Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts

Thursday, March 5, 2009

Pernah rasa buah koko?

Hai semua, hari ni Lea nak berkongsi dengan kengkawan semua mengenai kisah buah koko. Sebenarnya selama ini Lea tak tahu pun bahawa buah koko ini boleh dimakan begitu sahaja. Yang bestnya tu, semalam Kak Azzah jiran bilik sebelah tiba-tiba datang ketuk bilik dan sua sebiji buah yang agak pelik (pada Lea la.. jakun sket coz time tu lea xpernah tgk buah koko). Lepas bg buah Koko tu Kak Azzah terus blah tanpa bagi briefing pada Lea n rummet mengenai cara-cara nak makan buah ni. Hehe.. so buat hari yang pertama buah koko tu hanya tersadai di rak buah-buahan bilik bersama-sama buah jambu air yang Kak Amy baru bawak balik sebagai lawan untuk dicicah dengan kuah rojak.

Keesokkan malamnya dengan rasa gembira Kak Amy masuk bilik n cakap "Kak Dida dah bagi tau macam mana nak makan buah tu. Hempuk je kat lantai sebab buah tu keras. Tak boleh kupas." Hah?! Ternganga jap Lea. Hempuk kat lantai? Biar betul. Ganas gila buah koko ni. hehe..

Oleh kerana Kak Amy lebih senior so Lea bagi mandat ni pada Kak Amy untuk hempuk buah koko tu kat lantai. Dengan sekali hempukkan yang padu, setelah bunyi bukk!! kedengaran akhirnya buah koko tersebut terpecah dua. Betapa kagumnya kita orang time tu.

Bila buah tu dah terbuka, melotot plak mata kita orang tengok isi buah koko tu. Rupa-rupanya dia berulas-ulas. Sama macam buah cempedak yang diletakkan dalam kelonsong mortar.. hehe.. dahsyat gila perumpamaan.. tp betullah kan. Kelonsong tu kan keras, kira sama la dengan kulit si koko ni. Isi dia warna putih gading. Ingatkan sama warna dia dengan serbuk hot choc yang kita orang selalu minum tu skali salah daa.. hehe..

Ni kat bawah ni gambar buah koko kita orang...



Hmm.. bg korang yang tak pernah rasa mesti korang tertanya-tanya apakah rasa buah koko ni kan? Percaya atau tak, rasa buah koko ni macam buah rambutan + manggis + staq (korang tau ke buah staq tu apa? buah staq tu buah kundang la...). kenapa banyak sangat campuran rasa tu? Hehe.. act xtau nk citer macam mana. Tapi sedap gak la. Tak terlalu manis n masam. Just nice. Tp apa yang pasti mmg xdak langsung rasa choc yg macam kita slalu minum tu. Kata Kak Amy, utk buat hot choc kita orang tu diorang gunakan biji koko nilah. Bukan isinya yang macam aku bayangkan mula-mula.

Rasanya itu saja jelah kot yang boleh Lea citerkan buat kali ini...

Koko? Erk... Gini rupanya rasanya... hurm.. :D

Wednesday, February 25, 2009

Menghasut?! Sogok?! Hurm...

Salam buat semua...

Sebenarnya sekarang ni aku sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment accounting yang dijadualkan hantar esok malam. Sedang khusyuk aku menaip balance sheet, tiba-tiba terlintas satu benda difikiran aku (klu leh terlintas benda lain time wat keje, tu kira khusyuk ke? hehe...) iaitu apakah makna penulisan sesebuah cerita dan bagaimanakah cara untuk menjadikan sesuatu penulisan itu berkesan?

Hurm... korang tau tak pe jawapan yang muncul difikiran aku tadi? Jawapannya adalah hasutan. Erk? Hasut? Macam mana tu ek? Gini, maksud menghasut kat sini bukanlah seperti definisi hasutan itu sendiri yang lebih menjurus ke arah perkara-perkara yang bersifat negatif. Maksud aku kat sini adalah sekiranya seseorang penulis itu ingin menulis dengan berkesan maka dia perlu pandai supaya menghasut pembaca untuk menjiwai watak, suasana serta perasaan yang sedang bermain dijiwa watak tersebut. Pemilihan perkataan, penggunaan ayat yang sesuai serta mampu menggambarkan plot cerita tersebut amatlah penting. Apabila semua ini sudah lengkap maka cerita tersebut sudah bersedia untuk menyogok serta menghasut pembaca akan ideologi atau penceritaannya yang tersendiri.

Huhu... Peliklah kan? Dalam aku tengah sibuk-sibuk dengan tugasan, boleh pulak benda-benda gini terpacul kat dalam pemikiran aku nih. Erm, Lea tak tau dan tak bape pasti sama ada apa yang Lea katakan di sini adalah benar atau tepat. But, inilah perkara yang bermain-main difikiran Lea dan secara spontan terketuk di dada blog ini sebaik sahaja jari-jemari ini dilabuhkan ke atas butang-butang papan kekunci yang comel ini. Hehe...

Waniiiii!!!!! (Alamak, akal waras telah datang dan memanggil untuk Lea kembali meneruskan kerja-kerja yang terbengkalai tadi... Hehe... Insyaallah, klu idea-idea pelik ini datang kembali, Lea akan merepek-merapu di sini lagi... :D)

Kongsi rahsia:

Antara dua kesalahan tanda baca yang paling kerap Lea ulangi dan kadangkala dilakukan tanpa sedar dan sengaja adalah (...) dan (,"). Apa maknanya tu? Huhu..

Kata zIngGoF, tiada titik dua dalam penulisan. Yang ada hanyalah titik tiga. Adalah lebih baik gantikan titik tiga dengan tanda koma (,).

Kata Abang Khar a.k.a SF pula, tanda koma dalam sesuatu penulisan dialog adalah dihadapan atau sebelum tanda penutup kata dan sekiranya dihujung dialog tersebut terdapat tanda baca lain seperti tanda seru (!), tanda koma (,) tidak diperlukan sebelum penutup kata.

Jeng... jeng... jeng.... (Aku hanyalah penulis amatur yang baru belajar mengenal dunia...)

Thursday, February 5, 2009

Anda anak sulung, tengah, bongsu @ tunggal?

Hai semua.. hehe.. hr ni lea nak share something dengan kengkawan semua.. bahan ni Lea dapat dari seorang teman.. ni dia url yg teman lea berikan.. jom kita kongsi bersama..

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.


Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalam an orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.


Anak Sulung


Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.


Anak Tengah


Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah


Anak Bongsu


Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.


Anak Tunggal


Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


So, anda semua berada dalam kategori mana??

Dengan bangganya aku nak menyatakan bahawa aku anak sulung.. keh.. keh.. keh..


Pernyataan di atas serta gambar ini membuktikan betapa aku sebagai anak sulung adalah anak 'kesayangan'.. wahaha.. to nana, mimi, nat, ira n ina.. korang jangan jeles.. wekk!!