Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Wajah Suci itu apakah dosa mereka?

Sejak kebelakangan ini, kisah pembuangan bayi semakin menjadi jadi.  Bermula dengan satu kisah ke satu kisah yang lain.  Ada yang dihumban ke dalam longkang, tong sampah dan tidak ketinggalan juga dibuang ke dalam tangki najis.  Sehingga pecah berderai kepala bayi itu.  Nauzubillah!  Apa yang sudah terjadi dengan dunia kini?  Adakah ini merupakan petanda akhir zaman?  Sungguh manusia kini ibarat telah kembali ke zaman jahiliyah.  Malah mungkin lebih teruk lagi...  Manusia kini lebih berhati haiwan.  Tiada lagi kasih sayang di dalam hatinya.  Anak yang sepatutnya menjadi amanah kepada ibu bapa untuk mendidik, mengasuh serta menyayangi kini ibarat sudah tiada nilainya.  Malah mungkin juga boleh disamatarafkan seperti sampah!!!  Teganya hati mereka mencampakkan bayi yang tidak berdosa itu dengan sewenang-wenangnya.

Masih ingatkah kepada bayi yang ditemui mati di dalam longkang tidak lama dahulu?  Hari ini kita diberitakan bahawa kedua MAKHLUK yang bertanggung jawab membawa bayi mulia itu ke dunia ini serta membunuhnya tanpa belas kasihan itu sudahpun di bawa ke muka pengadilan.  Alhamdulillah!  Semoga mereka dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam mereka itu.  Untuk berita lanjut sila baca di sini.

Kadangkala Lea terfikir sendiri, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini?  Kata bapak Lea, semua ini bermula dengan persepsi masyarakat terhadap bayi yang lahir hasil daripada hubungan terlarang ini.  Aneh sungguh dunia ini.  Bayi yang suci dan bersih dari sebarang noda itu dihina dan ditidakkan haknya untuk hidup di dunia ini tetapi MAKHLUK-MAKHLUK durjana itu dibiarkan lepas begitu sahaja.  Malah semalam akhbar online hmetro telah menyiarkan seorang wanita yang tanpa rasa bersalah mengandungkan bayi hasil persetubuhan haram buat kali kedua dan berada dalam pengetahuan pihak keluarga.  Ibu ayahnya terpaksa mendiamkan diri memandangkan anak itulah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga.  Apa sudah terjadi dengan institusi kekeluargaan di Malaysia ini?  Ibu bapa sendiri sudah tidak mampu mengekang kemungkaran seperti ini terus berlaku di kalangan ahli keluarga sendiri.

Lalu apakah penyelesaiannya?

Rasanya hanya satu jalan yang tinggal.  Kita sendiri sebagai masyarakat seharusnya berubah.  Berubah dari terus mencerca dan menidakkan hak bayi-bayi ini untuk terus hidup.  Hilangkanlah prejudis dan rasa jijik terhadap mereka yang tidak berdosa ini.  Malah sayangilah mereka!  Kasihilah mereka!  Mereka tiada bezanya dengan kita.  Darah yang mengalir dalam tubuh kita sama sahaja warna merahnya...

Sebaliknya, CACILAH, KUTUKLAH, serta HINALAH mereka si lelaki dan si perempuan yang bertanggung jawab ke atas mereka dengan niat untuk menyedarkan.  Namun, usah sampai hak mereka untuk hidup juga diambil oleh masyarakat.  Berpada-padalah!  Asalkan mereka sudah bertaubat lalu terimalah kembali mereka.  Dosa mereka itu biarlah Allah sahaja yang mengadilinya.  Kita sebagai manusia tidak berhak untuk melakukan lebih dari itu.  Inilah tanggung jawab kita sebagai masyarakat.  Ayuhlah!  Sedarlah wahai masyarakat sekalain.  Selagi kita belum berubah, selagi itulah wajah-wajah suci itu akan terus menjadi mangsanya.  Apakah dosa mereka??

Untuk itu dengarkanlah lagu ini.  Semoga menjadi iktibar buat kita.
Dengarkan lagu ini WAJAH SUCI oleh MESTICA.

