Tuesday, June 9, 2009

Pentauliahan Diraja PALAPES Kali Ke-28

Salam buat semua,

setelah sekian lama Lea menyepikan diri kerana kesibukan bertugas, hari ini Lea berkesempatan untuk berkongsi satu sesuatu dengan kengkawan semua.

Pada 20hb Jun 2009, nanti satu lagi detik yang bakal melakar sejarah dalam hidup 1188 anggota Kadet Palapes Darat, Laut dan Udara kerana mereka semua bakal ditauliahkan oleh Tunku Mahkota Johor sebagai Leftenan Muda. Inilah detik dan ketikanya di mana titik peluh serta susah payah selama tiga tahun bergelumang dengan pelbagai jenis cabaran dan halangan di samping memikul amanah sebagai mahasiswa mahasiswi harapan negara berbalas.

Di saat nama diumumkan sebagai Leftenan Muda dan tangan Tunku Mahkota Johor menghulurkan skrol ketika upacara pentauliahan Diraja, rasa bangga yang tidak terucap bakal terlakar di wajah masing-masing. Malah, bukan sahaja pada wajah-wajah 'kelam' kadet akibat berjemur di Padang Kawad selama dua minggu tetapi juga pada wajah ibu ayah yang hadir pada hari tersebut. Nikmat serta kepuasan yang tidak ternilai harganya dapat dirasai dengan penuh bangga.

Pada tahun ini, Padang Kawad UTM bakal disemarakkan dengan Upacara Istiadat Kawad Pentauliahan dan laungan nama-nama kadet yang ditauliahkan pula bakal bergema di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM.

Sempena upacara Diraja ini, sebanyak 12 buah IPTA telah mengambil bahagian. Antaranya adalah UTM (tuan rumah keseluruhan), UTHM (tuan rumah dewan watikah), USM (tuan rumah padang kawad), UPSI (tuan rumah upacara penutup larian sukan), UKM, UPM, UniMAP, UUM, UM, UiTM, UMS dan UniMAS.

Berikut pula merupakan keputusan keseluruhan pertandingan sukan sempena pentauliahan kali ini:

Juara Keseluruhan - UTM
Johan Pertandingan Merentas Halangan - UTM
Johan Pertandingan Kawad Kaki dan Senjata - UTM
Johan Keseluruhan Merentas Desa - UTM
Johan Pertandingan Bola Jaring - UPSI
Johan Pertandingan Futsal - (alamak! kurang pasti tapi kalau tak salah UKM)

Setinggi-tingggi tahniah diucapkan buat Pasukan PALAPES UTM atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Juga buat semua pegawai-pegawai kadet yang bakal ditauliahkan tidak lama lagi. Semoga terus menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan negara yang berkualiti serta mempunyai sikap serta jati diri cintakan negara yang tinggi.

Menjunjung Kasih Tunku!!

Sekian sahaja laporan daripada Pegawai Saketariat UTM. Skudai, Johor.
Untuk Berita Gemersik Hati Berbisik.

22 comments:

  1. congrats lea......
    ain jelos tau..
    koz lea dpt left muda..
    arghhh....
    ape2 pon ain hepi tok lea...

    ReplyDelete
  2. peh bahaya minah ni! tembak orang punya woooo

    ReplyDelete
  3. congrates UTM.. jd johan kslrhn...

    ptndgn kawad pon conquer ek...

    sy next year kot comission...

    congrates to lea...

    ReplyDelete
  4. alamak! ramai org salah faham nih...
    hehe.. actually Lea mmg dh tauliah..
    Lea tauliah thn lepas :D

    apa pun tahniah utk pasukan UTM

    ReplyDelete
  5. rugi tak datang..takpela D-day nanti aku akan terjun..kalau payung tak kembang doakan aku selamat..

    ReplyDelete
  6. salam.. oit, mantap2.. sekretariat ke? haha.. jgn lupa amik gambar n upload byk2.. nk kopi paste..

    ReplyDelete
  7. wei uthm la juara futsal..... aduhai

    ReplyDelete
  8. betul tu... UTHM, juara futsal... huhuhu

    perlu di mention di sini... keseluruhan tempat kedua jatuh kepada PALAPES... UPSI... "kan dah kata... jangan lawan cikgu"

    pergh!!! meriah betul mase tu...

    ***

    ReplyDelete
  9. Menjunjung kasih Tengku la..last minute bru tukar

    ReplyDelete
  10. da adat menjadi tuan rumah...tuan rumah la menang...

    ReplyDelete
  11. aku suka betul tengok budak2 UTHM masa kat dewan malam pegawai kadet.. diorang la yang mula2 start menghuru harakan dewan, meriah betul malam tu....... lagi satu walaupun baru dapat gak perbarisan no 2.. huhuhuuu

    ReplyDelete
  12. upsi mmg mantap..ktorg 1st batch,no 3 keseluruhan, 2nd batch no 4 keseluruhan and 3rd batch no 2 keseluruhan...

    ReplyDelete
  13. adeh.. ni apa kes? dak2 upsi nak menguasai ruang nampaknya nih! ish... ish... ish.. xleh jadi ni..

    walau apapun, UTM still antara yang termantap dan digeruni setiap kali pentauliahan... hehe.. Halangan toksah ckp la... (adeh.. nak citer bab sejarah dolu2 i tak bape ingat.. but yang penting untuk halangan kita orang memang sentiasa akan jadi top 3... huhu..)

    wahaha.. nak jugak wat ayat kerek kat sini.. hehe..

    jgn marah ek!

    Yup! last min tukar Menjunjung kasih tengku...

    Apapun, next year kita jumpa lagi di USM ye... wahaha.. muka aku lagi kat U tuan rumah... huhu...

    ReplyDelete
  14. bkan jugak la
    cara dieja Tunku....tapi sebutan Tengku..

    ReplyDelete
  15. tukar2
    UTHM la juara futsal tu
    bkn UKM

    ReplyDelete
  16. tukar2
    UTHM la juara futsal tu
    bkn UKM

    ReplyDelete
  17. mmmm....memang dah adat pertandingan... menang sebagai tuan rumah.. Tapi yang kedua adalah the best...mmm... walau apepun.. ceq ucapkan terima kasih bebanyak kepada Palapes UTM.. nak tau terima kasih kat mana.. hehehe..terima kasih kat cooking house die la.. ceq ni sebagai kumpulan pendahuluan telah menumpang makan di dewan makan.. mmmm.. kami kat sini pun x dapat makan sedap2 cam tu... sampaikan senior pulak kene p pendahuluan..huh...tapi best la gak jd kumpulan pendahuluan.. hahaha

    ReplyDelete
  18. skuad pendahulu tu kumpulan yang pergi awal ke sesuatu tempat untuk melakukan persediaan sebelum ahli skuad yang lain tiba =)

    ReplyDelete
  19. memang bangga bila dah tauliah tapi jika org ramai tahu sebalik pentauliahan tu byk unsur2 maksiat berlau dalam palapes seperti percampuran laki dan perempuan bukan muhrim dan mkn malam oleh palapes laut yg membawa pasangan bukan muhrim menari mengikut irama lagu.Untk tahun ni di usm.Penuh dgn aktiviti maksiat.Bila diajukan soalan dulu lagi trk itu jawapannya.Ada yg ckp kite ikut britis.Dan perbagai lagi.Baru2 ni masuk hutan laki perempuan bercampur mandi berlakon dan sebagainya.Kenapa melakukan sesuatu tidak rujuk Al Quran,Hadis dan sunah rasulullah s.a.w

    ReplyDelete