Thursday, October 15, 2009

Mendung Berarak Pergi


Alhamdulillah... Mendung hidupku kini telahpun berarak pergi. Lea kini sudah mampu kembali tersenyum dan tertawa lagi. Aku bersyukur wahai Ya Allah kerana secepat ini Kau perkenankan doaku. Aku bersyukur!

Sempena awan cerah yang kembali menyelubungi hidup Lea kini, Lea nak berkongsi satu cerita dengan kengkawan semua. Cerita mengenai 'habit' atau tabiat Lea setiap kali berada dalam tekanan. Lea merupakan seorang insan yang sangat mudah menangis setiap kali berada dalam tekanan perasaan. Dan, selalunya tekanan ini hadir dari tugasan kuliah mahupun dari sesi pembelajaran. Jarang-jarang sangat tekanan ini berpunca daripada tugasan luar daripada seroang pelajar. Aneh juga tu.

Namun bukan itu yang Lea ingin ceritakan. Yang cuba Lea ceritakan adalah mengenai keunikan 'kunci' pemusnah stress yang Allah berikan kepada Lea. Setiap kali dalam tekanan, seperti yang Lea ceritakan tadi sudah semestinya Lea akan menangis. Lea akan menangis, menangis dan terus menangis sehingga Lea rasa air mata itu bukan lagi penawar untuk rasa tekanan yang dihadapi. Dalam masa yang sama Lea juga seperti insan-insan yang lain akan cuba berdoa dan meminta bersungguh-sungguh untuk dipulihkan kembali semangat yang hilang.

Dan, hasilnya Allah lorongkan satu jalan yang mudah untuk Lea selesaikan 'hati yang retak' itu. Caranya mudah sahaja iaitu dengan cara makan. Keh3~

Pernah dulu sewaktu Lea berada di tahun 2, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UTM Skudai. Lea berasa sangat tertekan hingga berasa tidak segan silu untuk menangis di hadapan soerang teman akrab yang bernama Dzul. Pada petang itu Lea menangis, menangis dan terus menangis. Sehinggalah azan Asar berkumandang. Masing-masing kami bergerak menuju ke surau fakulti untuk menunaikan tanggung jawab kami sebagai Muslim. Lea ingat lagi pada hari itu, Lea solat sambil menangis. Dan sebaik sahaja Lea memberikan salam, tekak Lea bagai dapat merasakan ada aroma Nasi Kandar. Secara automatik hati Lea juga berasa begitu teruja untuk mendapatkan Nasi Kandar itu. Malangnya di mana nak cari Nasi Kandar di Skudai?

Lea tidak peduli itu semua. Yang Lea tahu Lea mesti kena dapatkan Nasi Kandar itu untuk melepaskan tekanan dalam jiwa. Maka petang itu juga kami bertiga (Dzul bersama aweknya yang kini sudah bergelah ex) pergi ke JB untuk mencari kedai Nasi Kandar. Walaupun Nasi Kandar di JB tersangatlah jauh berbeza dengan Nasi Kandar di Pulau Pinang ini namun itu sudah mencukupi untuk Lea. Itulah 'kunci' Lea pada hari itu. Nasi Kandar!!

Masih Lea ingat bagaimana mama mentertawakan Lea dulu semata-mata kerana Lea katakan 'kunci' pemusnah stress Lea adalah makan makanan yang muncul secara tiba-tiba dalam benak fikiran Lea. Keh3~ (bukan sebarang-sebarang makanan) Tapi Lea tidak peduli itu semua.

Dan hari ini sejarah Nasi Kandar-JB itu berulang lagi. Seharian hari ini Lea masih lagi berada dalam tekanan sehinggalah Lea tiba-tiba mendapat ilham 'kunci' Lea pada petang tadi iaitu:



Ya... Inilah dia 'kunci' terpilih pada hari ini. Sundea Strawberry McD...

Huhu... Akhirnya kini Lea kembali ceria dan sangat bersemangat sehinggakan kelas Dr. Jeya yang sebelum ini dirasakan bagai terlalu membebankan seperti tiada apa-apa. Sedar-sedar saja jam sudah menunjukkan 9.35 malam. Wah! Beberapa jam telah berlalu dan Lea tidak menyedarinya. Hebat!

Aku bersyukur Ya Allah atas rahmat-Mu ini... Alhamdulillah!



2 comments:

  1. Salam

    Dimana nasi kandar di Skudai?

    Yang saya tahu ada 1 tahu di Taman Seri Pulai Perdana dan 1 lagi di Terminal Larkin.

    ReplyDelete
  2. Top 5 casinos for Android and iOS - JTHub
    Top 5 casinos for Android 원주 출장안마 and iOS · Best Bonus 여수 출장샵 Code: 888 Casino · Best 삼척 출장안마 Bonus Code: 제천 출장마사지 888 Casino 춘천 출장마사지 · Highest Bonus: € 200

    ReplyDelete