Thursday, April 23, 2009

Zaman Pra-Kemerdekaan v(^_^)v

Holla dan assalamualaikum buat semua.

Pada malam ini, usaha 'rundingan damai' yang terakhir akan dijalankan tepat jam 2000 bertempat di Dewan Peperiksaan A, Dewan Utama Pelajar, USM. 'Rundingan Damai' ini dijangkakan akan berlangsung selama 3 jam. Tajuk rundingan pada malam ini adalah Finance and Accounting for Management dan ketua hakim bagi rundingan pada malam ini adalah Dr. Sofri Yahya.

Walaubagaimana pun, menurut sumber-sumber maklumat yang boleh dipercayai, genjatan senjata berkemungkinan besar akan berlaku sebaik sahaja tempoh rundingan damai berakhir. Sejurus kemudian, jeritan dan laungan kemerdekaan akan kedengaran dengan meriahnya di perkarangan Dewan Peperiksaan A. Dijangkakan hampir 30 orang individu akan menyertai laungan kemerdekaan ini...

Hehe...Ternyata sudah ramai yang tidak sabar untuk menantikan detik-detik kemerdekaan ini. Semoga ia akan menjadi detik termanis dalam kehidupan.

Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Yuuuhuuuuuuuuuuuuuu!!! Tak sabarnya nak merdeka...
Yeye.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!

Opss.. ni testing suara untuk sambutan kemerdekaan pada malam ini... hehe.. daaa...

2 comments:

  1. macam macam ada sekarang nie yer progol blog pun ade ish...ishh dasyat tu progol nie elok hukum sula jer

    ReplyDelete