Monday, March 30, 2009

Sehari aku di Kuala Lumpur

Hai, salam buat semua. Rasanya sudah lama aku tak update sebarang n3 bg ketiga-tiga blog aku (ehem.. terkena aku hr Sabtu hr tu fsl ni... hehe...) Sebenarnya aku nak menceritakan apa yang berlaku sehari aku berada di Kuala Lumpur pada 28 Mac yang lalu.

Kisahnya bermula begini...

Aku mula menaiki bas Sri Maju untuk ke Kuala Lumpur jam 0715 pg. Aku sengaja suruh bapak belikan tiket paling awal pd hari tu dengan harapan boleh la perjalanan aku menjadi agak tenang dan tidak kelam kabut. Mengikut perkiraan normal, sepatutnya aku akan tiba di Pudu dua jam kemudian, kira-kira jam 0930 pg la. Tapi memandangkan bas yang aku naiki tu dibawa mengalahkan kura-kura, aku tiba di Pudu jam 10.30 pg. Oh ya! Lupa plak nak bg tau yang tujuan utama aku ke KL adalah untuk menghadiri perjumpaan bakal-bakal penulis PIPSB. Perjumpaan tersebut dijadualkan akan bermula jam 1030 pg bertempat di Pejabat PIPSB, Pandan Indah, Ampang.

Hurm... Perjumpaan dijadualkan bermula kol 1030 pg tapi aku sendiri baru tiba di Pudu jam 1030 pg. Hm.. tp sebelum tu ada lagi benda yang menarik iaitu 'blind-date' antara aku dan adra adlina. Huhu.. mujur saja adra yang terlebih dahulu tiba di Pudu cepat mengecam aku. Kalau nak harapkan aku, nak cam orang di tengah-tengah lautan manusia yang huru-hara alamatnya makin lambat la jadinya. Hehe.. Nak dijadikan cerita, turun saja dari bas aku dah nmpak ada seseorang yang sedang tersenyum sambil melambai. Sekali pandang aku yakin bahawa itu adalah Adra Adlina atau nama sebenarnya adalah Fatimah Hidayah :D

Pada mulanya aku bayangkan pertemuan antara aku dan adra akan bermula dengan gaya 'malu-malu kucing' tapi rupanya perkara yang sebaliknya berlaku. Relax jek kita orang jalan kat Pudu sambil pegang tangan. Macam orang yang dah lama kenal gayanya... hehe..

Kemudian, pengembaraan kami untuk mencari pejabat Pekan Ilmu bermula. Kami nek tren untuk erm.. apa ek nama stesen tu. Ni la masalah aku, susah nak ingat nama. xkisah la nama apa pun stesen tu tp yg pasti kita org akan kena tukar tren dipertengahan perjalanan. Aku yang sudah sememangnya agak kurang arif dengan selok belok di KL hanya mengikut jejak langkah Adra yang aku kira lebih arif di sana. Rupa-rupanya Adra sendiri ada penyakit 'x sure' bila kena tukar tren. Wahaha.. mmg la agak kelakar time tu. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Tak pasti nak turun or tak pastu nak tunggu kat sebelah mana lak. Adooi.. mmg la..

Semasa menunggu ketibaan tren, sempat jugak aku menelefon si Lolipop aka ain. Saja nak mengganggu ketenangan pagi Ain. Wahhaa.. Rasanya kalau dapat bertemu Ain pd Sabtu yang lepas mesti suasana lebih meriah.

Bila dah sampai di stesen yang dimaksudkan, maka dengan pantas aku dan adra mendapatkan teksi untuk ke pejabat PIPSB. Memandangkan kedua-dua kami tidak pernah sampai ke Pejabat PIPSB, so Adra just tunjukkan alamat pejabat PIPSB pada pak cik teksi tu. Dengan penuh yakin pak cik tu ckp dia tau nak ke sana. Rupa-rupanya keyakinan pak cik tu hanyalah sekerat jalan. Lagi separuh perjalanan pak cik tu sendiri tak pasti kat mana letaknya pejabat tu. Huhu.. macam-macam hal. Tapi nasib seakan-akan menyebelahi kami yang sudah sememangnya terlewat untuk ke perjumpaan tu. Pak Cik tu berhenti untuk berpatah balik semula betul-betul di hadapan pejabat Pekan Ilmu. Bertuah gila. Ternyata doa supaya perjalanan kami dipermudahkan, dimakbulkan Allah. Alhamdulillah...

