Tuesday, June 1, 2010

Alhamdullah... Syukur wahai Tuhanku!

Assalamualaikum... 
Setelah sekian lama Lea mengabaikan setiap perkara lain demi memberi tumpuan kepada tesis akhirnya segalanya tamat sudah...

Tanggal 
02 0025 Jun 2010
akhirnya segalanya tamat sudah...
Kini hanya menunggu untuk viva dan seterusnya sudah tentulah konvokesyen..
Dengar-dengarnya konvokesyen nanti adalah pada 4 Ogos tetapi belum dipastikan lagi akan kesahihannya... 
Apa pun Lea bersyukur sgt2 bila berjaya menyiapkannya...
Mungkin ianya tidak begitu sempurna tetapi hanya itulah yang terdaya Lea lakukan...
Semoga usaha keras Lea selama ini akan memberikan hasil yang setimpal...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Hamba-Mu ini telah berusaha dengan sepenuh dayanya...
Oleh itu Kau berikanlah pulangan yang setimpal dengan usaha...
Kau berkatilah setiap usaha dan keringat yang dicurahkan...
Kau rahmatilah ibubapa, <3 keluarga, pensyarah serta rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan juga peransang..
Maka dengan itu,
hamba-Mu ini bertawakkal kepada-Mu...
Amin Ya Rabbal 'alamin...
p/s 1: TQ kepada Dr. Azlan dan Dr. Hadi atas setiap tunjuk ajar serta bantuan yang diberikan.

p/s 2: Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah memberkati aktivitis kemanusiaan ke GAZA... Semoga Allah melaknati Israel Laknatullah itu... Amin...


No comments:

Post a Comment