Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Zaman Pra-Kemerdekaan v(^_^)v

Holla dan assalamualaikum buat semua.

Pada malam ini, usaha 'rundingan damai' yang terakhir akan dijalankan tepat jam 2000 bertempat di Dewan Peperiksaan A, Dewan Utama Pelajar, USM. 'Rundingan Damai' ini dijangkakan akan berlangsung selama 3 jam. Tajuk rundingan pada malam ini adalah Finance and Accounting for Management dan ketua hakim bagi rundingan pada malam ini adalah Dr. Sofri Yahya.

Walaubagaimana pun, menurut sumber-sumber maklumat yang boleh dipercayai, genjatan senjata berkemungkinan besar akan berlaku sebaik sahaja tempoh rundingan damai berakhir. Sejurus kemudian, jeritan dan laungan kemerdekaan akan kedengaran dengan meriahnya di perkarangan Dewan Peperiksaan A. Dijangkakan hampir 30 orang individu akan menyertai laungan kemerdekaan ini...

Hehe...Ternyata sudah ramai yang tidak sabar untuk menantikan detik-detik kemerdekaan ini. Semoga ia akan menjadi detik termanis dalam kehidupan.

Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Yuuuhuuuuuuuuuuuuuu!!! Tak sabarnya nak merdeka...
Yeye.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

Opss.. ni testing suara untuk sambutan kemerdekaan pada malam ini... hehe.. daaa...

Thursday, March 5, 2009

Pernah rasa buah koko?

Hai semua, hari ni Lea nak berkongsi dengan kengkawan semua mengenai kisah buah koko. Sebenarnya selama ini Lea tak tahu pun bahawa buah koko ini boleh dimakan begitu sahaja. Yang bestnya tu, semalam Kak Azzah jiran bilik sebelah tiba-tiba datang ketuk bilik dan sua sebiji buah yang agak pelik (pada Lea la.. jakun sket coz time tu lea xpernah tgk buah koko). Lepas bg buah Koko tu Kak Azzah terus blah tanpa bagi briefing pada Lea n rummet mengenai cara-cara nak makan buah ni. Hehe.. so buat hari yang pertama buah koko tu hanya tersadai di rak buah-buahan bilik bersama-sama buah jambu air yang Kak Amy baru bawak balik sebagai lawan untuk dicicah dengan kuah rojak.

Keesokkan malamnya dengan rasa gembira Kak Amy masuk bilik n cakap "Kak Dida dah bagi tau macam mana nak makan buah tu. Hempuk je kat lantai sebab buah tu keras. Tak boleh kupas." Hah?! Ternganga jap Lea. Hempuk kat lantai? Biar betul. Ganas gila buah koko ni. hehe..

Oleh kerana Kak Amy lebih senior so Lea bagi mandat ni pada Kak Amy untuk hempuk buah koko tu kat lantai. Dengan sekali hempukkan yang padu, setelah bunyi bukk!! kedengaran akhirnya buah koko tersebut terpecah dua. Betapa kagumnya kita orang time tu.

Bila buah tu dah terbuka, melotot plak mata kita orang tengok isi buah koko tu. Rupa-rupanya dia berulas-ulas. Sama macam buah cempedak yang diletakkan dalam kelonsong mortar.. hehe.. dahsyat gila perumpamaan.. tp betullah kan. Kelonsong tu kan keras, kira sama la dengan kulit si koko ni. Isi dia warna putih gading. Ingatkan sama warna dia dengan serbuk hot choc yang kita orang selalu minum tu skali salah daa.. hehe..

Ni kat bawah ni gambar buah koko kita orang...



Hmm.. bg korang yang tak pernah rasa mesti korang tertanya-tanya apakah rasa buah koko ni kan? Percaya atau tak, rasa buah koko ni macam buah rambutan + manggis + staq (korang tau ke buah staq tu apa? buah staq tu buah kundang la...). kenapa banyak sangat campuran rasa tu? Hehe.. act xtau nk citer macam mana. Tapi sedap gak la. Tak terlalu manis n masam. Just nice. Tp apa yang pasti mmg xdak langsung rasa choc yg macam kita slalu minum tu. Kata Kak Amy, utk buat hot choc kita orang tu diorang gunakan biji koko nilah. Bukan isinya yang macam aku bayangkan mula-mula.

Rasanya itu saja jelah kot yang boleh Lea citerkan buat kali ini...

Koko? Erk... Gini rupanya rasanya... hurm.. :D

Monday, March 2, 2009

Suntikan 'Segamat' Baru...

Wah!! Macam kereta baru diisi petrol, macam kuda baru diberik makan, macam M16 baru diisi peluru, macam aku baru lepas makan nasi daging... 'Segamat' tahap dewa dewi jula juli bintang tujuh...

Itulah yang aku rasa bila aku tengok cover novel SMT Mahkota oleh Kak Nurul Aini Bakar. Hurm.. tajuk baru bagi citer tu adalah Rejim: Yui Ito... Cover dia? Pergh.. comel.. pd aku la.. tak tau pada korang...

Apa pun tahniah buat Kak Aini dan team Pekan Ilmu esp Abg Khar sebab dapat wat cover yang comel mcm tu. Hehe...

Nasib Air Mata Hati? Hmm... Tunggu saja nanti. Cuti semester tak lama lagi, aku nantikan kehadiranmu!!!

Friday, February 27, 2009

Ordinan Askar Wataniah perlu dipinda

Alamak!! Suspen kejap aku bila baca tajuk berita ni. Hehe... Actually hari ni gi jenjalan kat blog2 org, saja gi melawat. Skali ternampak link ke Utusan Malaysia Online. Hmm.. baca punya baca skali try klik kat bahagian Polis & Tentera. Skali nampak tajuk ni. Huhu.. suspen...


Hehe.. nasib.. ingatkan dia nak wajibkan sume Askar Wataniah untuk melapor diri... Rupanya2 nk pinda akta fasal keengganan majikan utk bagi kerjasama utk pekerja hadir latihan... phew... selamat.... (eh.. tu mcm nama bapak la plak.. wahaha..)