Showing posts with label Terharu. Show all posts
Showing posts with label Terharu. Show all posts

Sunday, March 1, 2009

Aku anak emas? Yeah!! Sudah tentu...

Huhu.. seperti yang aku duga akhirnya hari ini Nasi Daging dan Keropok Losong dari T'ganu tiba jua di USM ini... Hehe.. Tepat jam 8.01 pg tadi, aku dikejutkan oleh satu deringan telefon yang mengundang senyum.. hehe.. bapak kol.. dia tanya Bihun Sup Kaki Ayam.. n aku lak dengan selambanya ckp jangan lupa gitau ble dh smpai jambatan.. wahaha.. mmg soalan dengan jawapan tak match tp sebagai anak sulung yg dh 22 tahun hidup dengan mama n bapak, aku faham setiap maksud tersirat pertanyaan dia tu.. wahah..

Ternyata apabila dua jam kemudian, dlm kol 10.02 pg mama plak kol aku n ckp diorang dh ada kat atas jambatan.. wahaha.. akhirnya tektik aku berjaya... nasi daging terjamah sudah.. begitu juga kopok lekor.. huhu... so harapnya aku dpt jwb exam dengan jayanya.. amin.. insyaallah...

To mama n bpk..

thanx a lot... :D insyaallah akak akn try my best in midterm nnt.. final pn sama.. (tp klu dpt tgk telinga ayam kot lg ber'segamat' kot.. wahhaah..)

To nana, mimi, nat, iya n ina..

jgn jeles.. hehe.. ternyata aku plg special antara sume sbb aku kan kakak.. wahaha.. :D

Oklah.. sebelum aku akhiri bebelan aku hari.. aku nak kongsi bersama nasi daging yg menjadi pembakar roti... eh silap.. pembakar 'segamat' utk aku jawab midterm dengan bersungguh-sungguh.. wahaha.. (jd Dzikri jap..)

The Best Nasi Daging Ever...

Nasi daging bersama air asam (sedap hingga menjilat siku.. hehe..)

Nak rasa? hmm.. meh la sini.. :D

Saturday, February 21, 2009

Tenggelam dalam kenangan...

Benar kata orang, walau sepahit mana suatu kenyataan itu namun apabila masa terus berlalu kepahitan itu secara sendirinya akan bertukar menjadi suatu kenangan yang amat manis untuk dikenang. Bagai tapai yang diperam, makin lama makin sedap untuk dimakan... Cuma awas!! Usah sampai menjadi tuak. Haram pula untuk dimakan kerna ia mampu memabukkan... hehe.. (maksud tersiratnya pk sendiri ek...)

Hari ini entah mengapa aku hanyut dalam kenangan lalu. Bibirku pula tidak mampu untuk ditahan daripada terus tersenyum. Senyum... Senyum dan terus senyum. Suasana yang mendung serta hujan renyai di luar jendela bilikku menambah rasa rindu itu terus menyaluti sanubari... Dendangan lagu Jamal Abdillah yang sayup-sayup ku pasang turut menguatkan lagi kenangan itu untuk terus kembali...

Lagu Jamal Abdillah memang sinonim dalam hidupku... Setiap kali aku keseorangan, setiap kali aku rindu kenangan lalu, setiap kali aku rindu suasana dulu, pasti lagu-lagu itu yang menjadi pilihanku. Entah mengapa hati bagai tidak mahu keluar dalam mode rindukan kenangan lalu. Andai mampu untuk aku hentikan detik masa dari terus berlalu, akan aku hentikannya pada masa ini supaya aku dapat terus tersenyum dan hanyut dalam kenangan lalu yang tak bertepi...

Rindunya saat itu.. :D

Thursday, February 5, 2009

Azam besday? Keh.. keh.. keh..

Hepi besday Wannie!!

Hari ini pada pukul 0826 pg nnt genaplah umur aku 22 tahun.. Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.. Juga moga hidup ini dirahmati Allah selalu.. Dipermudahkan segala urusan dan moga setiap kejayaan serta impianku bakal terlaksana dan tercapai.. amin..