Wednesday, December 9, 2009

Tidak mampu menulis

Salam buat semua...
Adoi-adoi... entah kenapa kebelakangan ini Lea langsung tak mampu menulis... Semalam Lea cuba untuk siapkan satu cerpen bila idea tiba-tiba datang selepas Lea solat Isyak..
tp malangnya cerita itu hanya siap separuh jalan dan kelihatan agak pelik juga cerita tu... tak pernah lagi Lea manulis dengan gaya sebegitu rupa...
Unsur penceritaan pun tidak lagi ceria dan gila-gila seperti dahulu...
Kenapa yek?
Sedih lah bila begini keadaannya.. hurm... :-(

Wednesday, October 14, 2009

Mendung Hidupku


Salam buat semua, rasanya sudah terlalu lama Lea meninggalkan aktiviti berblog di sini. Hurm... entahlah! Semester ini dirasakan bagai begitu mencabar. Sehinggakan ada ketikanya Lea bagai merasa begitu terbeban dan mahu meninggalkan semua ini sekerat jalan. Lea sedar ini adalah kata-kata insan yang lemah semangat dan bagai putus harapan. Namun Lea juga insan biasa. Insan yang lemah. Insan yang hanya mampu berdoa dan menyangkutkan harapan supaya awan mendung ini terus berlalu. Lea berharap agar semangat yang semakin menipis ini akan kembali pulih seperti sedia kala.

Kisah pembentangan semalam benar-benar memberikan impak yang besar pada semangat Lea dan cukup untuk membuatkan Lea berasa seperti putus asa. Bukan Lea cuba meletakkan kelemahan kumpulan kami kepada orang lain namun penilaian pensyarah malam semalam benar-benar tidak adil bagi kami. Sikap pensyarah yang seperti berat sebelah (hanya suka kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang petah bercakap kosong serta mereka-mereka yang mempunyai pengalaman 'hebat' dalam industri) benar-benar membuatkan Lea dan rakan-rakan lain menjadi sangat kecewa.

Jika dibandingkan antara kumpulan-kumpulan yang membuat pembentangan, ternyata kumpulan kami agak terkebelakang kerana majoriti daripada kami tidak mempunya sebarang pengetahuan asas mengenai industri (terutamanya industri pembuatan). Kumpulan kami hanya terdiri daripada seorang tutor, dua orang 'fresh graduates', seorang yang berkerja dalam bidang jahitan dan seorang lagi berkerja dalam bidang R&D.

Malah yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah sikap seorang 'hamba Allah' ini yang seperti enggan memberikan kerjasama. Sudahlah tidak mahu memberikan kerjasama, setiap hasil kerja ahli kumpulan yang lain diperlekehkannya. Bila dalam sesi soal jawab, dia bagai mengelak diri. Langsung tidak membantu ahli kumpulan yang lain sedangkan kajian kes yang dibuat itu adalah tempat syarikat si 'hamba Allah' ini berkerja. Akibatnya, kami terpaksa memberikan jawapan 'palsu' di dalam kelas.

Subjek-subjek pada semester ini sangat-sangat mendukacitakan. Lea benci semester ini. Walaupun hanya tinggal satu sem sahaja lagi untuk menghadiri kelas, Lea bagai sudah tidak larat lagi. Lea sedar Lea harus cepat pulih dari rasa yang menjatuhkan diri sendiri ini tetapi Lea juga perlukan masa. Masa yang Lea tahu ianya semakin suntuk. Lea ingin menangis tetapi air mata ini bagai tidak mahu mengalir. Bencinya bila diri rasa begini.

Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu, berilah hamba-Mu ini kekuatan untuk terus bangkit dari kejatuhan ini,
Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu, Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini,
Ya Allah,
Aku merayu kepada-Mu, Kau kuatkanlah hatiku dan permudahkanlah ia untuk memahami setiap ilmu yang aku pelajari,
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Hanya kepada-Mu tempat aku mengadu dan tempat aku merayu,
Hanya kepada-Mu tempat aku berserah,
Aku mohon kepadamu supaya Kau perkenankanlah doaku ini,
Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Dan sesungguhnya jua Engkaulah yang Maha Pemberi Kurnia.

Amin... Amin... Amin.. Ya Rabbal 'alamin....

p/s: sila abaikan susunan ayat yang berterabut akibat kecelaruan hati yang melanda diri...



Thursday, July 30, 2009

Ya Allah... Aku bersyukur!!

