Thursday, November 19, 2009

Tahniah Baby!!!

Hari yang sangat gembira apabila Ina dan Iya mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam UPSR.  Tahniah kepada adik-adikku.  Semoga terus berjaya!!

Berikut merupakan rentetan perjalanan hari ini sempena detik-detik bersejarah dalam keluarga kami.  Si kembar ini masing-masing mendapat 4A1B dan 5A dalm peperiksaan mereka.
 

Nur Syazwina menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-7 keseluruhan
 
 
 

Nur Syahirah menerima hadiah galakan kerana menduduki tempat ke-9 keseluruhan
 
 

Iya berwajah ceria setelah selesai menerima hadiah
 
 

Ina mengambil tempat di sebelah Iya setelah selesai menerima anugerah
 
 
 

Berdebar menantikan keputusan UPSR diumumkan
 
 
 

Wajah-wajah murid cemerlah SK Sri Kinta bersama guru besar sekolah
(mereka yang mendapat 4A dan 5A dalam UPSR)

 
 

Si kembar yang menjadi kebanggaan keluarga!
 
 
 

Inilah hasil jerit perih kami!
 
 


Bergambar kenangan di perkarangan sekolah
 
 
 

Wajah bangga seorang ayah!
 
 
 

 Lea jua turut tumpang bangga atas kejayaan si kembar ini.  Tahniah!!




pesanan buat adik-adikku:


kejayaan pada hari ini bukanlah tanda aras tertinggi dalam hidupmu
tetapi ia merupakan satu titik mula dalam meraih kejayaan yang lebih cemerlang
maka,
berusahalah adik-adikku...
berusahalah selagi dikau mampu
dalam mengejar mimpi-mimpimu
dalam merealisasikan impian hidupmu
jadikanlah kemanisan hari ini sebagai pembakar semangat
dan titik mula kejayaan masa hadapan!


kak wani serta keluarga sentiasa mendoakan kejayaan kalian berdua...
semoga terus berjaya!









Tuesday, November 17, 2009

\++ Pulang kembali ++/

Hari ini merupakan hari ketiga Lea merehatkan diri di rumah sempena cuti pertengahan semester.  Sungguh.  Otak Lea yang seringkali saja serabut ketika berada di USM kini sudah kembali terurus.  "Gunakan jari pun boleh."  Itulah ibaratnya otak Lea ketika ini.  Sungguh tenang dan bebas daripada peristiwa-peristiwa yang kurang menyenangkan yang berlaku sepanjang minggu peperiksaan yang lalu.

Biarlah apa yang sudah berlaku itu.  Biarkan saja ia pergi.  Tiada gunanya pun andai Lea mengenangkan semua itu.  Apa yang penting kini adalah masa depan.  Itu yang patut Lea utamakan.  Perkara yang berlalu itu Lea harus jadikan pengajaran untuk persediaan di masa hadapan.

Kini Lea mula memikirkan kembali hala tuju Lea dalam bidang penulisan.  Sebelum ini Lea mendapat teguran daripada AK yang Lea anggap sebagai mentor dan guru Lea dalam bidang penulisan ini.  Katanya Lea kelihatan agak kurang serius dengan penulisan Lea.  Katanya lagi, untuk berjaya dalam bidang ini, budaya kerap memberikan alasan haruslah dikikis.

Maka Lea terfikir bilakah waktu yang terbaik untuk Lea kembali menulis dengan bersungguh-sungguh?  Ternyata, dalam bidang ini Lea ada satu impian iaitu menerbitkan novel Air Mata Hati.  Mungkin ada di antara pembaca blog ini juga menantikan apakah status terkini novel itu.  Adakah ianya bakal terbengkalai begitu sahaja? 

Sejujurnya Lea sendiri juga sedikit ngeri bila memikirkan kemungkinan yang satu itu.  Insyaallah.  Lea akan cuba sedaya upaya Lea untuk meneruskan novel itu.  Lea tidak akan menghampakan para pembaca Lea yang telah lama menantikan kemunculan novel itu.  Doakan Lea supaya dapat menyiapkan novel tersebut ya.