Hehe.. sejak pukul 0001 malam tadi, aku menjadi orang femes jap.. hehe.. adik-adik berebut-rebut nak wish dulu.. wahaha.. tp yg paling hampeh sekali adalah pernyataan jujur daripada nana.. "Kak, hepi besday.. tp sblm tu aku nak mengaku jujur pd hang.. sebenarnya aku lupa mlm ni besday hang.. nsb bek bapak kol aku td.." huhu.. hampeh punya adik.. pastu mimi lak kol aku.. "Kak, hepi besday.. so sempena besday hang pe kata hang bg hadiah kat kita orang.." hehe.. tu lg hampeh.. adoi la.. mmg hampeh adik-adik aku ni.. ada ke patut ckp mcm tu dengan kakak kesayangan diorang nih.. huhu. [hah.. buat muka.. x mo ngakulah tu aku kakak kesayangan .. wahaha.. :p] Nat plak kata hadiah besday aku adalah dia bg pinjam baju baru dia untuk tempoh sehari.. erk? Apa kelas aku nak men baju pinjam ni.. sorry r.. pinjam2 xmen.. klu nak.. aku amik terus jek.. wahaha.. jgn nyesal la ko nat.. Baju barumu akan menjadi baju baruku.. wahaha..

Thanx juga wat kengkawan yang tidak lupa untuk mengucapkan selamat sempena besday aku semalam.. hehehe.. ingatan korang sangat2lah aku hargai.. to ain, fahmi n tn ilias.. thanx.. tak sangka korang ingat besday aku.. :) To Kak Emy lak.. thanx atas hadiah yg sgt sedap.. hehe.. Cheese Cake Blueberry.. hehe.. sgt sodap lo.. hingga menjilat plastik aku dibuatnya.. hehe..

Erm.. mlm td.. antara org terawal yg wish besday kat aku adalah bapak.. hehe.. seperti biasa.. soalan lazim apabila tibanya besday adalah.. "Apakah azam baru anda?" keh.. keh.. keh.. act aku pun not very sure pe azam aku.. xde yg betul2 muncul dr dalam hati.. but s'thing yang aku akan fokus wat masa ini adalah nak tamatkan master ni dlm tempoh yang ditetapkan n aku nak siapkan AMH dengan sempurna secepat mungkin pada kualiti yang paling optimum..

Korang nk tau satu cerita tak.. hehe.. ni kisah azam waktu besday la.. hehe.. mmg menjadi tradisi dalam hidup aku untuk menetapkan azam tahun baru bukan pada new year but pada besday aku.. hehe..

alkisahnya.. pada besday aku lima tahun yg lalu.. kiranya waktu tu aku baru masuk age 17 thn la.. time tu aku form 5.. seingat aku.. itulah azam yang paling genting skali dalam hidup aku dimana aku menetapkan hala tuju bagi setiap kemungkinan yang bakal berlaku.. contohnya.. kalau aku dpt masuk matrix.. apa next move aku.. then.. kalau aku just leh amik dip je.. apa yg bakal aku lakukan.. xpun.. aku mungkin akan smbg ke tingkatan 6 or aku pernah gak terfikir.. d worst thing yg bakal berlaku adalah aku gi keje kilang.. hehe.. pd aku klu pilihan terakhir tu.. erm.. aku terpaksa pk panjang lg la kot untuk susun atur semula life aku..]

tu babak pertama dalam penetapan azam time tu.. hehe... babak kedua pulak adalah aku renew date-line untuk jangkamasa coupleable.. wahaha.. korang pernah dengar ke ayat tu? hurm.. tu aku cipta sendiri.. waktu aku darjah enam dulu.. aku pernah menetapkan bahawa aku takkan couple sehinggalah aku tamat form 5.. alasannya adalah.. huhu.. menyemak je nanti sume tu.. kacau aku nk study.. hasilnya.. yes!! aku berjaya capai sasaran yang aku lakukan.. but bila aku fikirkan semula untuk penetapan hala tuju tadi.. aku mcm ubah fikiran.. oleh sebab tu.. aku renew due date coupleable aku.. hehe.. aku tunda ke umur 20 tahun.. hmm.. kiranya dua tahun yg lepas la kan.. keh.. keh.. tp sume tu dusta belaka.. act aku up lg tarikh tu ble aku dh capai age 20.. tp aku up kan tanpa pengumuman rasmi pd diri aku la.. hehe.. act aku xsempat pun nk pandang sekeliling wkt time degree.. aku sibuk gila dengan aktiviti harian.. sibuk dengan JKM.. dengan Palapes.. dengan kuliah.. dengan sibuk jadi Fasi bg program-program kerjasama dengan MPP.. pendek katanya mmg bz lah.. hehe.. i'm a very bz gurl.. (saja jek pakai gurl.. xbest r klu pakai woman)

now age aku dh 22 tahun.. so.. ape kisah selanjutnya..? keh. keh.. keh.. no comment.. kita tunggu dan lihat.. apa pun.. novel dengan master kena ada dlm genggaman dlu.. sama ada bf n PhD bakal menyusul? hurm.. tu kita serah dulu pada takdir..