Assalamualaikum semua,

sebentar tadi Lea baru sahaja mendapat email daripada seorang teman daripada ReSPeK group. Sesungguhnya perkongsiannya kali ini adalah mengenai amalan warga Asli Amazon yang menanam anak-anak mereka hidup-hidup. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan Lea tatkala menonto video itu. Itupun hanya separuh. Tidak sanggup untuk Lea terus melihat penyeksaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak kecil itu. Puncannya Lea sendiri tidak mengerti mengapa mereka diperlakukan sebegitu.

Lea dapat melihat dengan jelas, seorang lelaki dewasa sedang mencangkul tanah dengan kedalaman hampir mencecah pinggang. Kemudiannya, setelah berpuas hati dengan kedalaman lubang itu lalu dia pergi mengambil seorang kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan jantinanya (mungkin lelaki). Umur kanak-kanak itu dalam lingkungan 7 tahun. Sedih dirasakan sebaik sahaja melihat lelaki dewasa itu menimbus tanah ke atas tubuh kanak-kanak itu sehingga menutupi paras kepala. Dapat dilihat keadaan tanah yang bergerak-gerak. Mungkin kanak-kanak itu cuba untuk melepaskan diri. Malangnya lelaki dewasa itu memijak-mijak permukaan tanah itu di mana tempat ia bergerak. Tidak dapat Lea bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Memburukkan keadaan, dalam keadaan lubang yang separuh tertimbus lelaki dewasa tersebut mengambil pula seorang lagi kanak-kanak yang lebih kecil berbanding yang pertama tadi, mungkin dalam lingkungan 4 - 5 tahun umurnya untuk ditanam bersama-sama. Sampai situ sahaja yang mampu Lea tonton. Sesungguhnya sehingga sekarang, kisah yang Lea tonton tadi masih lagi terbayang-banyang di ruang ingatan. Moga ia tidak membawa mimpi ngeri dalam tidur Lea malam ini. Nauzubillah!

Demi melihat video tadi, hati Lea melaungkan beribu-ribu kesyukuran kerana Lea dilahirkan sebagai seorang Muslim dalam sebuah negara yang berdaulat dan makmur yang bergelar Malaysia ini. Juga setinggi-tinggi rasa syukur Lea lafazkan tatkala menyedari Lea seorang anak yang bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang boleh Lea klasifikasikan sebagai cukup bahagia. Lea punya mama bapak yang sangat mengambil berat serta sayang pada anak-anaknya, Lea punya adik-beradik yang akrab sesama sendiri dan kami sekeluarga cukup mesra. Ya Allah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan buat aku hambamu ini.

Ya Allah, dengan ini aku bermohon kepada-Mu supaya keharmonian keluarga serta negara yang sangat-sangat aku cintai ini akan terus terpelihara. Aku juga berdoa supaya tiada lagi insan-insan terutamanya kanak-kanak yang akan mengalami derita yang sebegitu.

Ya Allah, Kau hindarilah sifat jahil itu dalam diri hamba-hamba-Mu itu. Dan, rahmatilah kami semua. Terutamanya mereka-mereka yang bergelar insan teraniaya. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Kurnia.

Amin... Ya Allah, Kau perkenankanlah doaku ini.

Terdetik dalam hati Lea bagaimanakah perasaan insan yang memegang kamera dan merakamkan kejadian tadi. Tiadakah sedikit pun terselit dalam hatinya akan rasa belas pada kanak-kanak itu?

Sungguh Lea bersyukur atas segala nikmat yang Lea terima. Lea diberikan kasih sayang, diberikan pendidikan serta ajaran agama yang lengkap. Lea juga diberikan kebebasan untuk bersuara, untuk membuat keputusan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, diberikan hak untuk menentukan masa depan sendiri. Terlalu berbeza apa yang Lea nikmati ini jika hendak dibandingkan dengan nasib kanak-kanak tadi. Masya-Allah!


Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini dengan penuh belas ihsan daripada-Nya. Syukur atas segalanya...

Terima kasih Allah...
Allahu Akhbar!




Tuesday, March 31, 2009

Malam yang sedih

Malam ini merupakan satu malam yang sedih. Setelah berlakunya satu salah faham dengan seseorang, kemudian pula aku menerima berita bahawa kawan sekolah aku dulu sakit. Entahlah... Diamanahkan untuk tidak menceritakan penyakitnya pada kawan rapat yang lain merupakan suatu janji yang agak berat. Tapi tak mengapalah, buat masa ni aku just doakan agar andaian awal doktor tu nanti salah dan dia cepat sembuh. Sempat gak la aku 'leleh air mata' mlm ni.

