Showing posts with label Keliru Lagi. Show all posts
Showing posts with label Keliru Lagi. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

Rindunyer nak menulis

Ah! Rindu nyer rasa nak menulis. Sekarang ni aku tengah cuti sem. Seharusnya aku ada banyak masa untuk menulis. Masalahnya, untuk menulis bukan sahaja perlu masa tetapi juga idea. Kini aku punya banyak masa tetapi aku kurang idea. Lalu bagaimanakah aku hendak menulis?

Adakalanya dalam aku duduk-duduk saja akan terlintas beberapa idea. Namun itu hanyalah idea dipermukaan. Apabila aku cuba untuk terus mendalaminya dan menggarapnya agar menjadi sebuah cerita, ia akan hilang.

Ah! Rindu nyer detik-detik idea datang mencurah pada waktu pagi dan petang. Lalu tangan aku ini tak henti-henti menaip hingga lenguh satu per satu. Jari jemari pula bagai terasa seperti bergerak sendiri apabila aku tidur dan lepak-lepak seorang diri. Hurm.. Rindunya detik rasa itu.

Nape jadi macam ni ek? Bosan tol!!

Wednesday, April 8, 2009

Earth Reborn??

Astaghfirullahalazim... Itulah yang mampu aku ucapkan sebaik sahaja aku terjaga dari tidur yang nyenyak pagi tadi. Suatu tidur yang dihiasi dengan suatu mimpi yang agak mencemaskan. Satu istilah yang disebut dalam mimpi aku tadi adalah Earth Reborn.. apa benda tu? Istilah tu benar-benar wujudkah? Entah aku tak tahu...

Menurut dalam mimpi aku tadi, earth reborn merujuk kepada satu fenomena di mana bumi seolah-olah cuba untuk melahirkan bumi yang baru. Saat dimana fenomena ini dijangka berlaku, bumi menjadi retak dan terbelah, air yang sejuk beku mula membanjiri bumi hingga tiada tempat lagi untuk insan melarikan diri. Percikkan api pula cerah menghiasi dada langit yang kelam.

Semua orang panik. Semua orang tidak tahu hendak melakukan apa-apa sebaik sahaja bumi yang retak mulai terbelah. Ya Allah, sungguh... Suasana dalam mimpi aku itu sangat mengharukan, mencemaskan dan kelam kabut. Semua orang cuba melarikan diri ke suatu tempat namun malangnya tidak tahu apakah tempat yang paling selamat memandangkan keseluruhan bumi menjadi retak dan mulai pecah begitu. Masyaallah... Apakah ini semua?

Wujudkah perkataan Earth Reborn yang disebut-sebut dengan jelas dalam mimpi aku tadi? Sungguh aku tak mengerti dan agak takut bila kembali mengingati mimpi tadi. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengerti. Wallahualam...

Aku mmg suka bermimpi tapi bukan mimpi yang sebegini... :(

Friday, February 13, 2009

Siapakah Aku?

Siapakah diriku? Sebahagian kisah hidupku ada tergarap di dada novel dan begitulah juga dilemma serta konflik yang kadang-kadang sering muncul di dalam jiwa. Tentang Dhiya (Syud - Jemari Seni) hampir tepat menggambarkan senario persahabatan aku semasa di Universiti manakala 5 Tahun 5 Bulan (Hlovate - Jamari Seni) pula menggambarkan konflik yang sering meruntun jiwa ini. Adakah penyelesaian serta arahan arus hidup ini akan terjadi sama seperti yang tergarap di dada novel-novel tadi? Atau mampukah aku menjadikannya sebagai suatu panduan dalam menyusun atur kehidupan ini?

Atau haruskah aku meletakkan garapan tinta penulis itu sebagai suatu cermin ajaib yang mampu menggambarkan siapakah diriku ini? Apakah hala tuju hidupku? Apakah cabaran-cabaran yang bakal aku tempuhi memandangkan aku sendiri tiada klu bagi semua soalan-soalan ini.

Malam tadi dengan panjang lebar aku meluahkan kepada rummet mengenai dilemma diri ini. Aku tidak mampu untuk mengklasifikasikan sifat diri ini dengan sebetulnya. Di mata orang aku seorang yang tegas, berani dan begitu berkeyakinan tinggi namun hakikatnya hanya Allah yang tahu betapa tidak yakinnya aku, betapa gerun dan takut untuk aku membuat setiap satu langkah dalam hidup ini. Aku bimbang jatuh, aku bimbang terluka dan aku juga bimbang seandainya aku tidak mampu mengembirakan hati insan-insan tersayang yang ternyata menyandarkan harapan yang tinggi pada diri ini. Bagaimana kalau suatu hari nanti aku gagal untuk menjadi yang terbaik buat mereka? Adakah akan muncul satu hari di mana aku akan mengecewakan hati-hati mereka? Ini semua sering bermain-main di benak dan di jiwa.