Nak dijadikan cerita, boleh pulak pintu teksi tersebut tak boleh bukak. Kiri dan kanan. Jenuh jugak aku tolak pintu tu. Adra pun sama. Tapi perkara yang paling buat aku rasa tak tahan tu bila pak cik tu dengan slumber jek tanya, "tak boleh bukak ke?" Bila kita orang ckp xleh, dia just relax kat tempat dia. Pastu pak cik tu try bukak pintu kita org just dr tempat duduk dia. Langsung tak keluar ke ape. Pintu tu masih gagal dibuka and pak cik tu just ckp "Oh, pintu dah sangkut." Ek? Tercengang aku seketika. Aku dan adra saling berpandangan. Kita orang terpk gak, macam mana nak keluar ni? Nak kena panjat pintu depan ke? Adoi... memang gila la. Pastu tiba-tiba jek pintu sebelah adra boleh dibuka. apa lagi, sebaik sahaja kita orang keluar, ketawa kita orang pecah sampaikan pintu teksi pun lupa nak tutup.Ketibaan kami disambut oleh Abg Khar yang rupanya sedang bertenggek di balkoni dekat tangga. Wahaha.. mungkin dia menantikan kehadiran jemputan seperti kami. Huhu.. Apa pun, keadaan time tu mmg kelakar. Setelah tiba di Pejabat PIPSB, kelihatan sudah ada beberapa mereka yang lain. Kami bersalaman dan kemudiannya dijemput masuk untuk menjamu selera terlebih dahulu. Huhu.. itulah sarapan aku pada pagi itu. Tapi kan, bukan ke Abg Khar janji nak sediakan Pizza, McD and KFC? Keh.. keh.. keh.. tp pgi tu yg ada adalah McD melayu iaitu Bihun goreng. hehe.. its okla Abg Khar, pape pun kita org layan...

lepas tu kita orang dengar ucapan aluan yang lebih bersifat perkongisan cerita dan nasihat oleh Prof Dr Rahman Shaari, penasihat PIPSB. Hm.. drpd ucapan tersebut satu perkara yang benar-benar lekat dalam pale otak aku nih iaitu tentang "tujuan apa aku menulis cerita ini dan keiningan untuk maju dalam bidang penulisan." Hurm.. rasanya aku perlu fikirkan mengenai itu.

Kemudian, gelanggang berpindah tangan apabila Abg Khar pula mengambil alih majlis. Banyak juga perkara yang dibebelkan oleh Abg Khar (wahaha.. pakai istilah bebel.. xpe ke? hehe...) Banyak jugak la hikayat yang disampaikan oleh Tok Dalang Khar. Wahaha.. Banyak juga aku and adra kena 'jentik' dengan dia. hehe.. apa pun, Abg Khar don't worry. Mesej utama sesi hari tu memang sampai. Kat bawah ni antara gambar kenangan semasa perjumpaan tersebut.


Antara peserta yang hadir



Sedang bertukar-tukar alamat. Moga terus terjalin ukhwah antara kita :D

Credit gambar: Dicuri daripada laman web PIPBS

Ramai juga yang hadir pada perjumpaan ini antaranya adalah Dewi Biru, Zuliana, Farah, Nurul Loloz, Emio, Macai Suci bersama isterinya dan juga Jojo. Jojo? Erk.. founder Kapa.. Time tu aku dan adra sedaya upaya untuk menyembunyikan identiti kita orang. Entah la berjaya atau tak. Hopefully saudara Jojo tak sedar akan kewujudan kita orang di kapa.. wahaha.. Oklah.. setalah hampir satu jam lebih kami beku dalam bilik perbincangan tersebut maka aku dan adra meneruskan pengembaraan kami untuk satu lagi blind-date. Misinya adalah untuk bertemu Nin.. Kami kembali nek tren dan menuju ke stesen Shah Alam. Sekali lagi perjalanan kami dpermudahkan. Tiada masalah untuk mengecam wajah Nin walaupun ini merupakan pertama kali kami berjumpa. huhu..

