Sunday, January 24, 2010

Bertapa di MBA Lounge

Hola buat semua...

Nampaknya kini Lea menemui tempat pertapaan yang baru - MBA Lounge, GSB.  Hehe... tiba-tiba terasa mcm "Wah! Gigihnya aku sekarang ni yek..." keh3~  Boleh dikatakan hampir setiap hari (weekdays) Lea akan menghabiskan masa di MBA Lounge untuk mengumpul Annual Report mahupun jurnal... Semuanya disebabkan oleh gerak kerja tesis yang sudah bermula...  Sungguhpun semuanya nampak bagai agak rumit tetapi entah mengapa Lea sangat enjoy dengan tugasan ini... Mungkin sebab tak perlu hantar borang soal selidik kot... keh3~  Kalau tidak mesti lebih leceh jadinya...

Tetapi kesan pada usaha gigih sepanjang weekdays ini ialah pada hujung minggu... Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, Lea memang pengsan sungguh-sungguh... Boleh dikatakan hampir satu hari rasa nak tidur sahaja... Kepala pun asyik pening...  Jadi Lea dan rummet sama-sama menghihurkan diri dengan tengok citer Korea dan juga Hindustan... keh3~ Sabo jelah... Memang kita orang enjoy betul hujung minggu lepas...

Hari ini hari Isnin telah kembali... Oleh itu Lea perlu memulakan rutin Lea semula iaitu bertapa di MBA Lounge (^_^)v  Tadi Lea baru sahaja selesai sesi konsultansi bersama Dr. Azlan dan seperti biasa, Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar... Ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan memandangkan cadangan asal terdapat beberapa kepincangan...

So, lets back to work!

Kalau nak grad cepat kena kerja pun cepat n bersungguh-sungguh... semoga semuanya bukan dalam kategori 'hangat-hangat tahi ayam'! Ah... Busuknya tahi ayam.. keh3~

Thursday, January 14, 2010

Dissertation...

Salam buat semua...
Sekarang ni Lea tersangatlah bz untuk menyiapkan proposal untuk dissertation MBA yang perlu dihantar pada 19 Januari ini...

Untuk dissertation ini Lea perlu mendapatkan paling kurang 200 penyata tahunan syarikat selama 3 tahun berturut-turut... dan buat masa ini Lea telah berjaya mengumpul 59 penyata tahunan untuk 3 tahun berturut-turut yang telah berjaya melepasi saringan kriteria yg pertama...

Terdapat empat sektor utama yang menjadi fokus kajian ini... harapnya sampel cukup lah.. jika tidak Lea terpaksa luaskan skop sektor...

Sejujurnya Lea berasa sangat enjoy melakukan tugasan kali ini... Lea lebih suka begini dari terpaksa pergi berhadapan dengan pihak industri yang sudah dimaklumi agak sukar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka... Lea faham... Bagi sesebuah entiti yang beroreantiasikan keuntungan, setiap detik yang berlalu itu adalah 'wang'...

Lea bukan pelajar pertama yang menggunakan kaedah ini untuk dissertation MBA nya... sebelum ini ada seorang pelajar bawah seliaan Dr. Hadi telah berjaya menyiapkannya... syarikat yang menjadi fokus beliau adalah syarikat-syarikat yang tersenarai dalam papan Mesdeq... berbeza dengan Lea yang mengambil syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia....

Setelah selesai proposal ini, InsyaAllah Lea akan cuba fokus untuk membuat perancangan masa (gantt chart) bagi study ini pula... Lea sangat-sangat mengharapkan agar tugasan ini Lea dapat lalukan dengan penuh semangat dan lancar... InsyaAllah Lea akan cuba sedaya mungkin untuk menghasilkan 'sebuah' hasil yang baik memandangkan ini merupakan kali pertama Lea melakukannya secara individu... Sebelum ini ketika bergelar student undergrad untuk degree di UTM, Lea melakukannya secara berkumpulan...

Doakan Lea ek!

p/s: Ada orang sentiasa mengingatkan Lea supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan Lea akan dapat tamatkan pengajian pada tahun ini juga... InsyaAllah.. itu juga harapan Lea.. :D

Sunday, January 3, 2010

Hanyut dalam kenangan.. Terpaut kayu lalu pulang

Tadi sewaktu dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari di Tesco Extra, Sungai Dua ketika Lea melalui jejantas kenderaan untuk memasuki perkarangan Desasiswa RST daripada Kampus Induk, USM Lea telah berselisih dengan sekumpulan pelajar bermotosikal.  Secara spontan Lea melihat jam tangan.  Pukul 2.00 petang.  Serta merta nostalgia ketika berada di UTM bermain di layar ingatan dan membuatkan Lea tersenyum sendiri.  Seketika Lea merasakan kehidupan sebagan pelajar Undergraduate dahulu adalah lebih bermakna dan penuh dengan pengisian.  Manakala kehidupan di USM ini sangat pudar dan kurang isinya.

Tetapi tiba-tiba otak Lea bagai dijentik sesuatu.

"Kenapa aku sering hanyut dalam kenangan bagaikan aku tidak menghargai apa yang aku ada sekarang!"

Ya.  Kini baru Lea tersedar.  Untuk apa dikejar pada kenangan sedangkan kita sudah tahu bahawa kenangan itu tidak sesekali akan kembali.  Untuk apa dikesalkan kehidupan kini sedangkan tiada satu apa pun kerugian yang Lea alami.  Bahkan Lea harus bersyukur dengan apa yang Lea ada kini semuanya Lea perolehi setelah Lea jalani kehidupan ini.

Masa lampau telah mengajar Lea sesuatu tetapi ianya tidak bermakna masa kini hilang kesannya dalam hidup ini.  Hari ini tetap akan menjadi hari semalam setelah seharian ia berlalu.  Oleh itu untuk apa Lea kesali tentang hari ini.

Sesekali tidak salah andai kita mahu mengimbau kenangan lalu kerana ianya merupakan 'harta' berharga yang menjadi milik setiap individu.  Secara asasnya kita boleh sifatkan kenangan itu sebagai harta yang tidak mungkin dicuri oleh sesiapa melainkan Dia yang Maha Berhak dan Maha Berkuasa.

Oleh itu, hargailah apa yang kita ada kini dan kenangilah kenangan lalu sekiranya ia mampu membawa kebaikan pada diri.

Ajaibnya kenangan lalu apabila sesuatu yang kita tafsirkan sebagai pahit dahulu tetapi mampu membangkitkan rasa gembira dalam hati serta mengukir senyuman di bibir.