Blog Kalam Coretan juga sudah lama tiada isi baru walaupun dari segi dekorasinya sudah mengalami perubahan.  Insyaallah.  Lea akan cuba untuk pulang kembali ke zaman aktif Lea dalam menulis cerita.  Sungguhpun kualiti cerita hasil tulisan Lea itu tidaklah seberapa.  Hanya sekadar sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai.  Untuk menulis cerita dalam versi bahasa melayu tinggi rasanya Lea belum mampu hingga ke tahap itu.  Malah terlalu jauh untuk Lea capai.

Apapun, Lea mengharapkan agar kepulangan Lea pada kali ini dapat memberikan kesan yang lebih signifikan pada bidang penulisan ini.  Semoga semangat Lea terus kuat untuk meneruskan langkah dalam bidang ini.  Insyaallah.

Tuesday, October 27, 2009

Rumahku Syurgaku

Beberapa hari lepas Lea dapat MMS dari ayah dan adik... Gambar keadaan terkini rumah Lea yang kini sedang dalam proses renovate... huhu... nak tengok rupa baru rumah kami...


Ini rupa rumah kami dari luar...

Warna biru kuning kan? Hehe.. biasalah tu.. Nama pun perumahan Kastam, mestilah menggunakan warna korporat Kastam... keh3~
Rumah Lea berada di aras 1 yang sebelah kanan...



Hehe.. ini pula gambar rumah yang baru sudah dikosongkan dan diletakkan simen baru... Wajah-wajah kepenatan mama, bapak dan Mimi kerana terpaksa memindah keluar barang-barang...
Sorry ya mama, bapak... akak tak dapat tolong... assignment bertimbun-timbun hari tu... huhu.. sadis betul...



tadaaaaa.... inilah dia rupa baru rumah kami...
berwajah baru...
cat baru dan lantai baru...
fuyyoooo!!! cat warna maroon... i like!!
katanya bilik warna biru... hurm... tak sabar nk tgk rupa bilik baru.. huhu~

p/s: suka gambar yg kedua tu.. comel kan? wahhaa~

Saturday, October 24, 2009

Sangat penat dan tidak bermaya :-(

Salam,

Ya Allah! Sungguh aku berasa sungguh penat dan tidak bermaya... Sedangkan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum pukul 5 petang esok...

Ya Allah... bantulah hambamu ini...
Tabahkanlah hatiku...
Berikanlah kepadaku kesihatan tubuh badan untuk meneruskan kerja-kerja yang masih belum selesai ini...
Amin...




Wednesday, October 21, 2009

~+Akhirnya Tercapai Satu Lagi Impian+~

Salam semua... ~0_o~

Hari ini walaupun agak penat dan stress, Lea berasa begitu gembira kerana akhirnya satu lagi impian Lea sejak Lea pertama kali menjejaki USM ini sebagai pelajar master akhirnya tercapai...

Opss... perlu diingatkan di sini impian itu tiada kena mengena dengan sesi akademik Lea. Ini adalah impian sampingan Lea di sini... Hehe.... Apakah dia? Mari kita lihat...


~Korang boleh teka tak ini apa?~

Tak dapat nak teka ya... Tak mengapa, mari kita lihat bagaimana rupanya bila ia sudah siap untuk di makan~

~Cak!! Yeah... Inilah dia Passembor Karim, Penang~

Hehe... Mengikut senarai semak Lea, Passembor ini merupakan makanan kedua yang telah berjaya Lea penuhi sejak hampir setahun setengah Lea berada di USM ini...
Makanan pertama Lea adalah Bihun Sup Sri Buana, Taman Tun Sardon... Ngeh3~
Bihun sup tu memang sudah menjadi rutin Lea untuk bersarapan setiap pagi dan kini Passembor ini pula yang menjadi tambahan (^_^)v

Hari ni Lea berasa seolah-olah Lea benar-benar anak jati Penang... keh3~ selama ini Lea buta jalan... adoi... nak pergi ke mana pun takut dan tak tahu jalan... tapi kini tidak lagi...
walaupun tadi Lea agak kurang pasti mengenai jalan manakah yang harus di pilih untuk mencari passembor yang sangat sedap ini...
tetapi dengan berbantukan tips daripada mama (cari bank Standard Charted) dan juga gerak hati serta keinginan yang sangat berkobar-kobar... akhirnya Lea berjaya tiba juga di sini... hehe...

