Friday, March 19, 2010

Wajah Suci itu apakah dosa mereka?

Sejak kebelakangan ini, kisah pembuangan bayi semakin menjadi jadi.  Bermula dengan satu kisah ke satu kisah yang lain.  Ada yang dihumban ke dalam longkang, tong sampah dan tidak ketinggalan juga dibuang ke dalam tangki najis.  Sehingga pecah berderai kepala bayi itu.  Nauzubillah!  Apa yang sudah terjadi dengan dunia kini?  Adakah ini merupakan petanda akhir zaman?  Sungguh manusia kini ibarat telah kembali ke zaman jahiliyah.  Malah mungkin lebih teruk lagi...  Manusia kini lebih berhati haiwan.  Tiada lagi kasih sayang di dalam hatinya.  Anak yang sepatutnya menjadi amanah kepada ibu bapa untuk mendidik, mengasuh serta menyayangi kini ibarat sudah tiada nilainya.  Malah mungkin juga boleh disamatarafkan seperti sampah!!!  Teganya hati mereka mencampakkan bayi yang tidak berdosa itu dengan sewenang-wenangnya.

Masih ingatkah kepada bayi yang ditemui mati di dalam longkang tidak lama dahulu?  Hari ini kita diberitakan bahawa kedua MAKHLUK yang bertanggung jawab membawa bayi mulia itu ke dunia ini serta membunuhnya tanpa belas kasihan itu sudahpun di bawa ke muka pengadilan.  Alhamdulillah!  Semoga mereka dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam mereka itu.  Untuk berita lanjut sila baca di sini.

Kadangkala Lea terfikir sendiri, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini?  Kata bapak Lea, semua ini bermula dengan persepsi masyarakat terhadap bayi yang lahir hasil daripada hubungan terlarang ini.  Aneh sungguh dunia ini.  Bayi yang suci dan bersih dari sebarang noda itu dihina dan ditidakkan haknya untuk hidup di dunia ini tetapi MAKHLUK-MAKHLUK durjana itu dibiarkan lepas begitu sahaja.  Malah semalam akhbar online hmetro telah menyiarkan seorang wanita yang tanpa rasa bersalah mengandungkan bayi hasil persetubuhan haram buat kali kedua dan berada dalam pengetahuan pihak keluarga.  Ibu ayahnya terpaksa mendiamkan diri memandangkan anak itulah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga.  Apa sudah terjadi dengan institusi kekeluargaan di Malaysia ini?  Ibu bapa sendiri sudah tidak mampu mengekang kemungkaran seperti ini terus berlaku di kalangan ahli keluarga sendiri.

Lalu apakah penyelesaiannya?

Rasanya hanya satu jalan yang tinggal.  Kita sendiri sebagai masyarakat seharusnya berubah.  Berubah dari terus mencerca dan menidakkan hak bayi-bayi ini untuk terus hidup.  Hilangkanlah prejudis dan rasa jijik terhadap mereka yang tidak berdosa ini.  Malah sayangilah mereka!  Kasihilah mereka!  Mereka tiada bezanya dengan kita.  Darah yang mengalir dalam tubuh kita sama sahaja warna merahnya...

Sebaliknya, CACILAH, KUTUKLAH, serta HINALAH mereka si lelaki dan si perempuan yang bertanggung jawab ke atas mereka dengan niat untuk menyedarkan.  Namun, usah sampai hak mereka untuk hidup juga diambil oleh masyarakat.  Berpada-padalah!  Asalkan mereka sudah bertaubat lalu terimalah kembali mereka.  Dosa mereka itu biarlah Allah sahaja yang mengadilinya.  Kita sebagai manusia tidak berhak untuk melakukan lebih dari itu.  Inilah tanggung jawab kita sebagai masyarakat.  Ayuhlah!  Sedarlah wahai masyarakat sekalain.  Selagi kita belum berubah, selagi itulah wajah-wajah suci itu akan terus menjadi mangsanya.  Apakah dosa mereka??

Untuk itu dengarkanlah lagu ini.  Semoga menjadi iktibar buat kita.
Dengarkan lagu ini WAJAH SUCI oleh MESTICA.