Namun, dalam ketidaksedaran aku menghayunkan langkah, aku kini berada di suatu tempat yang tidak pernah aku jangka. Dalam diri galak menyatakan aku takut ini, aku tidak mampu melakukan itu, semua ini adalah nothing dan sia-sia, satu-satu pencapaian yang aku miliki. Satu-satu sejarah indah aku ukir di kanvas perjalanan hidupku? Bagaimana ini semua berlaku? Entah... Aku tiada jawapan bagi soalan itu.

Aku juga sedar, aku sering keseorangan. Langkah yang aku ambil kadang-kadang terlalu panjang dan laju jika hendak dibandingkan dengan mereka yang berada dalam kelompok sekitar hidupku. Semua ini kadang-kadang telah menyebabkan aku tersisih sendiri. Adakah selama ini aku cuba untuk melompat terlalu tinggi dan mendedahkan diri ini pada suatu risiko untuk jatuh dan cedera lebih daripada individu lain? Mengapa aku sering melangkah lebih laju berbanding orang lain? Apa yang sering aku kejar sedangkan 'apa' itu tidak pula aku ketahui...

Aku seolah-olah insan buta yang sangat bernasib baik apabila aku melangkah, aku jarang terjatuh ke dalam gaung, setiap kali aku cuba melompat untuk merentasinya alhamdulillah aku berjaya. Namun ke manakah hala tuju hidup ini? Aku hendak ke mana sebenarnya?

Kadangkala tatkala aku duduk termenung sendirian, satu-satu kesilapan lalu akan muncul kembali dan menyebabkan diri ini berasa malu pada diri sendiri. Di mana boleh aku sorokkan wajah ini andai malu itu datang dari dalam diri? Bagaimana hendak aku pendamkan rasa malu yang wujud di dalam hati? Apakah yang harus aku lakukan tatkala rasa bodoh menjalar kekar di dalam diri? Hendak disesali kesilapan lalu sudah tidak berguna lagi namun rasa itu terus-terusan mengejar rasa hati yang kadang-kadang bisa buat aku menjadi nanar. Adakah itu semua hanyalah bisikan syaitan yang mahu menghasut aku ke lembah kehancuran?

Sedari kecil aku sangat takutkan sesuatu yang dinamakan 'keputusan'. Oleh itu, aku tidak mampu untuk menghadapinya sendiri hatta untuk membuka slip peperiksaan aku sendiri. Semuanya dilakukan oleh bapak. Namun kini, rasa itu semakin kuat. Aku semakin takut untuk menghadapi segalanya. Aku bimbang untuk membuka bicara kerna takut ada hati yang akan terluka. Aku bimbang untuk menyelit bersama-sama mereka yang lain bimbang aku akan mengganggu perjalanan hidup mereka atau mengganggu keselesaan hidup mereka. Akibatnya aku lebih senang menyendiri.. Dengan harapan insan sekeliling tidak akan rasa terganggu atau terbeban akan kehadiran diri? Di mana silapnya diri ini hingga sering melebihkan rasa hati orang lain sedangkan rasa hati diri ini sentiasa dianaktirikan sendiri? Adakah diri dan hati ini tiada hak begini?

Aku sendiri tiada jawapan yang pasti...

Aku keliru-keliru lagi.. Sendiri..

Sunday, January 25, 2009

Tikus baiki labu..

Adoi la.. dua tiga hari ni aku dah macam boleh diibaratkan sebagai batu dan kayu yang bergerak. Mana tidaknya, hati aku ni rasa macam tak berperasaan je.. Semuanya tak begitu menjadi.

Dah beberapa hari jugaklah aku cuba untuk menyambung cerita Air Mata Hati. Tapi gagal sebab tak ada idea. Atas dasar tidak mahu membuang masa, lalu aku menggunakan masa yang ada untuk mengedit bab-bab yang telah tersedia. Malangnya aku rasa seperti bab-bab itu menjadi semakin 'rosak' tiap kali aku 'mencantikkannya' lagi. Aduh!! Kenapa begini sekali jadinya.

Aku kini dah seperti "Tikus membaiki labu." Bimbang juga aku, cerita tu nanti akhirnya entah apa-apa yang jadi.

Masalah mental betul la aku ni.. Bilalah aku nak pulih menjadi seperti sedia kala. Masa semakin lama semakin suntuk. Namun segalanya masih lagi belum menampakkan progress yang positif.