~Lihatlah muka yang penuh ceria ini~

Dengan keadaan trafik yang agak sesak pada waktu itu, Lea tetap meminta bantuan kawan~ su untuk mengambil gambar ini sebagai bukti serta kenang-kenangan bahawa inilah kali pertama Lea berjaya tiba di sini sendiri~ yeah!

Lepas ini Lea yakin Lea akan kembali lagi... keh3~

Checklist yang belum sempat dipenuhi:

# Roti benggali (ayyo.. dekat pun lom dapat ka?)
# Kuew Teow Sani, Tokong Ular (hehe... ni malam.. so macam susah sikit nk lepas)
# Mee Goreng Sotong Hamid (eh.. cop2... ni dh pernah pergi hari tu dengan kak Dida... so passembor ni kira kejayaan yang ketigalah.. yeay!)

apa lagi eh? ada lagi ka?

oh ya... satu lagi...

# Cendol pulut & mee goreng sotong Seagate ~ ni pun termasuk ka? wahaha... layan sajalah labu... janji makanan.. keh3~

Opss... Lupa pulak nak bagi tahu... Sebenarnya Lea hanya tahu jalan pergi... Jalan balik Lea tak reti.. wakaka~ mana tidaknya... semuanya jalan sehala... pergi jalan lain balik jalan lain... adoi2~ jadi Lea pun main redah sajalah... nasib ada pengalaman duduk di Melaka dulu...
bab redah meredah ni memang dah biasa... huhu...
namun akhirnya Lea berjaya juga cari jalan pulang... sampai je di USM Lea terus cerita kat mama... tau apa mama cakap?
"dogol punya budak... kenapa tak pergi ke Komtar... senang je dari sana"
wahaha...
"macam mana nak pergi komtar ma... takut sampai komtar lagi sesat jadinya.. ngeh3~"

inilah saja cerita Lea untuk hari ini... hehe....


p/s: entri yg sangat sodap =) weee...
bapak... don't terliur2 ya... keh3~



catatan oleh;

Sunday, October 18, 2009

++Durian oh Durian++

Kerja gila!!! Inilah yang boleh Lea katakan apabila pagi ini sarapan pagi Lea dan adik disusuli oleh sebiji buah durian... Huhu... Raja Buah yang sangat enak...
Buah durian ini berharga RM3 ringgit sebiji... Yeah!

Sebenarnya rasa pelik juga bila melihat ada uncle jual buah durian di simpang Pasar Taman Tun Sardon... Dane entah mengapa hati berasa begitu teruja untuk menikmati si raja buah itu... sampai mata asyik melirik-lirik ke arah raga yang berisi si raja buah itu sepanjang Lea sedang menikmati Bihun Sup Sri Buana...

Agaknya bimbang buah duri itu habis di'sebat' orang... keh3~
Gila betul....



~Inilah si raja buah yang menjadi santapan sarapan pagi Lea~


Hati Lea begitu gumbira setela menikmati sebiji buah duri ini bersama adik... Tetapi oleh sebab adik Lea (Mimi) tidak berapa suka makan durian... Maka hampir sebiji jugalah Lea bedal sorang durian ni... Hehe... inilah wajah ceria ketika menikmati buah duri itu tadi... huhu...



~ Tak menyempat-nyempat nak makan sampai tudung pun tak buka... Kopek kulit durian dulu~

p/s: Alhamdulillah... ada lagi nnt tak mustahil Lea beli lagi.. hehe....