Tuesday, February 16, 2010

KMPP... Aiyakkk!!!

Sesungguhnya cuti dua hari di rumah tok benar-benar menceriakan hidup aku yang kebelakangan ini dipenuhi dengan rasa stress semata-mata.  Ternyata keputusan aku adalah tepat.  Aktiviti menonton cerita bersama mama, bapak dan adik-adik benar-benar menghiburkan hati.  Aktiviti mengait buah sukun juga sangat memberi kesan di hati.  Melihat keadaan bapak, mama dan adik-adik yang bertungukus lumus untuk mengait buah sukun jelas menggambarkan keakraban kami sekeluarga.  Aku suka suasana begini.  Semoga suasana ini akan terus berkekalan hendaknya.  Amin...

Di sebelah petangnya pula aku, Mimi dan Nat mandi hujan 'air sungai'.  Wahaha... Tok Wan mengepam air sungai dengan menggunakan generator dan kemudiannya kami semburkan ke langit dan akhirnya air sungai itu kembali turun ke bumi sebagai rintik-rintik halus yang mendinginkan. Hampir satu jam juga kami bermain hujan 'air sungai' itu... Puas!

Itu adalah kisan apa yang berlaku semalam.  Pagi ini kami sekeluarga bertolak pulang dari rumah Tok Wan lebih kurang dalam pukul 8 pagi.  Destinasi pertama kami adalah ke KMPP untuk menghantar Mimi pulang.  Apabila tiba di KMPP secara tidak langsung nostalgia aku di KMPP kembali menyerap di kalbu.

Sungguh aku berasa sangat gembira dan teruja apabila berada di sana.  Jika diikutkan rasa hati, nak je aku kembali 'tawaf' KMPP seperti yang sering aku lakukan dulu.  Namun memandangkan keadaan masa yang suntuk, aku hanya berjalan-jalan di kawasan belakang cafe A sambil menikmati pemandangan bunga-bunga ungu dan putih yang memenuhi jalan raya.  Sungguh aku sangat gumbira!

Ibarat sirih pulang ke gagang dan pinang pulang ke tampuk.  Itulah ibaratnya aku tadi.  Menjejakkan semula kaki ke sana setelah hampir 6 tahun aku meninggalkannya benar-benar menggembirakan hati.  Sungguh aku sayangkan KMPP!

 

Inilah pemandangan 'musim bunga' KMPP! Sungguh indah kan?
Setelah puas bergambar di bawah pohon nan indah itu, kami pun akhirnya bergerak pulang meninggalkan KMPP.  Namun, aku yang masih dalam keadaan keterujaan yang melampau telah meminta bapak untuk berhenti di hadapan pintu gerbang KMPP dengan motif untuk mengambil gambar di situ pula.  Untuk kenangan kataku!


 
KMPP yang menjadi pojaan hatiku!

Jika sesiapa yang pernah belajar atau mengunjungi KMPP ini pasti kalian tahu bahawa di sebelah pintu gerbang ini terdapat sebuah tasik.  Tasik yang telah menyimpan seribu satu kenangan sewaktu aku masih lagi bergelar KMPPian.  Oleh itu, perasaan teruja itu terus membuak-buak di dalam jiwa.  Hati aku bagaikan meronta-ronta untuk turut mengabdikan gambar kenangan bersama tasik itu.  Namun, benarlah kata orang "Malang tidak berbau"... 

Jeng... Jeng... Jeng...

Siapa sangka langkah kaki aku tiba-tiba menjadi sumbang dan akhirnya aku....

Haiyyakk!!!

 

Alamak... kenapa tiba-tiba aku dah boleh berada di atas jalan nih??



Antara rasa ingin menangis dan ketawa... Tak tahu mana satu yang perlu aku lakukan... Keh3~



Tengok... apa akibatnya??



Sedih benar wajah aku ini... Sebenarnya cuba meminta simpati bapak yang sedang 'bertugas' sebagai jurukamera... hehe... langsung tak ada simpati!!



