Astaghfirullahalazim... Itulah yang mampu aku ucapkan sebaik sahaja aku terjaga dari tidur yang nyenyak pagi tadi. Suatu tidur yang dihiasi dengan suatu mimpi yang agak mencemaskan. Satu istilah yang disebut dalam mimpi aku tadi adalah Earth Reborn.. apa benda tu? Istilah tu benar-benar wujudkah? Entah aku tak tahu...Menurut dalam mimpi aku tadi, earth reborn merujuk kepada satu fenomena di mana bumi seolah-olah cuba untuk melahirkan bumi yang baru. Saat dimana fenomena ini dijangka berlaku, bumi menjadi retak dan terbelah, air yang sejuk beku mula membanjiri bumi hingga tiada tempat lagi untuk insan melarikan diri. Percikkan api pula cerah menghiasi dada langit yang kelam.
Semua orang panik. Semua orang tidak tahu hendak melakukan apa-apa sebaik sahaja bumi yang retak mulai terbelah. Ya Allah, sungguh... Suasana dalam mimpi aku itu sangat mengharukan, mencemaskan dan kelam kabut. Semua orang cuba melarikan diri ke suatu tempat namun malangnya tidak tahu apakah tempat yang paling selamat memandangkan keseluruhan bumi menjadi retak dan mulai pecah begitu. Masyaallah... Apakah ini semua?
Wujudkah perkataan Earth Reborn yang disebut-sebut dengan jelas dalam mimpi aku tadi? Sungguh aku tak mengerti dan agak takut bila kembali mengingati mimpi tadi. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengerti. Wallahualam...
Aku mmg suka bermimpi tapi bukan mimpi yang sebegini... :(