hurm.. so pe azam tahun baru aku? tetttt.. lom ada jawapannya.. hehe.. ok.. cukuplah dulu smpi sini..

erm... to mama.. thanx atas mms besday yg sgt cute.. hehe.. akak tau.. mama bg mms tu sbb akak pun comel mcm tu kan..?!! wahaha.. alah.. mama xckp pun akak dh tau.. :p thanx again ma.. luv u alwayz too..

hoho.. now i'm 22..

Tuesday, January 13, 2009

Tahniah adikku sayang..!!

Hari ini 13-Jan-2009, tepat jam 13:50 aku telah menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi 'Akak. Aku dpt nursing kat Kuale trngganu. Lusa kena g daftar'. Sebaik saja baca sms tu.. aku terus tersenyum.. Alhamdulillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat Nana nak amik nursing tu.. Semoga terus berjaya ye dik..

Bila difikir-fikirkan kembali, betulkan cakap mama dulu waktu kita gi bercuti kat Langkawi hari tu.. "Agaknya bilalah korang boleh kumpul ramai-ramai adik beradik lepas ni.." Betul cakap mama. Sekarang aku pun mcm dh terasa nk kumpul ramai-ramai macam tu macam dh susah je.. Skrang aku kat Penang, hang dh nak gi Ganu, Mimi lak tak tau nak tercampak kat mana. Paling lama dia kat rumah pun maybe sampai bulan empat ni je.. Nat dengan baby pulak maybe tahun depan akan cari haluan masing-masing.. Jawabnya nanti.. payah la nak organize program bercuti ramai-ramai.. Lepas ni mesti bapak n mama nangis bila tengok video kita semua ek.. Bapak n mama jangan nangis tau.. Kalau rindu, kol je ek.. Itulah fungsinya teknologi atau lebih tepat lagi telefon.. huhu.. (alamak!! tiba-tiba aku lak yg rasa sedih.. adoi la.. adoi.. )

Ana, ni aku nak pesan sikit kat hang.. (sengaja aku gunakan ayat yg poyo sket..)

Jadikanlah tawaran yang diterima ini sebagai langkah pertama dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Jadikanlah langkah yang nana ambil ini sebagai batu loncatan dalam hidup. Berusahalah! Yakinlah pada diri untuk terus melangkah. Kak wani yakin yang nana pasti dapat melakukannya dengan sangat baik dan cemerlang. Kak wani sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adik sekalian. Kak Wani yakin, itulah juga doa yang dipanjatkan oleh mama dan bapak setiap kali solat didirikan.

Ingatlah nana, langkah pertama yang diambil ini bukannya mudah. Oleh itu, kuatkan semangat (kalau nangis2 tu standard la kan.. aku pun nangis gak.. hehe.. tp mujur lepas lg la stakat ni..) dan jangan mudah berputus asa. Tingkatkan usaha, jangan lupa berdoa dan akhir sekali bertawakallah.. Kerna sesungguhnya hanyalah Dia yang menentukan segalanya.

Sayang selalu daripada;
Kak wani (yang comel sentiasa.. wahaha..)

p/s:
to mondok berdua - hangpa ready la .. lepas ni xdak orang dh yg nak layan teka-teki penipu hangpa tu.. huhu.. jangan nangis r sbb tak dak kawan nnti.. n sbb xdak orang nk layan n masak untuk hangpa.. wahaha..

to mimi - huhu.. ready la untuk amik alih aktiviti melayan karenah dua ekor yang busuk itu.. huhu.. belajar2 la masak.. takut kang.. kurus lak dua ekor mondok yg comot itu.. wahaha..

to nat - ko dh jadi 2nd jeneral lepas kak mimi hang.. so jangan garang2 sangat.. kalau tak nanti bila aku balik.. aku tarik balik kuasa hangpa semua.. baru tau.. tp apa yg pasti.. aku tetap yg paling berkuasa antara kita semua tak kira aku ada kat rumah atau kat mana2.. :D huhu.. jangan jeles ha..

to mama n bpk - tak mau menantu pantai timur? wahaha.. tungu2 jelah.. nana dh mulakan langkah menghala ke sana.. bpk ingat lagi tak ayat ni?! hehe.. :D

Wednesday, January 7, 2009

Happy Birthday Sweetheart!!