Argh! susah-susah sangat begini sajalah pose untuk hari ini... wakakkakaka~
Gila betul! Langsung tak pernah terlintas dek akal aku yang aku akan mengalami kejadian sebegini.  Hehe.. Sabar sajalah.  Kata bapak ini semua yang akan menjadi kenangan terindah aku bersama KMPP walaupun setelah 6 tahun aku meninggalkan KMPP.. wahahaha~ Sabar jelah aku.....

Oleh itu, sebagai upah kepada kaki yang sakit, kami akhirnya beramai-ramai pergi menjamu selera di Taman Tun Sardon, Gelugor.  Macam biasalah.  Mestilah bihun sup yang menjadi pilihan.  Cuba lihat wajah-wajah khusyuk kita orang... 


 

Tak kisah lah kaki sakit ke ape... Janji makan memang aku makan.. keh3~

Rasanya cukup lah dulu entri pada kali ini.  Dah terlebih panjang rasanya.  Apapun, aku sangat gumbira pada cuti kali ini.  Alhamdulillah.... :D

p/s: ada orang bagi pesanan penaja, "Lain kali jangan berlari ek... Jalan pun boleh sampai juga."  Wahahaha... Baik cip!!

Friday, February 12, 2010

Jemputan...

Salam buat semua,

Hari ini bermulalah cuti pertengahan semester bagi mahasiswa dari USM dan mungkin juga dari universiti-universiti yang lain.  Kebetulan juga pada hujung minggu ini juga kaum Cina bakal menyambut Tahun Baru Cina.  Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Lea ucapkan buat semua rakan-rakan yang berbangsa Cina.  Tapi ini bukanlah topik utama Lea pada entri kali ini.

Seperti biasa, setiap kali musim cuti bermula banyaklah undangan perkahwinan yang datang.  Dulu Lea hanya melihat mama dan bapak Lea saja yang membawa pulang kad undangan ke majlis perkahwinan anak sahabat-sahabat mereka.  Tetapi kini Lea sendiri tidak terkecuali untuk menerimanya.  Sungguh tidak Lea sangka.  Setiap kali musim cuti bermula, setiap itu juga Lea akan menerima kad jemputan. 

Jemputan perkahwinan pertama yang Lea terima adalah daripada sahabat baik Lea sewaktu Lea menuntut di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dulu.  Wan Nur Huda namanya yang kini sudah bergelar ibu kepada anak lelakinya yang sangat comel - Hariz.  Malangnya Lea tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan Huda.  Maklumlah Lea sendiri belum bekerja dan tiada kenderaan sendiri. 

Tidak lama kemudian, disusuli pula dengan jemputan perkahwinan oleh rakan-rakan Lea sewaktu Lea aktif dalam persatuan kolej di UTM dulu.  Syukri (Syuk), Farhan (Paan) dan Kak Zu.  Rakan-rakan kelas Lea juga tidak ketinggalan.  Baru-baru ini Lea sempat menghadiri majlis perkahwinan Dzulkarnain Baharuddin.  Dzul juga merupakan sahabat rapat Lea sewaktu tiga tahun Lea bergelar pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) sewaktu di UTM dulu.  Itu pun kerana mama dan bapak turut sama ke majlis tersebut.  Jadi Lea tidak perlu bimbang akan isu 'bagaimana' hendak ke sana. 

Pada 6 Februari yang lalu pula, berkongsi tarikh dengan hari lahir Lea seorang lagi rakan sekelas Lea sewaktu di UTM dulu melangsungkan majlis perkahwinan iaitu Suziani.  Tahniah diucapkan.  Cuma agak terkilan kerana Lea tidak dapat hadir juga walaupun majlis itu hanya berlangsung di Kuala Kedah.  Tidak terlalu jauh dari Penang ini.  Namun disebabkan pada keesokkan harinya Lea terpaksa menghadiri kelas ganti maka terpaksa dipendam hasrat di hati.

Dan pada 14 Februari ini, satu lagi jemputan perkahwinan telah Lea terima iaitu dari rakan sekelas Lea sewaktu Lea di belajar di SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak.  Lea sempat sekelas dengan Shazly ini selama 2 tahun iaitu sewaktu tingkatan 3 dan tingkatan 4.  Kemudian Shazly berpindah ke Slim River kerana mengikut keluarganya ke sana. 

 

Selamat Pengantin Baru
Semoga Berbahagia selalu hendaknya...