Tolongg!! Tolongg!!

Can somebody help me?!

Semalam dengan sedaya upaya aku cuba untuk menyambung cerita bab 16. Dah puas aku copy n paste ayat-ayat dari file manuskrip ke file 'store' dan dari file 'store' ke file manuskrip semula. Akhirnya terhasillah dua setengah muka surat n3 baru. Tapi setelah dibaca semula, Ya Allah citer tu lebih teruk dari kaku. Tak ada jiwa langsung. Pemilihan perkataan dan struktur ayat hancur. Adoi.. Adoi.. apa dah jadi ni..

Hmm.. petang tadi lagi best.. Aku mimpi Abg Khar bg aku baca komen pihak pengurusan pada citer Air Mata Hati..

Komen:

Cerita Air Mata Hati mempunyai jalan cerita yang bagus. Tetapi struktur ayat dan pemilihan perkataan yang digunakan agak teruk dan bermasalah.


Huhu.. dahsyat giller mimpi aku ni.. Jangan jadi dalam realiti sudah.. Hampeh aku jadinya nanti..

Hurm.. macam mana ek aku nak bagi diri aku cheer up semula.. hepi2 n gila2 macam sedia kala.. Penatla jadi xberperasaan macam ni.. Hmm.. entahlah..

p/s: tadi aku cuba siapkan tutorial 3 managerial economics.. malangnya satu soalan pun aku xdpt nak jawab.. hampeh tol la.. semua benda pun hampeh.. arghh!! menyampah lak rasa..

Tuesday, January 6, 2009

Salam - Manuskrip Anda Diterima! Tahniah!

Hmm.. pada suatu malam yang bertarikh 05 0014 Januari 2009 tiba-tiba inbox aku mendapat satu email dari Khar, pengelola blog Karya Online [Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd]. Surprise gak aku bila baca tajuk email tu. Hm.. tangan aku teragak-agak nak klik untuk open email tu.. Nerbes pun ada.. Otak aku macam dh boleh agak apa isi kandungan email tu but akal aku lak macam xleh nak caya dengan tafsiran otak.. [akal dengan otak asyik kata - Biar betul??!!]

hmm.. kat bawah ni email yang lea terima tu..

Email

hmm.. kat surat tu ada nama orang lain skali kan? Putri Lily.. hehe.. tahniah lea ucapkan buat Putri Lily.. akhirnya.. usaha dan penat jerih Putri Lily terbalas jua.. berbaloikan usaha keras tu?

hmm.. tp lea lak.. rasa mcm xyakin je sebenarnya.. boleh ke? sbb selama ni lea rasa mcm gaya penulisan lea ni bkn la baik sgt pun.. biasa2 je.. nmpk sgt amaturnya tu.. [hmm.. walaupun kat rumah lea mmg slalu wat ayat kerek kat mak dengan ayah.. sbb geram.. diorang suka gelakkan lea.. hehe..] hmm.. kalau ikutkan email tu.. PIPSB ada meminta lea supaya tidak lagi menyiarkan sebarang sambungan bagi citer AMH tu.. n sepatutnya.. seperti yang dikatakan oleh nin pd lea.. lea kena letakkan notis pada blog lea n kat mana2 blog yg lea dh publish citer AMH tu - ckp yang lea terpaksa menghentikan upload sebarang new n3 bg citer tu.. nin ckp.. sian wat org tertunggu2.. but entah nape.. lea mcm xde kekuatan untuk letakkan notis tu.. [tiba2 rasa rendah diri.. huhu] sebabnya.. kalau ye pun citer tu akan dipublish.. lmbt lg.. sbb tu r.. segan giller rasa..

korang tau x.. sejak lea dpt email tu kan.. lea byk kali jugak la baca semula citer AMH tu.. makin lama lea baca wat lea makin tertanya2.. napa ek PIPBS leh tertarik utk publishkan citer tu untuk lea? sbb lea rasa gaya penulisan lea tu memang 'biasa-biasa' je.. [macam kanak2 pun ada gak kadang2.. hehe.. esp kalau cerpen.. adoi.. mmg bengong giller.. hehe..]

hmm.. ada lg 1 sebab nape lea jadi mcm xde keyakinan untuk publish citer tu.. komen2 yg lea dpt dari Kapasitor.. hmm.. walaupun positif but komen tu wat lea buka mata besar2 mengenai tahap [quality mungkin] penulisan lea.. hmm.. time tu lagi la lea tertanya2.. memang betul2 layak ke?!! [sambil berkerut dari yg entah bape lapis.. hehe..]

adoi.. adoi.. adoi.. sabo jelah.. huhu.. :)