun buk!!

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan anda award ini kepada anda


~ Yang empunya milik award ini adalah Cik Adra Adlina. Link blog beliaw adalah http://adraadlina.blogsptot.com hurm.. rajin2 singgah la.. hehe.. blog beliaw byk gak citer2 yang menariksss...


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya


~ Peminat setia Jamal Abdillah =)

~ Juga suka lagu-lagu zaman sealiran Adam Ahmad, Shidee, Jay Jay, Ibnor Reza dsb :D

~ Orang yang simple

~ Sangat suka makan

~ Suka mengarang cerita terutamanya waktu berada dalam tekanan or kebiulan yang terkawal... Hehe..

~ Seorang yang bercita-cita tinggi

~ Agak sensitip orangnye... huhu... [lembut hatilah katakan... keh.. keh.. keh..]

~ Suka berkawan tapi jarang menunjukkan atau memulakan dulu [Kajian Dr. Fazilah Kamsah yang ckp..]

~ Sangat suka mengkaji/mengambil tahu/membaca mengenai personaliti

~ Suka memerap dalam rumah... huhu..



4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan meyatakan nama mereka di blog anda


~ Ain

~ Nadia Fitri

~ Cik Waniey

~ Putri Lily

~ Ada lagi dua kosong.. so sapa2 yang nak bleh isi ye.... hehe...


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan memberitahu mengenai award ini

~ Ok!!