Hurm... sumenya berlaku secara bertindih-tindih. Aku tak tahu sama ada aku sendiri yang emosi atau memang aku sgt sedih akan berita itu. Tambahan pula, sebelum aku diberitakan dengan berita sedih tu kita orang recall kenangan ketika zaman sekolah. Sedih, sedih, sedih... Tak ada bait lain yang boleh aku gambarkan apa yang aku rasakan sekarang ini. (Boleh pulak background music aku lagu Sekuntum Kemboja yang Gugur - Hijjaz. Lagi la nak leleh jadinya...)

Kata dia, aku dah banyak berubah sekarang. Dah tak macam wani yang dia kenal time sekolah dulu. Ye ke? Aku rasa aku masih orang yang sama tapi katanya tidak. Malam ni jugak, suatu kisah yang selama ini menjadi rahsia telah terbongkar. Aku tak sangka, semuanya suatu aturan oleh mereka. Akibatnya, aku dan 'dia' sentiasa berperang (walaupun peperangan itu adalah hasil ciptaan aku sendiri). Korang mungkin tak faham dengan apa yang aku cuba perkatakan ini. Tapi itulah hakikatnya. Akibat terikat pada sebuah janji maka aku tak boleh bercerita di sini bersama identiti.

Apa pun, buat Aini, Faiz, Linda dan Nuar; biar apa pun yang berlaku dulu, korang semua tetap berada dalam kenangan. Tak pernah dilupakan. Biarlah seribu tahun menyepi tapi untuk melupai nama-nama ini adalah suatu yang mustahil (insyaallah selagi diberikan kewarasan oleh Allah). Korang semua mempunyai tempat masing2 dalam diri ini.

Secebis pesanan buat

Aini - walau di mana awak berada, kita orang di sini sentiasa tertanya-tanya akan perkembangan diri awak. Mungkin awak telah lupakan kita orang semua but buat kita orang di sini masih lg mengingati janji 'Reunion 5 thn' kita. Hope janji kita dulu akan tertunai suatu hari nanti.

Faiz - aku doakan yang terbaik buat ko. Semoga sentiasa dirahmati oleh-Nya. Terima kasih atas sokongan serta sikap ambil berat yang sentiasa ditunjukkan selama ini. Aku sangat-sangat menghargainya.

Linda - terima kasih kerana masih lagi sudi memelihara hubungan persahabtan ini. Semoga persahabatan kita ini akan sentiasa dirahmati oleh-Nya. Tiada yang lebih indah melainkan detik-detik kita bersama dulu.

Nuar - antara kita pernah terselit sebuah kisah. 'Peperangan' antara kita tidak pernahkan sudah. Biar apa pun yang pernah aku katakan atau aku lakukan, namun hakikatnya aku tidak pernah alpa untuk mengenang kau sebahagian daripada kemanisan zaman sekolah. Cumanya, seandainya kita ditakdirkan untuk bertemu kembali, hanya satu jek yang aku nak katakan, "aku mintak maaf sekali lagi."

Mengapa kenangan yang indah tiba-tiba boleh mengundang air mata?

Wednesday, February 11, 2009

Selamat tinggal Blog Ku Petik Bintang dan MMSD

Sedihnya.. akhirnya tepat kol 1630 tadi Kak Mas benar-benar mengotakan kata-katanya untuk padam semua blog miliknya. So, kini tiada lagi kisah Anissa dan Haikal. Tak ada lagi citer Siti Hanim dan Sato-san.. Tiada lagi sambungan kisah Resipi Cinta..

Kini, sudah berkurangan satu blog yg hebat untuk menjadi tatapan semasa kebosanan. Moga kisah yang berlaku pada Kak Mas tidak akan berulang lagi pada blog-blog yang lain kerana kejadian ini benar-benar mendukacitakan. Andai kita tidak mampu memberikan buah fikiran, cukuplah kiranya kita hanya bertindak sebagai penyokong.. Itu sudah di kira bagus... Kejadian ini benar-benar mendukacitakan..

Buat Kak Mas, moga tenang dan berbahagia di samping keluarga. Andai satu masa nanti tergerak semula hati Kak Mas untuk kembali ber'blog' kami dengan besar hati akan terus menyokong kepulangan Kak Mas kembali..

Semoga terus berjaya.. amin.. insyaallah..