Saturday, April 25, 2009

Perogol Blog??!

Hai, salam buat semua.

Hari ini Lea terkejut melihat entri daripada seorang sahabat blog kita Iman Hazana yang tiba-tiba mengambil keputusan untuk tidak terus menghantar karyanya ke blog. Semua ini adalah gara-gara perogol blog .. Siapakah dia si perogol blog ini? Hehe.. Lea sendiri tidak tahu. Namun apa yang pasti, si perogol blog ini sering cuba untuk 'membantu' kawan-kawan kita ini untuk menghantarkan karyanya ke blog Penulisan2u. Erm.. kenapa ini semua berlaku?

Seingat Lea, kejadian ini merupakan kali ke tiga Lea mendengar ianya berlaku. Kejadian yang pertama sewaktu Kak Aini (kalau tak salah Lea) meninggalkan komen pada karyanya di Blog Penulisan2u yang berbunyi begini: "Aik... macam mana citer ni boleh bersambung? Rasanya dah lama aku tak hantar sambungan citer ni kat sini..." Lebih kurang la mcm tu ayat dia..

Tidak lama kemudian, muncul sorang lagi sahabat kita yang merungut benda yang sama. Lea minta maaf coz tak ingat sapa. Kisahnya juga hampir serupa. Ada insan yang dengan sangat 'baik hatinya' cuba 'membantu' untuk menghantarkan sambungan karya tersebut ke blog yang sama tanpa kebenaran penulis asalnya. Akibatnya, penulis tersebut juga telah mengambil keputusan untuk berhenti mengepos sambungan karyanya ke blognya.

Dan hari ini, Iman Hazana pula telah mengeluarkan kenyataan yang sama. Dia juga telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar sambungan karyanya ke blog peribadi. Semuanya gara-gara si perogol blog ini.

Kenapa semua ini berlaku? Adakah kerana insan tersebut terlalu menggilai hasil-hasil karya tersebut sehingga sanggup melakukan apa sahaja? Persoalannya, sekiranya benar insan tersebut terlalu menggilai hasil karya tersebut, tidak bolehkah dia hanya terus membaca di blog-blog peribadi penulis? Apa perlunya dia menghantar karya-karya tersebut ke blog lain tanpa kebenaran daripada penulis?

Sungguh Lea tidak faham dengan situasi ini. Atau terdapat satu sendiket yang cuba meraih keuntungan daripada karya-karya ini?

Hurm... Walauapa pun alasannya, pada pendapat Lea insan ini terlalu mementingkan diri sendiri. Kesan daripada tindakannya itu telah terpalit kepada semua. Adalah menjadi suatu kerugian buat sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut karya-karya tersebut apabila para penulis yang terlibat berasa kecewa dan berkeinginan untuk terus berhenti dari berkarya di blog.

Sebelum ini kita telah dilanda dengan satu kejadian di mana dua blog yang menempatkan karya-karya hebat telah dimusnahkan gara-gara 'tabiat' manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri ini. Mengapa semua ini harus berlaku?

Sungguh mendukacitakan. Sepatutnya, kita boleh mewujudkan satu jaringan pengkarya-pengkarya blog yang harmoni. Saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Hasilnya, setiap daripada kita akan mendapat faedahnya. Baik kepada pengkarya/penulis mahu pun peminat atau pengikut karya-karya blog. Matlamat untuk melunaskan segala yang terselit di hati bukanlah satu tiket untuk kita melakukan segala-galanya dengan sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan rasa hati orang lain.

Diharapkan agar kejadian seperti ini tidak lagi akan berulang. Marilah kita sama-sama tolong-menolong serta menyokong antara satu sama lain demi kebaikan serta kesejahteraan sejagat.

Nampaknya sekarang ini kita bukan sahaja perlu berhati-hati dengan kewujudan perogol-perogol bersiri tetapi juga dengan perogol-perogol blog. Marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian blog-blog kita... huhu T_T

12 comments:

  1. ya2...betul tu kak lea...sama2 menjaga kesucian blog kita...haha...tp blog2 org yg macam lea la yg wat cerpen n e novel ni...blog sy blog merapu...haha..
    sedih la...kak lea, tolong2 ar pujuk iman...sambung JAC... best cite tu...sweet..sgt
    -ANAKLAUT-

    ReplyDelete
  2. macam macam ada sekarang nie yer progol blog pun ade ish...ishh dasyat tu progol nie elok hukum sula jer

    ReplyDelete
  3. huhuhu..seriau den dongarnye lea....
    huhuhu...
    ehh...
    lea kene hired ain jg bodyguard ni...
    gaji x byk pon..
    1 jam rm 500...
    ok la tu...
    huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. Salam Lea,
    itulah dia, saya dgr juga cerita begitu..sebab tu sebelum terkena pada blog saya yg masih 'sunti', awal2 lagi dah buat persedian utk dptkan tips supaya karya kita terjamin kekal sebagai simpanan peribadi tanpa mampu disalin curi oleh 'Perogol Blog' itu.