Isnin, 8 September 2008 - Itulah merupakan hari pertama aku mula melangkah masuk ke alam blog. Idea ini tercetus tatkala aku melihat class project kawan aku ketika aku pergi melawat ke biliknya. Katanya, dengan menggunakan bloggers (B) aktiviti berblog menjadi lebih mudah. So, sebaik sahaja aku kembali ke bilik, tanganku mula menggerakkan tetikus, melayari google dan mencari bagaimanakah langkah untuk aku mula berblog. Alhamdulillah, selepas beberapa kali percubaan akhirnya aku berjaya menyiapkan blog aku yang pertama yang telah aku beri nama Kalam Coretan. Fungsinya adalah untuk aku meletakkan cerita-cerita bersiri yang pernah aku hasilkan. Pada saat dan ketika itu, aku tidak menyangka bahawa blog aku ini akan dilewati oleh mana-mana pengunjung atau pembaca. Sehinggalah pada 11 Oktober yang lalu, aku mendapat notis daripada [Kalam Coretan] yang mengatakan ada komen yang telah ditinggalkan.

Insan pertama yang meninggalkan jejaknya diblog Kalam Coretan adalah nani naqie. Jutaan terima kasih Lea nak ucapkan buat nani naqie atas jejak pertama yang telah nani tinggalkan. Tanpa komen tersebut, Lea rasa belum tentu lagi Lea akan berasa bersemangat untuk meneruskan aktiviti berblog.

Tidak lama kemudian, blog Lea mula menjadi ikutan. Insan pertama yang menjadi pengikut blog Kalam Coretan adalah Nur_rieN. Tatkala Lea mengetahui bahawa ada insan yang berminat dengan hasil karya Lea, sungguh terharu Lea rasakan di saat itu. Rasa seperti disokong dan dihargai. Sesungguhnya Lea sangat-sangat menghargainya. Hari demi hari semakin berlalu, pengikut blog Lea juga semakin hari semakin bertambah. Selepas Nur_rieN, pengikut yang kedua adalah Cutiesgurl dan diikuti oleh arisya, misz nana, nanie naqi, ~~Lolipop~~ dan ramai lagi.

Hari ini, 8 Januari 2009 genaplah empat bulan usia aku berblog dan hari ini jugalah pengikut blog Kalam Coretan telah mencecah angka genap 50 orang. Sungguh terharu aku rasakan. Dalam usia yang sebegini mentah, aku mendapat sokongan yang sangat padu daripada kawan-kawan sekalian. Biar walau jutaan bintang dilangit yang dihamparkan buat kawan-kawan sekalian bagi menghargai sokongan buat Lea, namun itu semua masih belum lagi mampu menggambarkan betapa besarnya hati Lea terhadap kawan-kawan semua.

Selain daripada kawan-kawan yang memberikan sokongan kepada Lea melalui cara menjadi pengikut secara terang-terangan, terdapat juga kawan-kawan yang hanya memberikan sokongan kepada Lea melalui ucapan-ucapan ringkas yang ditinggalkan di Cbox Kalam Coretan. Antaranya adalah nin, yaty, che na, anyssa izz, zatie, ieja, kak dina dan ramai lagi. Tak mampu untuk Lea menyenaraikan semuanya disini. Hanya kata terima kasih dan sebesar-besar penghargaan yang mampu Lea titipkan di sini buat kawan-kawan semua.

Terima kasih temanku, terima kasih selamanya..

Fakta nombor dan nama daripada laman Kalam Coretan:

1) Mula dibangunkan pada 08/09/08
2) Follower pertama adalah Nur_rieN
4) Empat follower terawal selepas Nur_rieN adalah - Cutiesgurl, arisya, misz nana, nanie naqi dan ~~Lolipop~~.
5) Angka followers mencecah angka 50 pada 08/01/09.
6) Follower yang ke-50 adalah flizoll.
7) Bab pertama yang dikomen oleh pembaca adalah Air Mata Hati Bab 4.
8) Komen pertama telah ditinggalkan oleh nanie naqi pada 11 Oktober 2008.