Tuesday, June 9, 2009

Pentauliahan Diraja PALAPES Kali Ke-28

Salam buat semua,

setelah sekian lama Lea menyepikan diri kerana kesibukan bertugas, hari ini Lea berkesempatan untuk berkongsi satu sesuatu dengan kengkawan semua.

Pada 20hb Jun 2009, nanti satu lagi detik yang bakal melakar sejarah dalam hidup 1188 anggota Kadet Palapes Darat, Laut dan Udara kerana mereka semua bakal ditauliahkan oleh Tunku Mahkota Johor sebagai Leftenan Muda. Inilah detik dan ketikanya di mana titik peluh serta susah payah selama tiga tahun bergelumang dengan pelbagai jenis cabaran dan halangan di samping memikul amanah sebagai mahasiswa mahasiswi harapan negara berbalas.

Di saat nama diumumkan sebagai Leftenan Muda dan tangan Tunku Mahkota Johor menghulurkan skrol ketika upacara pentauliahan Diraja, rasa bangga yang tidak terucap bakal terlakar di wajah masing-masing. Malah, bukan sahaja pada wajah-wajah 'kelam' kadet akibat berjemur di Padang Kawad selama dua minggu tetapi juga pada wajah ibu ayah yang hadir pada hari tersebut. Nikmat serta kepuasan yang tidak ternilai harganya dapat dirasai dengan penuh bangga.

Pada tahun ini, Padang Kawad UTM bakal disemarakkan dengan Upacara Istiadat Kawad Pentauliahan dan laungan nama-nama kadet yang ditauliahkan pula bakal bergema di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM.

Sempena upacara Diraja ini, sebanyak 12 buah IPTA telah mengambil bahagian. Antaranya adalah UTM (tuan rumah keseluruhan), UTHM (tuan rumah dewan watikah), USM (tuan rumah padang kawad), UPSI (tuan rumah upacara penutup larian sukan), UKM, UPM, UniMAP, UUM, UM, UiTM, UMS dan UniMAS.

Berikut pula merupakan keputusan keseluruhan pertandingan sukan sempena pentauliahan kali ini:

Juara Keseluruhan - UTM
Johan Pertandingan Merentas Halangan - UTM
Johan Pertandingan Kawad Kaki dan Senjata - UTM
Johan Keseluruhan Merentas Desa - UTM
Johan Pertandingan Bola Jaring - UPSI
Johan Pertandingan Futsal - (alamak! kurang pasti tapi kalau tak salah UKM)

Setinggi-tingggi tahniah diucapkan buat Pasukan PALAPES UTM atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Juga buat semua pegawai-pegawai kadet yang bakal ditauliahkan tidak lama lagi. Semoga terus menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan negara yang berkualiti serta mempunyai sikap serta jati diri cintakan negara yang tinggi.

Menjunjung Kasih Tunku!!

Sekian sahaja laporan daripada Pegawai Saketariat UTM. Skudai, Johor.
Untuk Berita Gemersik Hati Berbisik.