    Lea pu patut buat begitu..

    p/s terima kasih kepada Hanni Ramsul.. :)

    ~Putri Lily~

    ReplyDelete
  5. hi semua..

    sapa la yg x bt/jwb merogol hasil2 tulisan dr blog2 orng lain, telah hilang rasa hormat thdap ssh payah org yg mhasilkan karya..

    kita sepatutnya mberi semangat bukan mjatuhkan.. x de sifat untuk melindungi penulis2 yang sedia ada.. sekarang wlau dimana kita berada smuanya sudah tidak selamat.. wpn diblog2.. smua penulis2 teruskan la bkarya n berhati2 dgn stiap langkah anda.. sy doakan anda smua dpt mhasilkan karya yg menarik untuk tatapan pembaca yg tau mghargai hasil tulisan anda..

    ReplyDelete
  6. huhu x guna btol 'perogol blog' tu .

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. rileks... nak wat camner tulah antara risiko penulis2 blog... karya anda tidak diiktiraf sebagai harta intelek.... mungkin blogger.spot perlu memikirkan untuk tidak membenarkan copy n paste di sini demi menjaga ke'intelek'kan warga2 blog...

    p/s hahaha byk kali perbetulkan comment susah jugak xde copy n paste...

    ReplyDelete
  10. menarik topik ini. tapi bila penulisan2u antara di jadikan isu dalam artikel ini. Sebagai pemilik penulisan2u.. saya juga perlu bagi satu isu.. kenapa tidak.. pada bab-bab awal.. mereka menghantar kepada blog penulisan2u.. dan mengunakan blog penulisan2u memperkenalkan karya-karya mereka.. pada satu peringkat.. mereka memberhentikan karya di blog penulisan2u.. blog penulisan2u seperti blog karya setengah jalan.. bila dah ramai peminat, mula stop berkarya di penulisan2u. kami memberi peluang untuk penulis berkarya, malah memberi penghargaan melalui hadiah sebagai semangat untuk berkarya.. Malah karya yang menarik, penulis berbakat, kami perkenalkan kepada penerbit untuk publish. Kami tidak dapat satu sen pun kalau kami perkenalkan kpd penerbit. bukan seperti ada satu group yang mengumpul karya penulis dan menjual kepada penerbit. Kami memberi peluang kepada yang berminat.

    ReplyDelete
  11. terima kasih kepada pihak penulisan2u yang sudi berkongsi pendapat di sini. Nampaknya pihak penulisan2u juga mempunyai isu yang dipersoalkan kembali. Baiklah, mari kita bincangkannya satu persatu.

    Untuk permulaannya, Lea hendak mengucapkan terima kasih kepada blog Penulisan2u yang juga menempatkan karya2 Lea di sana. Lea tidak menafikan peranan blog Penulisan2u di sini. Menurut pemerhatian Lea, ada ramai di antara para penulis e-novel n e-cerpen ini menggunakan blog penulisan2u sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan diri kepada pembaca dan tak mustahil juga kepada penerbit.

    Tetapi yang menjadi persoalan di sini adalah bagaimana smbungan2 karya tersebut boleh berada di blog penulisan2u sekiranya tuan yang empunya cerita tidak menghantar ke sana. Itu yang menimbulkan rasa kecewa para penulis yang terlibat (menurut entri luahan hati merekalah).

    Mungkin pihak penulisan2u juga berasa kecewa kerana ada di kalangan para penulis yang memberhentikan karya di blog penulisan2u setelah mereka mempunyai ramai peminat, namun itu adalah hak mereka. Memandangkan tiada perjanjian yang dibuat antara blog penulisan2u dan penghantar karya, maka adalah menjadi hak mutlak pengkarya untuk membuat keputusan sama ada mahu terus menghantar karya mereka atau tidak.

    Oleh itu Lea cadangkan, mungkin pihak penulisan2u boleh membuka satu forum bagi membincangkan isu 'hantar sekerat jalan' ini bersama-sama pengkarya yang terlibat supaya dapat diwujudkan suatu keadaan menang-menang antara blog penulisan2u dan pengkarya.

    Sungguhpun begitu, biar apapun alasannya Lea tetap tidak bersetuju dengan tindakan insan yang tidak bertanggung jawb yang secara curi2 menghantar sambungan karya ke blog penulisan2u. Hal ini kerana, tindakan yang tidak bertanggung jwb tersebut telah membawa kesan negatif bukan sahaja kepada penulis malah juga kepada peminat. Ramai penulis yang berhenti menghantarkan karya di mana2 blog tak kira sama ada blog persendirian atau awam disebabkan oleh isu ini.

    Maka, apa untungnya jika keadaan ini berterusan? so, sama2lah kita memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah ini.

    p/s: Lea menulis komen ini berdasarkan pendapat peribadi Lea tanpa menuduh mana2 pihak yang bersalah. Lea buka topik ini untuk sama-sama kita bincangkannya. Lea sangat menghargai kesudian pihak penulisan2u memberikan respon di sini. cuma pesan Lea, perbincangan ini janganlah berlandaskan emosi tetapi bersandarkan kepada sikap toleransi dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  12. kami akan memberi peluang kepada yang ingin berkarya bersama kami.. kepada karya yang menarik kami akan membantu untuk bersama usahasama dengan penerbit. Satu sen pun kami tidak dapat keuntungan dari karya mereka yang kami naik kepada penerbit.... bukan seperti salah satu group yang memperkenalkan kpd penerbit dan mandapat komisyen atas karya orang lain.. so berhati2..

    ReplyDelete