Tidak ketinggalan juga Makcik Lea yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada Disember yang lalu.  Semoga acik dan juga pak cik Nazirul berbahagia selalu hendaknya....

Rasanya cukuplah setakat ini dahulu coretan Lea buat hari ini.  Lea mengucapkan semoga berbahagia selalu dan semoga diredhai Allah sentiasa buat sahabat-sahabat Lea bersama pasangan masing-masing.  Insya-Allah. Amin :D

p/s: tiba-tiba jek Lea berasa macam "ek? dah besar rupanya aku..." wahahahaha......

Monday, February 8, 2010

Friendship Contest

Alahai... Dah lama Lea tak update Lea nyer blog kan? hehe... tapi tiba-tiba jek hari ni bukan sahaja update blog but masuk contest lak... Sebenarnya ni semua sebab Lea jenguk blog kezen Lea... Emylin.. rajin sungguh dia ni join contest2 yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloggers... Oleh sebab Lea rasa contest ini agak menarik maka Lea pun dengan masa yang terhad cuba untuk join juga.. hehe... so inilah pic yang Lea gunakan untuk contest ini...

 
Kenangan terindah sewaktu bersama rakan-rakan JKM K11 dan AJK SUKAM
Sungguh aku rindu detik waktu itu...
Sesungguhnya detik bersama kalian akan terus kekal dalam kenangan untuk selamanya....
Selagi hayat dikandung badan... Selagi Dia izinkan...
Insyaallah...
Semoga kalian sentiasa dirahmati oleh-Nya...
Semoga berbahagia selalu...
Amin!!

sesiapa yang nak join contest ini penyertaan masih dibuka sehingga 10 Februari 2010.
Sila lawati : Friendship Contest

Sunday, January 24, 2010

Bertapa di MBA Lounge

Hola buat semua...

Nampaknya kini Lea menemui tempat pertapaan yang baru - MBA Lounge, GSB.  Hehe... tiba-tiba terasa mcm "Wah! Gigihnya aku sekarang ni yek..." keh3~  Boleh dikatakan hampir setiap hari (weekdays) Lea akan menghabiskan masa di MBA Lounge untuk mengumpul Annual Report mahupun jurnal... Semuanya disebabkan oleh gerak kerja tesis yang sudah bermula...  Sungguhpun semuanya nampak bagai agak rumit tetapi entah mengapa Lea sangat enjoy dengan tugasan ini... Mungkin sebab tak perlu hantar borang soal selidik kot... keh3~  Kalau tidak mesti lebih leceh jadinya...

Tetapi kesan pada usaha gigih sepanjang weekdays ini ialah pada hujung minggu... Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, Lea memang pengsan sungguh-sungguh... Boleh dikatakan hampir satu hari rasa nak tidur sahaja... Kepala pun asyik pening...  Jadi Lea dan rummet sama-sama menghihurkan diri dengan tengok citer Korea dan juga Hindustan... keh3~ Sabo jelah... Memang kita orang enjoy betul hujung minggu lepas...

Hari ini hari Isnin telah kembali... Oleh itu Lea perlu memulakan rutin Lea semula iaitu bertapa di MBA Lounge (^_^)v  Tadi Lea baru sahaja selesai sesi konsultansi bersama Dr. Azlan dan seperti biasa, Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar... Ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan memandangkan cadangan asal terdapat beberapa kepincangan...

So, lets back to work!

Kalau nak grad cepat kena kerja pun cepat n bersungguh-sungguh... semoga semuanya bukan dalam kategori 'hangat-hangat tahi ayam'! Ah... Busuknya tahi ayam.. keh3~

Thursday, January 14, 2010

Dissertation...

Salam buat semua...
Sekarang ni Lea tersangatlah bz untuk menyiapkan proposal untuk dissertation MBA yang perlu dihantar pada 19 Januari ini...

Untuk dissertation ini Lea perlu mendapatkan paling kurang 200 penyata tahunan syarikat selama 3 tahun berturut-turut... dan buat masa ini Lea telah berjaya mengumpul 59 penyata tahunan untuk 3 tahun berturut-turut yang telah berjaya melepasi saringan kriteria yg pertama...