Saturday, October 17, 2009

~Sudah Jatuh Ditimpa Nangka~

Hola...

Hujung minggu ni boleh diibaratkan bagai sudah jatuh ditimpa nangka! Erk, kenapa perlu nangka dan bukannya tangga? Keh3~
Sebabnya adalah... walaupun minggu ni boleh dikira sebagai malang namun ia tetap menyelitkan kebahagiaan... Indahkan bila dapat menikmati bahagia dalam ketegangan jiwa? =)

Episod malang pada hujung minggu ini bermula dengan berlakunya kemalangan kecil di tempat letak motor blok M06 - Restu...
Bontot motorsikal Lea secara tidak sengaja terlanggar sebuah motorsikal lain yang diletakkan secara rapat ke laluan keluar motorsikal dan telah menyebabkannya terbalik menimpa satu motorsikal lain yang berada bersebelahan dengannya...
Akibatnya, motorsikal terbabit telah mengalami kerosakan kecil pada bahagian sisi kiri cover motorsikal tersebut...
Oleh sebab ketika kejadian pemilik motorsikal terbabit tidak ada di situ, lalu Lea telah meninggalkan nota kepadanya supaya mencari Lea di bilik untuk menuntut ganti rugi...
Sejurus kemudian Lea terus singgah ke kedai membaiki motorsikal yang terdekat iaitu berhadapan dengan pintu pagar utama USM, Sungai Dua...
Uncle tu cakap kos membaiki kerosakan adalah sekitar RM 5o...
Kemudian Lea pergi ke Restoran Nasi Kandar Pelita untuk membungkus makanan tengah hari...

Sebaik sahaja tiba di bilik, Lea masih menantikan kehadiran pemilik motorsikal tadi namun dia tetap belum singgah...

Petang itu Lea menantikan panggilan daripada adik yang kini sedang belajar di KMPP...
Mengikut perancangannya dia akan berhujung minggu di bilik Lea di USM... Namun sehingga pukul 2 petang Lea masih belum mendapat panggilan daripadanya...
Tidak lama kemudian, Lea menerima pesanan ringkas yang mengatakan adik sudah berada di dalam bas daripada KMPP untuk menuju ke Kepala Batas... Di sana dia akan mendapatkan bas berhenti-henti untuk ke Butterworth pula...

Sebaik sahaja mendapat pesanan ringkas tersebut... Lea turut bersiap untuk pergi menjemput adik di Jeti Butterworth (adik mengada-ngada sikit... dia cakap tak berani nak naik feri sorang-sorang...huhu~)

Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama Lea pergi menjemput adik di Jeti dengan menaiki motorsikal... Sebelum ini sekiranya Lea perlu menjemput adik di Jeti, Lea akan menggunakan perkhidmatan bas... Namun, oleh sebab menggunakan kemudahan pengangkutan awam ini memakan masa yang agak lama... Lea telah membuat keputusan untuk pergi dengan menaiki motorsikal sahaja....
Setiap aktiviti kali pertama memang akan menimbulkan rasa gementar...
Begitu juga dengan Lea... Agak gementar... Lea bimbang sekiranya Lea tersalah pilih jalan, Lea mungkin akan terlajak hingga ke Jambatan Pulau Pinang... Itulah yang paling merisaukan Lea...
Akibat terlalu risau, Lea terlepas simpang masuk untuk menuju ke Jelutong Expressway...
Akibat daripada kesalahan itu, Lea terpaksa membuat satu pusingan ke USM kembali... Lea masuk ke Taman Tun Sardon, Bukit Gambier dan seterusnya masuk kembali ke USM untuk keluar di Pintu Utama Sungai Dua....
Alhamdulillah... Perjalanan Lea kali ini agak lancar... Walaupun masih lagi gementar... Apapun Lea bersyukur kerana sampai juga Lea ke jeti pada hari itu dalam tempoh 45 minit...
Kiranya malang kedua Lea pada tersebut adalah sesat... huhu~

Kemudian... Lea pergi ke seberang dengan menaiki feri sebagai pejalan kaki...
Sebaik sahaja Lea tiba di Jeti Butterworth, adik sudahpun menunggu Lea di sana... Dan sekali lagi Lea dengan bertemankan adik pada kali ini menaiki feri untuk kembali ke mainland...


