Thursday, November 19, 2009

Tahniah Baby!!!

Hari yang sangat gembira apabila Ina dan Iya mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam UPSR.  Tahniah kepada adik-adikku.  Semoga terus berjaya!!

Berikut merupakan rentetan perjalanan hari ini sempena detik-detik bersejarah dalam keluarga kami.  Si kembar ini masing-masing mendapat 4A1B dan 5A dalm peperiksaan mereka.
 

Nur Syazwina menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-7 keseluruhan
 
 
 

Nur Syahirah menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-9 keseluruhan
 
 

Iya berwajah ceria setelah selesai menerima hadiah
 
 

Ina mengambil tempat di sebelah Iya setelah selesai menerima anugerah
 
 
 

Berdebar menantikan keputusan UPSR diumumkan
 
 
 

Wajah-wajah murid cemerlah SK Sri Kinta bersama guru besar sekolah
(mereka yang mendapat 4A dan 5A dalam UPSR)

 
 

Si kembar yang menjadi kebanggaan keluarga!
 
 
 

Inilah hasil jerit perih kami!
 
 


Bergambar kenangan di perkarangan sekolah
 
 
 

Wajah bangga seorang ayah!
 
 
 

 Lea jua turut tumpang bangga atas kejayaan si kembar ini.  Tahniah!!




pesanan buat adik-adikku:


kejayaan pada hari ini bukanlah tanda aras tertinggi dalam hidupmu
tetapi ia merupakan satu titik mula dalam meraih kejayaan yang lebih cemerlang
maka,
berusahalah adik-adikku...
berusahalah selagi dikau mampu
dalam mengejar mimpi-mimpimu
dalam merealisasikan impian hidupmu
jadikanlah kemanisan hari ini sebagai pembakar semangat
dan titik mula kejayaan masa hadapan!


kak wani serta keluarga sentiasa mendoakan kejayaan kalian berdua...
semoga terus berjaya!









Tuesday, November 17, 2009

\++ Pulang kembali ++/

Hari ini merupakan hari ketiga Lea merehatkan diri di rumah sempena cuti pertengahan semester.  Sungguh.  Otak Lea yang seringkali saja serabut ketika berada di USM kini sudah kembali terurus.  "Gunakan jari pun boleh."  Itulah ibaratnya otak Lea ketika ini.  Sungguh tenang dan bebas daripada peristiwa-peristiwa yang kurang menyenangkan yang berlaku sepanjang minggu peperiksaan yang lalu.

Biarlah apa yang sudah berlaku itu.  Biarkan saja ia pergi.  Tiada gunanya pun andai Lea mengenangkan semua itu.  Apa yang penting kini adalah masa depan.  Itu yang patut Lea utamakan.  Perkara yang berlalu itu Lea harus jadikan pengajaran untuk persediaan di masa hadapan.

Kini Lea mula memikirkan kembali hala tuju Lea dalam bidang penulisan.  Sebelum ini Lea mendapat teguran daripada AK yang Lea anggap sebagai mentor dan guru Lea dalam bidang penulisan ini.  Katanya Lea kelihatan agak kurang serius dengan penulisan Lea.  Katanya lagi, untuk berjaya dalam bidang ini, budaya kerap memberikan alasan haruslah dikikis.

Maka Lea terfikir bilakah waktu yang terbaik untuk Lea kembali menulis dengan bersungguh-sungguh?  Ternyata, dalam bidang ini Lea ada satu impian iaitu menerbitkan novel Air Mata Hati.  Mungkin ada di antara pembaca blog ini juga menantikan apakah status terkini novel itu.  Adakah ianya bakal terbengkalai begitu sahaja? 

Sejujurnya Lea sendiri juga sedikit ngeri bila memikirkan kemungkinan yang satu itu.  Insyaallah.  Lea akan cuba sedaya upaya Lea untuk meneruskan novel itu.  Lea tidak akan menghampakan para pembaca Lea yang telah lama menantikan kemunculan novel itu.  Doakan Lea supaya dapat menyiapkan novel tersebut ya.

Blog Kalam Coretan juga sudah lama tiada isi baru walaupun dari segi dekorasinya sudah mengalami perubahan.  Insyaallah.  Lea akan cuba untuk pulang kembali ke zaman aktif Lea dalam menulis cerita.  Sungguhpun kualiti cerita hasil tulisan Lea itu tidaklah seberapa.  Hanya sekadar sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai.  Untuk menulis cerita dalam versi bahasa melayu tinggi rasanya Lea belum mampu hingga ke tahap itu.  Malah terlalu jauh untuk Lea capai.

Apapun, Lea mengharapkan agar kepulangan Lea pada kali ini dapat memberikan kesan yang lebih signifikan pada bidang penulisan ini.  Semoga semangat Lea terus kuat untuk meneruskan langkah dalam bidang ini.  Insyaallah.