Thursday, November 19, 2009

Tahniah Baby!!!

Hari yang sangat gembira apabila Ina dan Iya mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam UPSR.  Tahniah kepada adik-adikku.  Semoga terus berjaya!!

Berikut merupakan rentetan perjalanan hari ini sempena detik-detik bersejarah dalam keluarga kami.  Si kembar ini masing-masing mendapat 4A1B dan 5A dalm peperiksaan mereka.
 

Nur Syazwina menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-7 keseluruhan
 
 
 

Nur Syahirah menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-9 keseluruhan
 
 

Iya berwajah ceria setelah selesai menerima hadiah
 
 

Ina mengambil tempat di sebelah Iya setelah selesai menerima anugerah
 
 
 

Berdebar menantikan keputusan UPSR diumumkan
 
 
 

Wajah-wajah murid cemerlah SK Sri Kinta bersama guru besar sekolah
(mereka yang mendapat 4A dan 5A dalam UPSR)

 
 

Si kembar yang menjadi kebanggaan keluarga!
 
 
 

Inilah hasil jerit perih kami!
 
 


Bergambar kenangan di perkarangan sekolah
 
 
 

Wajah bangga seorang ayah!
 
 
 

 Lea jua turut tumpang bangga atas kejayaan si kembar ini.  Tahniah!!




pesanan buat adik-adikku:


kejayaan pada hari ini bukanlah tanda aras tertinggi dalam hidupmu
tetapi ia merupakan satu titik mula dalam meraih kejayaan yang lebih cemerlang
maka,
berusahalah adik-adikku...
berusahalah selagi dikau mampu
dalam mengejar mimpi-mimpimu
dalam merealisasikan impian hidupmu
jadikanlah kemanisan hari ini sebagai pembakar semangat
dan titik mula kejayaan masa hadapan!


kak wani serta keluarga sentiasa mendoakan kejayaan kalian berdua...
semoga terus berjaya!









3 comments:

  1. cousin mu ini turut berbangga ngan pencapaian kalian sumer,,,moga terus..terus..terus BERJAYA..ingat, persaingan perlu secara sihat!! haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, anak puan dapat 5A.
    Emak borek anak rintik..
    kan gitu

    ReplyDelete
  3. @ Encik Abdul Halim : Hehe.. akan Lea sampaikan ucapan itu kepada emak Lea... si kembar itu adalah adik Lea.. :D apa pun terima kasih atas ucapan yang diberikan... (^_^)v

    ReplyDelete