Sunday, January 3, 2010

Hanyut dalam kenangan.. Terpaut kayu lalu pulang

Tadi sewaktu dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari di Tesco Extra, Sungai Dua ketika Lea melalui jejantas kenderaan untuk memasuki perkarangan Desasiswa RST daripada Kampus Induk, USM Lea telah berselisih dengan sekumpulan pelajar bermotosikal.  Secara spontan Lea melihat jam tangan.  Pukul 2.00 petang.  Serta merta nostalgia ketika berada di UTM bermain di layar ingatan dan membuatkan Lea tersenyum sendiri.  Seketika Lea merasakan kehidupan sebagan pelajar Undergraduate dahulu adalah lebih bermakna dan penuh dengan pengisian.  Manakala kehidupan di USM ini sangat pudar dan kurang isinya.

Tetapi tiba-tiba otak Lea bagai dijentik sesuatu.

"Kenapa aku sering hanyut dalam kenangan bagaikan aku tidak menghargai apa yang aku ada sekarang!"

Ya.  Kini baru Lea tersedar.  Untuk apa dikejar pada kenangan sedangkan kita sudah tahu bahawa kenangan itu tidak sesekali akan kembali.  Untuk apa dikesalkan kehidupan kini sedangkan tiada satu apa pun kerugian yang Lea alami.  Bahkan Lea harus bersyukur dengan apa yang Lea ada kini semuanya Lea perolehi setelah Lea jalani kehidupan ini.

Masa lampau telah mengajar Lea sesuatu tetapi ianya tidak bermakna masa kini hilang kesannya dalam hidup ini.  Hari ini tetap akan menjadi hari semalam setelah seharian ia berlalu.  Oleh itu untuk apa Lea kesali tentang hari ini.

Sesekali tidak salah andai kita mahu mengimbau kenangan lalu kerana ianya merupakan 'harta' berharga yang menjadi milik setiap individu.  Secara asasnya kita boleh sifatkan kenangan itu sebagai harta yang tidak mungkin dicuri oleh sesiapa melainkan Dia yang Maha Berhak dan Maha Berkuasa.

Oleh itu, hargailah apa yang kita ada kini dan kenangilah kenangan lalu sekiranya ia mampu membawa kebaikan pada diri.

Ajaibnya kenangan lalu apabila sesuatu yang kita tafsirkan sebagai pahit dahulu tetapi mampu membangkitkan rasa gembira dalam hati serta mengukir senyuman di bibir.

2 comments:

  1. apa kabar penang dan usm...
    betul apa yang lea katakan tu.. namun kita tetap merindui kenangan yang berlalu....

    ReplyDelete
  2. rasanya penang dan usm sama seperti biasa...
    tak pulak Lea dapat lihat sebarang perubahan... hehe.. mungkin sbb Lea biasa berkurung je...
    yup, lumrah manusia kerana sering merindui sesuatu yang telah berlalu... sering menghargai apa yang sudah tiada lagi tetapi jarang bersyukur dengan apa yang ada kini...

    ReplyDelete