Terdapat empat sektor utama yang menjadi fokus kajian ini... harapnya sampel cukup lah.. jika tidak Lea terpaksa luaskan skop sektor...

Sejujurnya Lea berasa sangat enjoy melakukan tugasan kali ini... Lea lebih suka begini dari terpaksa pergi berhadapan dengan pihak industri yang sudah dimaklumi agak sukar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka... Lea faham... Bagi sesebuah entiti yang beroreantiasikan keuntungan, setiap detik yang berlalu itu adalah 'wang'...

Lea bukan pelajar pertama yang menggunakan kaedah ini untuk dissertation MBA nya... sebelum ini ada seorang pelajar bawah seliaan Dr. Hadi telah berjaya menyiapkannya... syarikat yang menjadi fokus beliau adalah syarikat-syarikat yang tersenarai dalam papan Mesdeq... berbeza dengan Lea yang mengambil syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia....

Setelah selesai proposal ini, InsyaAllah Lea akan cuba fokus untuk membuat perancangan masa (gantt chart) bagi study ini pula... Lea sangat-sangat mengharapkan agar tugasan ini Lea dapat lalukan dengan penuh semangat dan lancar... InsyaAllah Lea akan cuba sedaya mungkin untuk menghasilkan 'sebuah' hasil yang baik memandangkan ini merupakan kali pertama Lea melakukannya secara individu... Sebelum ini ketika bergelar student undergrad untuk degree di UTM, Lea melakukannya secara berkumpulan...

Doakan Lea ek!

p/s: Ada orang sentiasa mengingatkan Lea supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan Lea akan dapat tamatkan pengajian pada tahun ini juga... InsyaAllah.. itu juga harapan Lea.. :D

Sunday, January 3, 2010

Hanyut dalam kenangan.. Terpaut kayu lalu pulang

Tadi sewaktu dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari di Tesco Extra, Sungai Dua ketika Lea melalui jejantas kenderaan untuk memasuki perkarangan Desasiswa RST daripada Kampus Induk, USM Lea telah berselisih dengan sekumpulan pelajar bermotosikal.  Secara spontan Lea melihat jam tangan.  Pukul 2.00 petang.  Serta merta nostalgia ketika berada di UTM bermain di layar ingatan dan membuatkan Lea tersenyum sendiri.  Seketika Lea merasakan kehidupan sebagan pelajar Undergraduate dahulu adalah lebih bermakna dan penuh dengan pengisian.  Manakala kehidupan di USM ini sangat pudar dan kurang isinya.

Tetapi tiba-tiba otak Lea bagai dijentik sesuatu.

"Kenapa aku sering hanyut dalam kenangan bagaikan aku tidak menghargai apa yang aku ada sekarang!"

Ya.  Kini baru Lea tersedar.  Untuk apa dikejar pada kenangan sedangkan kita sudah tahu bahawa kenangan itu tidak sesekali akan kembali.  Untuk apa dikesalkan kehidupan kini sedangkan tiada satu apa pun kerugian yang Lea alami.  Bahkan Lea harus bersyukur dengan apa yang Lea ada kini semuanya Lea perolehi setelah Lea jalani kehidupan ini.

Masa lampau telah mengajar Lea sesuatu tetapi ianya tidak bermakna masa kini hilang kesannya dalam hidup ini.  Hari ini tetap akan menjadi hari semalam setelah seharian ia berlalu.  Oleh itu untuk apa Lea kesali tentang hari ini.

Sesekali tidak salah andai kita mahu mengimbau kenangan lalu kerana ianya merupakan 'harta' berharga yang menjadi milik setiap individu.  Secara asasnya kita boleh sifatkan kenangan itu sebagai harta yang tidak mungkin dicuri oleh sesiapa melainkan Dia yang Maha Berhak dan Maha Berkuasa.

Oleh itu, hargailah apa yang kita ada kini dan kenangilah kenangan lalu sekiranya ia mampu membawa kebaikan pada diri.

Ajaibnya kenangan lalu apabila sesuatu yang kita tafsirkan sebagai pahit dahulu tetapi mampu membangkitkan rasa gembira dalam hati serta mengukir senyuman di bibir.