Nin bawa kami berdua ke rumahnya. Kita orang dijamu dengan satey, cheese cake dan juga kek coklat yang sangat sedap. Terima kasih nin kerana bersusah payah untuk kita orang. Di rumah Nin, kita orang bertemu dengan mak Nin dan juga adik beradik Nin. Sungguh meriah dan sangat-sangat mesra. Salah satu misi ke rumah nin adalah untuk mencari fasal dengan si kecik Danish dan juga Akilah.. wahaha.. aku mmg suka cari fasal...

Lama jugak kita orang melepak di rumah Nin. Pelbagai topik keluar. Apa yang pasti topik-topik itu adalah 'rahsia' antara kami.. hehe.. lebih kurang jam 1800 ptg nin hantar adra pulang ke puncak perdana dan kemudiannya hantar aku ke stesen shah alam semula. Aku nek tren untuk menuju ke KL Sentral. Perjalanan aku kali ini agak mencabar. Mana tidaknya, aku ada masa selama satu jam jek untuk tiba di KL Sentral, jika tidak aku akan terlepas tren untuk ke ipoh yang dijadualkan pada jam 2000 mlm. Masalahnya tren yang aku nek ni asyik berhenti jek. Bak kata adra "siput tu memang suka tersedu" wahha.. ayat yang menarik... akhirnya, aku boleh menarik nafas lega apabila aku tiba KL Sentral pada jam 1945 mlm. Dengan keadaan tergesa-gesa aku menuju ke platform 1 setibanya di platform 1 aku diarahkan menaiki gerabak Q2 yang letaknya nun jauh dihadapan sekali. Adoiyai.. dalam keadaan pundi kencing yang sudah terlalu penuh dan keadaan masa yang tidak mencukupi, aku berlari-lari mencari gerabak yang dimaksudkan. Dah macam citer hindustran jek aku rasa. Nasib bek time aku nek tu ketapi lom gerak n xde orang nak hulurkan tangan tarik aku naik. Kalau tidak sah mlm tu aku jd Kajol malaysia yg rasa mcm dah nk kojol. wahaha..

Sebenarnya itulah pengalaman pertama aku travel menaiki tren seorang diri. Punyalah bosan. Dah la aku lapar gila time tu. Mujur dalam tren aku berjaya mencari tandas, kalau tak mesti lg malang aku rasa. huhu.. Setelah hampir 3 jam 30 min aku kebosanan di dalam ketapi akhirnya aku selamat tiba di Stesen Keretapi Ipoh pada jam 2335 mlm. Walaubagaimana pun, nyaris juga aku terlajak ke stesen lain sebab aku terlelap. hehe.. mujur aja ada satu mesej masuk time tu, kalau tak.. bapak kena amik aku kat hat yai la kot.. hehe..

Begitulah kisahnya sehari aku di Kuala Lumpur. Sungguh memenatkan tetapi sangat menyeronokkan dan akan sentiasa dikenang.

Buat Nin dan Adra, moga kita dapat bertemu lagi. Buat Loli pula, moga kita bertemu di lain masa (time tu jgn malu-malu lg tau...). Buat kenalan baru semasa pertemuan di PIPSB, semoga terus berjaya dan kalau buku masing-masing dah keluar, jangan lupa bg tau. Buat Abg Khar, sabo-sabo ek dh siap nnt Lea hantarkan full manuscrip.. huhu..

Kenangan terus kekal abadi =D

Untuk n3 lain mengenai perjumpaan di PIPSB sila klik di sini : Majlis Perjumpaan di PIPSB - 28 Mac 2009

2 comments:

  1. wahhhhhhh..
    jelesnye korang berjumpa..
    huhuhu...
    jeles..
    sgt la jeles ni..
    hehehehe....
    eiii...
    mmg jeles tahap gaban la...

    ReplyDelete
  2. hahaha...mmg kenangan yg tak dpt dilupekan smpi bebila la wani. sengal punye pak cik taxi hahaha.

    mesti naik pucat muke wani ble siput tuk duk tersedu jek tak abeh2. mmg la dia suke sangkut kat subang jaye ngan angkasapuri. ade rezeki kite jumpe lg ye! muahx!

    ReplyDelete