~Wajah gumbira semasa berada di atas feri~

Syukur ke hadrat Ilahi apabila perjalanan pulang kami dipermudahkan dan kami tidak sesat lagi untuk petang itu... Alhamdulillah~

Setelah kepenatan, kami berdua tiba di bilik lebih kurang jam 4.30 petang...
Sedang Lea bersedia untuk membersihkan diri dan bersolat... Bilik Lea didatangi oleh seseorang yang Lea tidak kenali... Insan tersebut bertanyakan Syazwani...
Yeah! That's me...
Secara tidak langsung Lea tahu bahawa insan tersebutlah merupakan pemilik motorsikal tadi... Perbincangan kami berlaku dengan keadaan yang agak baik... Namun, Lea dapat rasakan yang insan tersebut cuba mengambil kesempatan atas kesudian Lea untuk membayar ganti rugi... Dia cuba membesar-besarkan keadaan...
Tetapi Lea bertegas untuk membayar kerosakan pada tahap yang Lea rasakan munasabah... Lagi pun motorsikal itu hanya terbalik... dan bukannya dirempuh!!
Sungguh tidak reti bersyukur...
Untuk menamatkan perbualan, Lea telah membayar sebanyak RM50 kepada insan tersebut... Lea berharap agar masalah ini tidak dipanjangkan lagi... =(
Hari yang malang ini diteruskan lagi....
Agenda Lea dan adik pada malam itu adalah untuk menonton cerita PAPADOM di GSC Queensbay... Kami membeli tiket jam 9.40 malam...

Kami bertolak ke Queensbay malam itu jam 8.00 malam setelah selesai solat maghrib... Cadangnya kami ingin makan malam di PizzaHut... Dan, sekali lagi hari kami menjadi malang apabila... semua doh pizza saiz regular dan personal habis... yang tinggal hanyalah doh large dan harganya agak mahal... melebihi peruntukan yang telah kami tetapkan =(
Sekali lagi kami kechiwa...
Oleh itu kami hanya memesan Spaghetti Meatball Belognese berserta sup cendawan dan garlic bread... sedih2.. sob3~

Kami selesai makan jam 9.30 malam... ada sepuluh minit lagi sebelum tayangan bermula... kami terus menuju ke GSC untuk menonton...
Suasana di GSC hall 2 pada malam itu agak penuh...
Ada pasangan kekasih...
Pelajar-pelajar sekolah...
Ibubapa bersama anak-anak...
Sukar untuk mencari ruang kosong pada malam itu...
Sementara menantikan tayangan bermula... masing-masing berborak sesama sendiri...
Begitu juga Lea dan adik... kami ceria bergelak tawa dan bergembira...
Sehinggalah apabila ketenangan hall 2 itu diganggun oleh bunyi suara walkie talkie yang agak kuat... semua pengunjung turut berpaling...
rupa-rupanya kami dimaklumkan bahawa projector untuk movie PAPADOM rosak... dan kami diminta untuk redeem tiket masing-masing di kaunter luar...

argh!! malang sungguh!!!
di bawah ini merupakan wajah-wajah kechiwa kami... huhu~

~wajah aku yang kechiwa :-( ~


~Mimi turut tumpang kechiwa... keh3~

Namun, sungguhpun begitu... hari kami tetap berlalu dengan penuh ceria... bak kata pepatah.. sudah jatuh ditimpa nangka... biarpun agak perit menahan kesan ditimpa... tetapi nangka tersebut tetap boleh dimakan... ngeh3~

p/s: entri kali ini agak panjang dan mungkin agak membosankan.... tp xkisahlah.. janji Lea nk update sesuatu di sini... =)

daaaa....